https://intraday.my/konflik-timur-tengah-makin-marak-emas-kembali-bangkit-ke-paras-2050
Konflik Timur Tengah Makin Marak, Emas Kembali Bangkit Ke Paras $2,050!
Kos HAJI dengan DINAR
Minggu lepas ORODESIGN melancarkan keluaran 1 dinar design terbaru. Nak kata baru tak juga, sebab zaman saya baru join design ni dah ada. Sempat la beli ke dia seketul. Cuma nama lama. Sekarang nama terbarunya 1 Dinar MAA
Gambar kaabah. Sesuai dengan salah satu matlamat menyimpan dinar.
Setiap tahun, JUMLAH keping dinar yang diperlukan semakin BERKURANG, sedangkan kos HAJI semakin MENINGKAT.
Pada tahun 2023, kos haji memerlukan lebih kurang 10 keping 1 dinar bagi kumpulan B40. Tapi tahun ini hanya 8 keping 1dinar sahaja.
Jadi, jelas tak kenapa kita kena tukar cara menyimpan?
Ukur Baju SENDIRI
Walaupun kerjaya sama, gaji sama, bilangan anak sama, lokasi penempatan sama, tetap tak boleh nak guna “saiz” yang sama
Kita bebas untuk santuni keinginan kita. Pergi bercuti, raikan harijadi di restoran mewah, mendekorasi rumah, ubahsuai rumah, beli itu ini atau apa sahaja yang membahagiakan diri sendiri.
Cuma… Pastikan lah dah ada “BACKUP” kewangan. Barulah rancang untuk salurkan pada perkara2 begitu. Kalau belum ada, dikhuatiri kita juga yang akan menanggung malu
MULAKAN 1 GRAM 1 BULAN
Perkara paling penting bila nak menyimpan ialah membentuk TABIAT, bukannya jumlah simpanan.
Simpan sedikit tetapi berterusan itu lebih baik. Ia akan mendatangkan impak yang besar kepada masa depan kewangan kita.
Jadi kalau nak simpan emas, jangan letak angan-angan terlalu besar. Mulakan dengan *1gram 1 bulan dulu*
Setiap kali hari gaji, beli 1 gram 999.9 sebagai simpanan PAKSA & LUPA. Disiplinkan dengan yang itu dulu. Selebihnya boleh simpan dalam Tabung Haji atau mana-mana instrumen lain kalau mahu.
Dana Bersara
Okeh..alang-alang Januari jom kita kira kot-kot boleh jadi azam baru. Cun-cun umur yang sesuai nak fikir dana bersara.
Kalau 1 juta, nampak takut dan mustahil kan?
Kita convert dulu dalam emas,
lebih teruja sebab value nampak kecil.
Okeh,
Jom kita kira.
Rm1,000,000 ni kita tukar dulu ke gram emas dengan anggapan harga 1g ialah Rm350 dan untuk disimpan selama 20 tahun.
Maklum la,
umur dah 40, anggap je diberi kesihatan yang baik dan kerja yang baik utk lagi 20 tahun.
Jom kita kira jumlah gram,
Rm1,000,000 รท Rm350/g = 2,857.1428gram
Bundarkan dan kira gram setahun,
2858g รท 20 tahun = 142.9gram/setahun
Bundarkan dan kira gram sebulan,
143g รท 12 bulan = 11.916g/sebulan.
Bundarkan dan kira gram seorang
12g รท 2 orang = 6g/orang
Kira harga sebulan/orang,
6g x Rm350 = Rm2,100/ sebulan.
Kiraan berdasarkan suami isteri kongsi simpanan untuk beli emas.
Maka, kalau nak dapatkan simpanan persaraan yang lebih dari nilai 1,000,000?
Simpan emas 6g sebulan @ belian RM2100 selama 20 tahun.
Simpan emas 4g sebulan atau belian RM1400 selama 30 tahun.
Simpan emas 3g sebulan atau belian RM1050 selama 40 tahun.
Jadi, boleh pilih ikut umur masing-masing. Lagi awal bermula, lagi rendam gram nya.
Nampak mustahil dan besar kan?
Ada cara lain nak cepat dan jimat. Tapi itu anda boleh fikir sendiri la.
4 Tips Simpan Emas Tahun 2024
Tips1 : Target simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai simpanan dilupakan.
Duit simpanan lain boleh disimpan di Tabung Haji atau ASB.
Tips2 : Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas.
Jangan tunggu duit Iebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit Iebih.
Tips3 : Jangan tunggu harga terbaik.
Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga rendah, duit pula yang habis!
