EMAS ADALAH WANG SEBENAR

Asalnya, emas yang dicipta oleh Allah digunakan sebagai alat pertukaran atau matawang sejak berkurun lamanya sebelum dan selepas zaman Nabi Muhammad SAW dan beberapa generasi selepas itu.

Di era keagungan Khilafah Islamiyyah, wang emas dikenali sebagai dinar manakala wang perak dikenali sebagai dirham. Dari sudut berat dan nilai, ia kekal sehingga ke hari ini.

Sebagai contoh, seekor kambing pada zaman Baginda SAW berharga 1 dinar. Manakala harga 1 dinar pada hari ini ialah sekitar RM1200. Itulah juga harga seekor kambing yang bersaiz sederhana sekarang!

Apabila wang fiat (kertas yang dicetak nombor dan dipakaikan nilai) diperkenalkan, ia masih lagi bersandarkan emas. Ini bermakna, wang kertas tersebut bertindak sebagai voucher yang mewakili jumlah emas yang dimiliki dan disimpan oleh pemiliknya.

Lewat kurun ke 19, majoriti matawang negara di dunia diikat dengan nilai emas mengikut kiraan ounce. Ia tertakluk kepada “Standard Emas”.

Akhirnya pada bulan Ogos 1971, Presiden Amerika Syarikat ketika itu mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan memutuskan hubungan Dollarnya dengan nilai emas fizikal bukan sahaja di negara tersebut tetapi juga di negara-negara lain seluruh dunia.

Kesannya, wang kertas bebas dicetak berdasarkan permintaan. Emas pula boleh diniagakan dalam pasaran terbuka secara bebas. Inilah sebenarnya menyerlahkan lagi kehebatan emas dibandingkan dengan wang kertas apabila ia kekal utuh sebagai penyimpan nilai.

Bagi sesiapa yang tahu sejarah emas dan wang kertas akan tahu betapa tidak selamatnya bergantung harap kepada wang kertas tanpa ada sandaran kepada aset seperti emas.

Dan rahsia yang lebih besar lagi, negara-negara kuasa besar ekonomi seperti Amerika Syarikat yang sentiasa mempromosikan penggunaan wang kertas rupanya-rupanya adalah penyimpan emas fizikal paling besar di dunia.

Emas tersebutlah yang akan menjadi penyelamat,aset dan insuran kepada negara jika dilanda malapetaka ekonomi seperti krisis kewangan dan sebagainya…..

𝗠𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻, 𝘀𝗲𝗶𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘂𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻.

Ini bukan soal untung rugi, tapi soal benteng ekonomi.

Simpanlah emas kawan2. Memang perit mencari duit zaman sekarang, tapi lagi perit kalau tiada tabungan.

Memang kita berjalan di atas aturan Allah. Tapi berikhtiar itu tugas kita sebagai hamba Allah.

HAKIKAT NILAI DUIT PADA EMAS

Duit kertas nilainya pada emas, bukan emas nilainya pada duit kertas. Dulu, duit kertas yang nak dicetak akan disandarkan kepada emas. Berapa banyak emas yang ada menentukan berapa banyak duit kertas yang boleh dicetak. Hakikatnya, DUIT SEBENAR adalah EMAS. Duit kertas yang kita pakai pada hari ni adalah KUPON mewakili emas. Dan duit kertas yang kita gunakan hari ni sentiasa dimanipulasi nilainya yang menyebabkan:

✔

 Inflasi – kuasa beli susut setiap tahun

✔

 Tukaran matawang asing yang tidak adil

✔

 Risiko duit tak bernilai langsung bila negara tak setabil

Tapi lepas dah berpuluh tahun duit kertas dipisahkan dengan emas, generasi kita rata-ratanya tak tahu tentang emas sebagai sandaran nilai. Walaupun menyimpan emas, kita masih terikat dengan “RINGGIT” menyebabkan wujudkan beberapa golongan penyimpan emas, iaitu:

Golongan #1 : Pelabur (Matlamat Duit) ================

✔

 Seronok bila harga naik

✔

 Kecewa bila harga turun

Golongan #2 : Penyimpan (Matlamat Emas) ===================

✔

 Tak seronok harga naik

✔

 Seronok harga turun

Golongan #3: ===================

✔️

 Seronok harga naik – aset yang dikumpul semakin mahal harganya

✔️

 Seronok harga turun – boleh tambah lagi gram.

Anda golongan Yang mana? Kalau Anda golongan ke-3, Anda CELIK EMAS. Anda melihat emas pada kuasanya yang sebenar iaitu sebagai penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Bukan sekadar “buy low, sell high”. Sekadar pandangan.

Nilai Ringgit Jatuh

Wang kertas tidak dapat mengekalkan kuasa beli, nilai nya semakin merudum Saban masa barang menjadi semakin mahal… jadi.. mengapa perlu simpan banyak wang kertas? Sebelum ia terus semakin hilang nilai.. tukarkan sebahagiannya kepada emas..

Emas Digital?

Beli emas digital la tu…orang Beli emas dpt emas fizikal.. anak2 tolong pantau ibu ayah kita yang baru dapat pencen tu.. jangan melabur dalam skim yang bukan2…

𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗠𝗼𝗱𝗮𝗹 𝗕𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀 𝗚𝘂𝗻𝗮 𝗘𝗺𝗮𝘀

Salah satu sebab ramai orang simpan emas, adalah untuk dijadikan modal bisnes.

