Archives for December 7, 2023

Aura Pegang Emas

Memang betul.
Feel dia tak sama.

Pegang emas di tangan sendiri berbanding tengok gram dalam akaun (emas tak dapat dipegang). Auranya berbeza.

Macam kita jumpa orang yang kita sayang secara face-to-face berbanding sekadar video call. Feelnya confirm berbeza.

Salah satu tip penting nak pastikan jumlah tabungan emas bertambah dengan cepat, setiap kali gaji atau dapat bonus atau dapat untung bisnes, cabut dulu duit beli 1gram (Rm330) dan simpan sendiri.

Emas terbaik tentulah yang ada di tangan kita sendiri. 100% di dalam kawalan kita sendiri.

Apa-apa berlaku jika keadaan kecemasan, emas ada di tangan. Emas mudah dicairkan untuk dapat tunai dengan kadar segera.

Dah faham kan? Bermula hari ni.

Yuran jadi dealer Orodesign masih ada promosi.

Yuran asal Rm799
Yuran promo Rm399

Jomm bersama family besar orodesign.

#DealerOrodesign
#RM399SeumurHidup
#EmasHargaKilang

Kesedaran simpan Emas

Bila ada kesedaran faham kelebihan simpan Emas, cepat² menabung emas. Cari tempat & platform yg bagus beli Emas fizikal. Tambah ilmu TENTANG emas.

Sebelum mendaftar..pastikan anda buat semua di bawah

👇
👇

1. Tetapkan matlamat kenapa nak join sesuatu program emas / syarikat.

2. Buat sedikit homework tentang syarikat tersebut ( jangan dengar cakap2 orang)

3. Pastikan dipercayai bukan scammer / money game.

4. Beli emas dapat emas fizikal. WAJIB DAPAT EMAS DI TANGAN.. BELI 10g wajib dapat 10g..

‼️

5. Cari spread yang rendah. Dengan spread yang rendah kita cepat mendapat keuntungan.

6. Harga yang rendah kerana dengan harga yang lebih rendah pastinya gram bertambah.

7. Ada bimbingan ilmu untuk berjual, beli dan fungsikan emas tersebut.

Pilihan anda sangat tepat..kami menawarkan semua yang di atas..

😘
😘

Tetap bersama Orodesign.. satu- satunya kilang orang ISLAM kita yang berdaftar secara sah.

#orodeisgn
#emasterusdarikilang

MULAKAN LANGKAH PERTAMA

Secara logiknya RM300± sangat besar untuk membeli emas 1gram. Tapi tanpa kita sedar, setiap bulan kita menghabiskan lebih dari itu.

Untuk bermula beli emas, kita mesti yakin:

🔱

 Beli emas adalah satu keperluan sebagai satu bentuk simpanan menggantikan simpanan tunai yang selalu kita kikis sedikit demi sedikit.

🔱

 Beli emas bukan beli barang habis. Kita hanya tukar duit kita jadi emas. Jadi duit kita tidak habis. Beli emas nampak hasilnya iaitu emas depan mata.

🔱

 Beli emas boleh jadi back up belanja yang tidak disangka-sangka seperti kecemasan dan sebagainya. Jika kita simpan duit, duit mungkin habis sebelum masanya.

Apa-apa pun, mesti KENA PAKSA RELA Tak boleh tunggu duit lebih baru nak mula simpan emas. Alamatnya memang tak akan lebih.
DAPAT GAJI ASINGKAN, SIMPAN DULU BARU BELANJA.

Mula la serendah 1gram @ 0.5gram 1bulan. Tak perlu tamak. Lama-lama dia akan jadi lebih dari segram sebulan sebab kita akan mula nampak kelebihannya.

ORODESIGN. We Share. We Care.

PERLU KE BEKUKAN NILAI SIMPANAN RM?

“Kalau duit RM10,000 dibiarkan selama 30 tahun dalam KWSP, jumlahnya akan jadi RM53,446.20 (dividen 5.6% setahun)!”

Ianya sangat “Wow” bagi siapa yang tak faham tentang “time value of money” – bahasa mudahnya tentang KUASA BELI duit kertas.

Tapi bagi siapa yang tahu, NOMBOR itu langsung tidak mengujakan!

Jangan tertipu dengan nombor.

Kita mungkin rasa sangat gembira dapat dividen 5% – 6% setiap tahun.

Tapi pertambahan NOMBOR itu sebenarnya tidak menambah kekayaan kita, bila diambil kira dengan kadar inflasi (atas kertas), kadar kenaikan sebenar harga barang, dan juga risiko kejatuhan ringgit!

