Happy Pay Day

Sebenarnya dah penat nak educate orang pasal pengurusan kewangan. Ikut suka lah. Duit masing2.

Baik saya urus kewangan family saya ja. Asalkan family saya tak da nak pinjam2 ngan adik beradik sedara mara atau siapa2 ja.

Dunia sekarang kita cuma perlu bertindak ja. Abaikan lah dengan pendapat2 orang.

Tapi bila fikir, apa yang saya sedang buat ni merupakan satu cabang jihad atau dakwah, maka saya akan teruskan lah mengajak orang menabung emas, keluar dari hutang jahat, kukuhkan ekonomi ummah, elakkan sikap membazir dan boros.

Ikut lah nak meniaga apa, kerja apa, asalkan halal.. Tapi simpan lah emas. Yang menjadikan ekonomi kita kukuh, bukan berapa banyak income, tapi berapa banyak simpanan. In shaa Allah

“Kenapa saya perlu simpan emas? Kan saya dah simpan duit?”

Sebenarnya, begini. Dulu saya pun begitu, tak faham.

Biasanya kalau ada duit kita selalu buat apa?

Kita belanja kan.

Memang tak ramai yang fikir nak ada harta bila ada duit. Contoh, beli rumah atau hartanah untuk disewakan.

Selalunya, duit habis hujung bulan. Bulan depan, kita ulang lagi benda yang sama.

Cuma satu yang saya sedar. Ini pun selepas mula simpan emas.

Bila duit kita sudah bertukar jadi emas sedikit demi sedikit, secara diam-diam dia sudah membina aset.

Ya, tanpa kita sendiri sedar.

Eh, sudah ada berpuluh gram bahkan beratus gram emas dalam simpanan walaupun tak sampai setahun!

Emas ni best.

Sebab harta yang boleh kita kumpul sekecil 1 gram. Jika jadi dealer Orodesign dapat lagi murah.

Kalau belum mampu, boleh mula serendah 0.5gram @ 1gram

Memang mampu milik.

Bagi yang belum mampu ada aset yang besar. Kita bermula dulu dengan aset yang kecil sebagai latihan ya.

Tahniah kepada yg dah mula sedar dan mula buat simpanan emas

Zakat oleh Syarikat emas MAA PRECIOUS METALS SDN BHD

Alhamdulillah. ..inilah kelebihan kita berurusniaga dengan pemilik kilang emas sesama muslim…. Syarikat emas *MAA PRECIOUS METALS SDN BHD*, telah menyerahkan wang zakat di Lembaga Zakat Negeri Kedah semalam.

Moga ada saham & tercatat kebaikan untuk kita semua disisi Allah Dunia & Akhirat

Aamiin

#TabungSimpanan

MULAKAN DENGAN 10% SAHAJA.

“Banyak mana kita harus menyimpan?”

Saya selalu pesan, mulakan dengan 10%, jika masih bujang ushakan jadi 30%-45% buat simpanan.

Kita belum ada komitmen rumahtangga. Kita belum ada komitmen hutang besar biasanya.

Semakin besar simpanan kita, semakin banyak pilihan hidup kita.

Kita boleh travel,
Kita boleh beli emas dan simpan,
Kita boleh beli hartanah,
Kita boleh pilih nak kahwin dengan sesiapa pun

๐Ÿ˜Œ

Kawan kawan,

Elakkan buat hutang kecuali dua benda besar ini. Rumah dan kenderaan.

Ada ejen emas ajar, buat hutang ‘membeli emas’. Lari laju laju sampai hilang bayang.

Ada ejen bank ajar, buat hutang Personal Loan untuk simpan dalam ASB atau buat simpanan. Lari selaju kelajuan cahaya dan hilangkan diri.

Ada sifoo hartanah ajar, beli rumah sekali 3 dengan multiple submissions lebih untung, risiko kita tanggung. Dia kekal untung. Lari sejauh mungkin.

Apa sahaja ajaran yang mengajak buat hutang, dengar boleh percaya jangan dulu.

Zaman ini ramai manusia bernafsu buaya, nampak beriman tapi siapa leka bakal menjadi makanan mereka.

Kemaskini risiko hidup sebelum nak buat hutang.

Azizul Azli Ahmad

Simpan Emas Untuk Elak Meminta-minta

Hanya Allah je yang suka orang meminta-minta dariNya. Kalau minta dari sesama manusia yang serba kurang ni, kena cemuih ja nanti. Tabiat menyimpan emas ni bukan kata gila harta gila dunia, at least kita berhati-hati dalam menguruskan ekonomi keluarga kita sendiri. EMAS MAMPU MERAWAT PENYAKIT BOROS

EMAS ADALAH WANG SEBENAR

Asalnya, emas yang dicipta oleh Allah digunakan sebagai alat pertukaran atau matawang sejak berkurun lamanya sebelum dan selepas zaman Nabi Muhammad SAW dan beberapa generasi selepas itu.

