Jom belajar tentang spread Emas!

Ramai tidak tahu sebenarnya jika kita nak beli emas untuk simpanan (goldbar dan dinar), selain kita perlu cek ketulenan kita perlu tahu berapa spread emas yang kita nak beli.. bukan beli brand apa sahaja asal nampak cantik harga RM450/g pun sanggup beli.

Langkah pertama, kita perlu lihat berapa harga jualan sebuah syarikat dan berapa pula harga belian balik syarikat tersebut. Dari situ kita boleh buat kira-kira berapa peratus spread yang di tawarkan oleh syarikat tersebut.

Apa itu SPREAD? Spread adalah susut nilai emas iaitu perbezaan di antara harga belian dan juga harga jualan emas. Penting ke tengok Spread ni? Bagi pembeli-pembeli emas fizikal, adalah penting untuk kita mengetahui berapa spreadnya. Semakin kecil peratus spread emas tersebut, semakin rendah susutnilainya. Maksudnya apa? Kadar keuntungannya akan lebih cepat dan tinggi jika dijual balik pada masa akan datang. Ilmu ini yang menentukan samada emas yang kita beli itu mahal atau tidak dan adakah harga jualan balik nanti akan susut banyak atau tidak.

Formula kiraan Spread:
Harga Belian Semasa – Harga Jualan Balik Semasa / Harga Belian Semasa x 100%

Spread juga adalah margin keuntungan peniaga emas, peniaga boleh beli emas pada harga jualan balik dan jual pada harga semasa. Disebabkan faktor ini, perniagaan emas paling mudah untuk buat untung kerana setiap transaksi adalah untung bersih.

Semakin besar gramnya , semakin rendah spread. Tetapi tak semua orang mampu untuk beli emas yang berat-berat. Kita ada pilihan untuk membeli emas gram kecil seperti 1gram. Spread yang terbaik adalah tidak melebihi 8%. Jika lebih dari itu, emas tersebut dianggap mahal dan lambat untuk kita mencapai keuntungan.

Jika barang kemas pula, spreadnya antara 30% – 40%. Oleh itu BK Tidak sesuai untuk dijadikan emas simpanan kerana susutnilainya tinggi.

Sebelum ini tular tentang isu mengatakan โ€˜rugi simpan emas, simpan dah dua tahun, tak untung.. jual balik harga rendahโ€™. Kenapa jadi begitu? Jelas sekali pembeli tersebut tidak ada ilmu jual beli emas. Beli pada harga sangat mahal dan jual balik pada harga rendah. Akhirnya menyalahkan pula peniaga emas.

Kesimpulannya, apa-apa sahaja keputusan yang melibatkan simpanan atau pelaburan perlukan ilmu. Simpan emas juga perlu ada ilmu. Kita perlu buat perbandingan spread sebelum membeli emas fizikal supaya tak rugi. Saya dah jumpa syarikat yang menawarkan spread yang terendah setakat ini. Dan pilihan saya adalah syarikat ORODESIGN by MAA PRECIOUS METALS SDN. BHD kerana syarikat ini adalah pengilang emas fizikal dan harga terus dari kilang adalah yang terbaik.

Terima kasih Boss MAA kerana sediakan platform ini untuk kami terus dapatkan emas fizikal termurah dari kilang dan mesra Arrahnu.

Update terkini: Goldbar & Dinar MAA diterima pajak di semua cawangan Arrahnu Bank Rakyat dan diterima baik oleh banyak Arrahnu di seluruh Malaysia. Alhamdulillah.

Di bawah ini saya sediakan senarai spread dari sekecil-kecil gram hingga sebesar-besar gram untuk goldbar & dinar MAA. Terbaik kan? Untung siapa yang jadi Dealer Orodesign kerana mereka hari-hari beli harga kilang. Berminat? Roger-rogerlah saya ya!

๐Ÿ˜‰

Terima kasih kerana sudi baca sampai habis

Emas Fizikal vs Emas Digital

Salah satu bentuk bidaah bila kau beli EMAS tapi
EMAS tu dalam bentuk digital. EMAS ni ada nilai bukan sebab nama dia EMAS tapi sebab material dia berkualiti dan rare, ada nilai tersendiri dan tidak boleh dicipta oleh manusia, unik dan disebut di dalam Al Quran sebagai perhiasan ahli syurga.
Beli emas, pastikan dapat emas fizikal, delay sebab proses pengurusan pos masih dibolehkan kerana itu cara urusniaga masa kini dan fatwa pun kata dibolehkan…. Tapi beli secara delay, main kutu dan sebagainya seperti skim skim pelaburan yg banyak ditawarkan, ada akad yg perlu dipatuhi, kalau tak urusniaga itu menjadi haram…. Emas barang ribawi. Tak sama dengan barangan lain yg kita boleh beli ikut kaedah yg kita suka. Dengar n faham elok elokโ€ฆ.

Misi 2024 bermula!

Salah satu ciri-ciri orang kaya ialah mereka ada disiplin dan konsisten dalam menyimpan.

Tahun ni jom nekad simpan minimum 1 gram 1 bulan. Hujung tahun dapat 12 gram insyaAllah.

Save foto ni dan jadikan checklist bulanan anda. Saya dah tick kan siapยฒ untuk anda

๐Ÿ˜

Hujung tahun nanti kita kongsi success story boleh boleh?