Cuba kita lihat sejarah ringgit 30 tahun yang lalu.

Tahun 1997, ringgit pernah jatuh 50% setahun!

Tahun 2015, ringgit jatuh lagi 35% setahun!

Ya, nombor dalam akaun bank masih kekal. Kalau RM10,000, ia masih kekal RM10,000.

Tapi hakikatnya, KUASA BELINYA sudah hilang 50% dan 35% hanya dalam masa setahun!

Walaupun ia bukan salah kita, tapi kekayaan kita hilang 50% dan 35% hanya dalam tempoh setahun.

Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki berkata, “savers are losers”! Orang yang menyimpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.

Orang kaya di dunia tak simpan harta yang banyak dalam bentuk duit kertas. Mereka faham tentang kuasa beli duit yang boleh hilang itu.

Sebaliknya, mereka simpan kekayaannya dalam bentuk harta yang bertahan nilainya.

Simpan hartanah, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes yang berpontesi besar untuk beRkembang pada masa depan, dan kalau bajet tak besar, simpan emas!

Simpan emas, kita tak perlu bimbang lagi tentang kehilangan kuasa beli tersebut.

Bukti mudah, zaman Nabi Muhammad s.a.w (1400 tahun yang lalu), 1 dinar boleh beli seekor kambing.

Sekarang (tahun 2022), 1 dinar masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, 1 dinar masih boleh beli seekor kambing!

Nah… Jangan kata 30 tahun, 1400 pun kuasa beli emas tetap bertahan.

Jadi mana lebih terjamin dari sudut kekayaan, simpan emas atau biarkan dalam bentuk duit kertas dalam bank (dan mengharapkan dividen)?

Anda jawab sendiri…

Mengikat Nilai

Rm100 hari ini tidak sama dengan Rm100 untuk 5 tahun akan datang.

Hari ini Rm100 mungkin boleh dapat 5 jenis barang dapur. Tapi 5 tahun akan datang, rm100 hanya boleh dapat 3 jenis sahaja barang dapur.

Jadi, Wajar ke kita nak simpan sesuatu yang semakin jatuh nilainya?

Duit itu perlu ada untuk perbelanjaan harian. Tapi kalau untuk perbelanjaan di masa depan, duit itu tidak sesuai disimpan hari ini.

Ikat sebahagian duit simpanan kita kepada emas. Hanya emas satu² nya aset yang mudah dimiliki dan mudah ditukarkan kembali menjadi tunai.

Sekaligus dapat mengikat nafsu belanja kita.

“Saya bukan tiada duit untuk beli itu ini, cuma duit saya sudah diikat kepada emas”

Beli emas untuk apa?

1. Persoalan yang sama saya hadapi masa mula-mula orang tua pesan: “ada duit lebih, simpan aset, simpan emas”.. Whatt?!? Bukan emas tu untuk gegirl je ke?

2. Taat punya pasal.. Ikut je lah.. Beli satu keping 1 Dinar emas dan simpan. Takde feel pape pun. Kaya pun tak, rasa tak berduit tu ade la sebab tak dapat buat ape lagi dah, sebab dah jadi emas.. Bulan depan beli lagi.. pastu beli lagi..

3. Tanpa disedari, dah berkeping-keping emas dalam peti simpanan. “Ok, kali ni rasa kaya sikit.” Kesimpulannya, simpan emas ni bukan nak cepat kaya tapi boleh kawal ketirisan simpanan, pastu pupuk budaya menyimpan dgn berkesan, menghargai titik peluh kerja sebulan yang tak dimamah inflasi.

4. Emas ni pelik. Kita baru simpan 1 gram pun member-member akan pandang kita tinggi. Walhal 1 gram je pun member start. handphone sekarang rata-rata harga RM3,000 dapat beli 10 gram emas. Letak merata atas meja kat kopitiam, tak ada pulak kita takut 🤣

Ni belum lebih dalam TENTANG INFLASI, TENTANG SEJARAH HARGA EMAS, TENTANG ASAL USUL CIPTAAN WANG KERTAS, TENTANG ASET NILAI INTRINSIK, TENTANG NAK PILIH EMAS APA YANG SESUAI. Ni totally nak didik simpan dengan displin je.

Jadi, kalau nak faham tentang emas, jangan tanya member yang takde simpan emas. Tanya orang yang simpan emas..😙 Insya Allah kefahaman akan datang.