Di era keagungan Khilafah Islamiyyah, wang emas dikenali sebagai dinar manakala wang perak dikenali sebagai dirham. Dari sudut berat dan nilai, ia kekal sehingga ke hari ini.

Sebagai contoh, seekor kambing pada zaman Baginda SAW berharga 1 dinar. Manakala harga 1 dinar pada hari ini ialah sekitar RM1200. Itulah juga harga seekor kambing yang bersaiz sederhana sekarang!

Apabila wang fiat (kertas yang dicetak nombor dan dipakaikan nilai) diperkenalkan, ia masih lagi bersandarkan emas. Ini bermakna, wang kertas tersebut bertindak sebagai voucher yang mewakili jumlah emas yang dimiliki dan disimpan oleh pemiliknya.

Lewat kurun ke 19, majoriti matawang negara di dunia diikat dengan nilai emas mengikut kiraan ounce. Ia tertakluk kepada โ€œStandard Emasโ€.

Akhirnya pada bulan Ogos 1971, Presiden Amerika Syarikat ketika itu mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan memutuskan hubungan Dollarnya dengan nilai emas fizikal bukan sahaja di negara tersebut tetapi juga di negara-negara lain seluruh dunia.

Kesannya, wang kertas bebas dicetak berdasarkan permintaan. Emas pula boleh diniagakan dalam pasaran terbuka secara bebas. Inilah sebenarnya menyerlahkan lagi kehebatan emas dibandingkan dengan wang kertas apabila ia kekal utuh sebagai penyimpan nilai.

Bagi sesiapa yang tahu sejarah emas dan wang kertas akan tahu betapa tidak selamatnya bergantung harap kepada wang kertas tanpa ada sandaran kepada aset seperti emas.

Dan rahsia yang lebih besar lagi, negara-negara kuasa besar ekonomi seperti Amerika Syarikat yang sentiasa mempromosikan penggunaan wang kertas rupanya-rupanya adalah penyimpan emas fizikal paling besar di dunia.

Emas tersebutlah yang akan menjadi penyelamat,aset dan insuran kepada negara jika dilanda malapetaka ekonomi seperti krisis kewangan dan sebagainya…..

๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป, ๐˜€๐—ฒ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐—ป.

Ini bukan soal untung rugi, tapi soal benteng ekonomi.

Simpanlah emas kawan2. Memang perit mencari duit zaman sekarang, tapi lagi perit kalau tiada tabungan.

Memang kita berjalan di atas aturan Allah. Tapi berikhtiar itu tugas kita sebagai hamba Allah.

HAKIKAT NILAI DUIT PADA EMAS

Duit kertas nilainya pada emas, bukan emas nilainya pada duit kertas. Dulu, duit kertas yang nak dicetak akan disandarkan kepada emas. Berapa banyak emas yang ada menentukan berapa banyak duit kertas yang boleh dicetak. Hakikatnya, DUIT SEBENAR adalah EMAS. Duit kertas yang kita pakai pada hari ni adalah KUPON mewakili emas. Dan duit kertas yang kita gunakan hari ni sentiasa dimanipulasi nilainya yang menyebabkan:

โœ”

 Inflasi – kuasa beli susut setiap tahun

โœ”

 Tukaran matawang asing yang tidak adil

โœ”

 Risiko duit tak bernilai langsung bila negara tak setabil

Tapi lepas dah berpuluh tahun duit kertas dipisahkan dengan emas, generasi kita rata-ratanya tak tahu tentang emas sebagai sandaran nilai. Walaupun menyimpan emas, kita masih terikat dengan “RINGGIT” menyebabkan wujudkan beberapa golongan penyimpan emas, iaitu:

Golongan #1 : Pelabur (Matlamat Duit) ================

โœ”

 Seronok bila harga naik

โœ”

 Kecewa bila harga turun

Golongan #2 : Penyimpan (Matlamat Emas) ===================

โœ”

 Tak seronok harga naik

โœ”

 Seronok harga turun

Golongan #3: ===================

โœ”๏ธ

 Seronok harga naik – aset yang dikumpul semakin mahal harganya

โœ”๏ธ

 Seronok harga turun – boleh tambah lagi gram.

Anda golongan Yang mana? Kalau Anda golongan ke-3, Anda CELIK EMAS. Anda melihat emas pada kuasanya yang sebenar iaitu sebagai penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Bukan sekadar “buy low, sell high”. Sekadar pandangan.

Nilai Ringgit Jatuh

Wang kertas tidak dapat mengekalkan kuasa beli, nilai nya semakin merudum Saban masa barang menjadi semakin mahalโ€ฆ jadi.. mengapa perlu simpan banyak wang kertas? Sebelum ia terus semakin hilang nilai.. tukarkan sebahagiannya kepada emas..

Emas Digital?

Beli emas digital la tu…orang Beli emas dpt emas fizikal.. anak2 tolong pantau ibu ayah kita yang baru dapat pencen tu.. jangan melabur dalam skim yang bukan2โ€ฆ