All the best

๐Ÿ’ฏ

Tabung Emas 2024

Sambil kita menyimpan emas..
kita ajak sahabat kita yang lain untuk simpan emas sama.
Sama-sama kita menyimpan sama-sama kita layak jadi pembayar zakat emas.

Emas awak awak beli awak simpan sendiri
Emas saya saya beli saya simpan sendiri
Awak beli ikut kemampuan poket awak
Saya beli ikut kemampuan poket saya

Selagi kita hidup atas dunia ni
Banyak kos luar jangka yang kita akan jumpa
Contohnya :

Tayar kereta nak kena tukar baru
Kereta nak kena selenggara
Tetiba kena pindah
Tetiba gas habih

Banyak lagi la nak senaraikan..
Dan kita pulak jenis asal simpan duit habis
Eloklah kita bertukar kepada simpanan emas fizikal
Sekurangnya walau duit habis beli emas
Tiba masa nak guna masih lagi boleh cair jadi duit kembali…

Tips mcmna nak setel hutang kad kredit & loan personal melalui goldbar.

Fungsikan emas.

1. Jual emas di tangan – dpt duit, buat full settlement. Duit bulanan yg biasa dok bayar hutang tu, *DISIPLINKAN DIRI BELI EMAS SEMULA*.

2. Rahnukan emas – dapat duit, setelkan hutang. Duit bulanan yg dok bayar hutang tu blh buat tebus emas dlm rahnu sikitยฒ. Kalau ada kenaikan harga, blh buat overlap. Dapat lebihan, beli emas lagi @ tebus yg di dalam.

Faham konsep, ada ilmu, maka kita blh olah ikut kemampuan, keupayaan, keselesaan kita.

*KEY POINT DIA ADALAH ADA EMAS DI TANGAN*

Average dan Laverage.

Ramai orang berpendapat rugi beli emas kerana bila perlukan duit, emas tadi akan di jual semula dengan susut nilai.

Tapi ramai juga tidak mahu tahu yang susut nilai emas yang dibeli ini boleh di’adjust’ mengikut strategi/tabiat pembelian (simpanan) emas kita selaras dengan naik turun harga pasaran emas dunia sehingga menjadi zero.

Sudahnya duit disimpan terlalu lama dalam bentuk kertas. Jika tempoh hari, RM55 boleh naik ERL KL sentral ke KLIA beserta breakfast yang bernilai RM20. Hari ini tak dapat lagi dah breakfast, hanya dapat satu perjalanan ERL. Analoginya begitulah.

Tanpa kita sedar keboleh belian wang semakin mengurang. Kuasa beli semakin lemah dengan wang kertas. Yang lebih bahayanya ianya berlaku tanpa kita sedar. Simpan punya simpan, tahu tahu je, kadar inflasi lagi cepat membina dari kadar pertambahan wang simpanan kita.

Wang kertas hanyalah medium transaksi bagi mendapatkan sesuatu yang bernilai i.e makanan dan keperluan asas lain.

Dalam simpanan/pelabutan emas, ingat AVERAGING dan LAVERAGING. jika dahulu membeli dengan harga 1g RM170, hari ni hanya RM167. Averagekan dan kira kembali spreadnya.

Gerun tengok harga emas la nie…

Sekali harga emas naik sekali kita rasa menyesal tak beli banyak-banyak dulu..

Tapi kita pun tahu, itu jer yang kita mampu, takpa janji istiqomah

Lebih baik dari kita asyik mengkaji harga, tapi tak beli beli

Sebabnya harga emas ni, dia tak peduli awak beli ka awak tak beli ke, dia tetap akan naik.

Sama2 kita beli emas dengan ilmu

Dana Pendidikan Anak

Nak ajak orang buat apapun
Perubahan yang pertama
Permulaan mestilah diri kita sendiri terlebih dahulu yang berubah

Kemudian kita akan lihat
Persekitaran sekeliling kita akan berubah secara automatiknya

Tak percaya?
Cubalah buat dulu

๐Ÿ’“

Jom hadiahkan diri sendiri dan yang tersayang kepingan kuning berharga ni, In shaa Allah seiring peningkatan umur kita, Nilainya juga turut bertambah

Masa depan tu rahsia Allah

Masa depan tu rahsia Allah
Tak siapa tahu.

1 gram 1 bulan pun cukup .
Kalau tak mampu banyak .

Untuk beli tanah ka…
Untuk buat rumah ka…
Untuk pendidikan anak2 10-20 tahun lagi ka….

Especially buat kita yang selalu gagal menguruskan simpanan tunai ditangan mahu pun dibank…

Emas adalah salah satu tools terbaik
Untuk mengekang kebocoran tabung kewangan anda…

Jom cuba.
Janji bertindak.
Barulah nampak hasilnya

*EMAS UNTUK PENDIDIKAN*

1g sebulan.
Setahun 12g
Umur anak 18 tahun
12g x 18 = *216g terkumpul*

In shaa Allah..
Cukup untuk menampung kos pengajian anak-anak kita kelak tanpa berhutang.

Duit kita…
Manage bagi elok-elok
Jangan set dalam minda
Nak berhutang sampai pencen
Putuskan rantaian minda terjajah itu
Bebaskan merdekakan kewangan dirimu..

Beli sikit-sikit
Lama-lama membukit
Belajaq handle sendiri emas kita
Lama-lama kita akan pakar dalam landasan kita sendiri.
Semua orang bermula dari ZERO
Man jadda wa jadda