Teknik ni sesuai untuk orang yang buat bisnes freelancing, ambil projek, atau yang bukan hari-hari ada sales.

Ini tips rolling emas jadi modal

BERCUCUK TANAM VS MENYIMPAN EMAS

Macam takde kena mengena je?

Ya, ada.
sebenarnya duit kertas yang kita gunakan hari-hari tu takde kene mengena pun dengan kita.

Ya, betul.
yang dalam dompet tu sudah lama tidak ada kena mengena dengan emas.

Kalau tak simpan emas, saya pun tak tau.

Sebab tu bila simpan emas, kita sebenarnya menyimpan duit yang sebenar, yang memang digunakan sejak ribuan tahun dulu lagi.

Bagi yang faham akan fakta ini, mereka akan takut simpan duit kertas yang banyak berbanding menyimpan emas.

Sebab apa?

Sebab emas confirm naik untuk jangka masa panjang kerana nilai duit kita yang confirm jatuh setiap tahun.

Jadi, ambil tindakan bermula hari ni simpan duit sebenar, iaitu emas.

Masa depan kita akan berterima kasih kerana mengambil keputusan menyimpannya pada hari ni.

In sha Allah..

Apa itu Aset

Anak² muda yg belom ada komitmen, *PAKSA DIRI* untuk mula simpan *EMAS* dari sekarang. InsyaAllah nanti mudah nak beli aset² lain. Jgn jadi macam abang kakak pakcik makcik ni, pencen pun masih dok serabut dgn hutang piutang bank. Ambik pedoman nak ooi

Gold saving vs Gold Investment

Ingat yaa – 0.1g , 0.25g, 0.5g is not a gold saving nor a gold investment. Item tu dibuat sebagai give atau collecting item.

If you buy gold and mengharapkan keuntungan, belilah 1g keatas sebagai simpanan dan atas 100g sebagai pelaburan

Jgn mudah terpedaya dengan harga per pcs yang puluhan ringgit tuh. Sebab

0.1g x 10 = 1
Rm45 x 10 = Rm450/g

Rate harga skrg ni 1g +- 330/g. Ni beli rm450/g dan mengharapkan keuntungan? Sorry. Mmg takkan dapat.

Ya, harga Rm45 tu mmg murah per pcs. Tp pergram mahal yang amat. Nak untung dengan emas pastikan harga pergram murah bukan harga perpcs

Penjual mmg akan cakap “murah je”. Tp hakikatnya anda dalam kerugian.

Andai kata anda tak mampu untuk beli 1g sebagai simpanan, baik anda simpan duit tuh dan jangan beli emas. Better tak beli dari rugi. Duit tuh boleh kumpul dulu dah cukup baru beli 1gram

Anda kene tahu samada “mampukah aku beli emas?” Jika tak mampu, xpayah beli. Emas bukan keperluan, tp kehendak bg yg mampu.kalau mampu boleh beli dan simpan emas. Kalau x mampu, ianya bukan pilihan yg bijak jika beli gram terlalu rendah.

Ingat yaa. Tugas org menjual/berniaga ni adalah maximum kan keuntungan. Jadi ni trend terbaru yg dyorg buat untuk tarik minat org utk membeli.

Kalau nak diikutkan dulu2, emas paling rendah adalah 10g. Lepas tahun 2012 baru market 1g rancak, kemudian tahun 2017 market 0.5g pulak rancak. Skrg ni terlampau kecil sampai 0.1g pun ramai org jual dah

Sebagai pembeli, kita pun kene bijaksana bijaksini. Rajin2 la belajar kira harga emas ni. Jangan dok nampak murah je. Kene pandai mengira jugak. kira beli emas ni bukan mcm add maths dkt sekolah yg ada dx/dy bagai tuh. tambah tolak ajaaa

Rasakan keajaibannya menyimpan emas.

Mulakan dengan azam baru untuk simpan emas sekurang-kurangnya #1gram1bulan sebagai simpanan paksa dan lupa…

Dapat gaji atau hasil bisnes, tutup mata dan beli emas melalui Orodesign

😍

. Itu cara paling murah untuk memiliki emas.

Nanti sedar-sedar bulan Disember nanti, akan ada LEBIH 12 gram emas dalam simpanan. Ya, bukan 12 gram, tapi lebih. Majoriti yang menyertai Orodesign akhirnya memiliki berpuluh-puluh gram emas dalam simpanan.

Ingat, beli emas duit tak habis. Sebaliknya, tak beli emas duit itu akan habis. Emas juga adalah duit, tetapi dalam bentuk yang lebih kukuh nilainya.

Ada saja duit yang agak-agak tak pakai dalam 2 tahun, jangan fikir lama-lama, sebaliknya tukarkan saja kepada bentuk emas! Kalau fikir lama-lama, nanti cepat saja duit itu habis!

#tipsimpananemas

Simpanlah emas walau kita mampu hanyalah 1gram. Konsisten setiap bulan insyaAllah ada hasilnya.

Penyimpan emas yang berilmu akan konsisten menyimpan setiap bulan tidak kira harga naik atau turun. Janji gram emasnya bertambah. Biasanya kalau simpan emas, mesti akan terlebih target sebab bila kita simpan & pegang emas itu kita akan rasa ketagih mau memiliki emas lagi.

Rasakan keajaibannya menyimpan emas.

Semoga bermanfaat

UTM Open Day