Maksud simpan emas ini adalah kita menyelamatkan duit kita dari terbelanja kepada perkara yang tidak berfaedah.
Makin banyak beli emas makin banyak duit kita selamat disimpan setiap bulan.
Duit kita yang selamat dalam bentuk aset fizikal mampu untuk mengekalkan nilainya dan bagus melawan inflasi setiap tahun, sebab itulah harga emas pasti naik untuk jangkamasa panjang.
Soal harga murah atau mahal adalah perkara kedua, jika harga emas mahal bermaksud kita dah selamatkan banyak duit tunai kepada bentuk emas.