EMAS TAK PERNAH ZERO NILAI[Duit Mudah kepada Zero Nilai]

Tiada dalam sejarah tamadun manusia emas pernah bernilai ZERO walau dari zaman Firaun sekalipun.

Ianya tetap terus dipandang bernilai dalam pelbagai rupa samada dalam bentuk habuk, kemek, bengkok, calar dsb.

Tapi bagi duit kertas terbukti ia boleh bernilai zero pada bila-masa sebab nilainya bukan pada kertas itu sendiri.

Nilai duit kertas adalah dari paksaan yang diberikan oleh sesebuah kerajaan, bila mana sebuah kerajaan itu stabil dari segi ekonomi dan politik nilainya turut stabil.

Duit kertas ada tarikh luput. Kerajaan berhak menarik balik nilai yang telah dipaksa keatas kertas tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki dan ia boleh bernilai ZERO secara tiba-tiba.

Lihat contoh duit seperti dalam gambar yang saya kongsikan, suatu ketika dulu ianya dipandang bernilai tapi kini tidak lagi. Seperti perumpamaan Tun M, “Seperti Tisu Tandas”.