Tips4 : Emas yang dapat tu, simpan dalam dompet! Jika dah 12 bulan dah ada 12 gram atau lebih.
Buat begini supaya terasa aura dan keseronokkan simpan emas.
Memang “feel” akan berbeza.
la mempengaruhi minda separa sedar (subconscious mind) supaya kumpul lebih banyak kepingan emas!
Semoga tahun 2024 ramai yang memiliki aset emas.
Kita ni bkn la semua org yang bijak pandai… Tapi sekurang2nye, biarlah ikut cakap2 orang bijak pandai.
Emas Ada naik Dan ada turun.
Puratanya terus meningkat sahabat.
Nilai Duit ringgit kertas Kita plak semakin menyusut.
Jangan tunggu harga turun untuk membeli emas. Tapi paksa diri untuk Terus membeli emas Dan lihatlah hasilnya..
Cuba tengok perbezaan harga dalam masa 3 tahun, sangatlah ketara.. jika Kita sebagai dealer orodesign, pembelian emas tahun 2022 yg Kita buat dulu skrg nilainya dah balik modal Dan sedang nikmati keuntungannya.
Jika duit ringgit tahun 2022 itu tidak dijadikan emas belum tentu duit itu Masih wujud. Jika wujud sekali pun nilainya dah makin mengecil. Terus bertindak wahai sahabat. Dari simpan duit ringgit tukar kepada simpan emas fizikal.
Pastikan beli emas dapat emas tu ditangan walaupun seberat 0.25g sekalipun.
“Nak miskin tu susah!”
Ya, simpan emas sahaja tak buat kita kaya raya dan cepat untung tapi boleh buat kita kekal kaya. Dan paling penting, nak miskin tu susah!
Saya beri contoh mudah.
Dulu, hanya dengan RM 400 kita mampu memiliki 10gram emas.
Waktu tu hanya RM 40 segram.
Kira-kira 15 tahun lalu, jumlah ini banyak.
Cuba tengok sekarang.
RM 400 ni hanya cukup untuk barangan dapur sahaja bagi keluarga kecil.
Tak termasuk lagi belanja lain-lain seperti bil elektrik dan air. Kalau duit RM 400 ni kita ikat dalam bentuk emas. Apa jadi?
Hari ni dalam tangan kita dah emas yang bernilai R M 3,200.
Nampak kan?
Yang mana jumlah tu sebenarnya berkadar langsung dengan keperluan RM kita pada hari ni.
Itulah dimaksudkan “kekal kaya” bila kita simpan emas. Kekal kaya kerana kita boleh kekalkan nilai RM mengikut keadaan semasa.
Apatah lagi kalau kita sudah memiliki minimum 200gram, nak miskin tu susah!
Dah faham kan?
Bermula hari ni simpan emas ya.
KISAH DUIT SYILING.
Adalah dikatakan bahawa bank-bank di Malaysia tak terima lagi duit syiling.
Besar kemungkinan Malaysia jadi macam negara Europe di masa depan iaitu kadar tukaran terendah pun RM1.
Buat masa sekarang nak tukar syiling perlu ke Bank Negara Malaysia sehinggalah update terkini.
Kalau perasan, nak deposit ke ASB pun dah tak boleh ada point syiling jika transfer dari bank ke ASB. Mesti angka genap dalam bentuk ringgit. Malah di kaunter ASB pun dah tak terima duit syiling.
Bagi sesiapa yang ada duit syiling, kita boleh mula guna setiap hari di kedai-kedai sebelum ianya dah jadi tak laku macam duit satu sen suatu masa dulu.
Di Malaysia, antara duit syiling yang pernah hilang nilai adalah syiling satu sen dan syiling satu ringgit.
Dalam sejarah dunia, terlalu banyak matawang yang telah hilang, runtuh atau dibubarkan.
Sebab itulah bagi penyimpan emas, kita hanya kumpul wang tunai untuk kegunaan jangkapendek.
Bagi tujuan jangkapanjang, kita fokus menabung emas kerana ianya memegang nilai malah laku di seluruh dunia.
Tak pernah lagi dalam sejarah dunia, emas dibatalkan nilai atau dibubarkan menjadi value sifar. Malah proven emas kekal bernilai sepanjang zaman tanpa pernah mengalami kejatuhan nilai sifar.
1bulan 1gram 1keluarga.
1bulan 1gram 1keluarga.
1gm ร12bulan. Setahun dah dapat 12gm.
Berapa dah nilainya akan datang gais. Dekat RM4,000
Simpanan masa hadapan.
Simpanan untuk waktu kecemasan.
Sikit sikit lama-lama jadi bukit.
Ada lebih beli banyak.
Takde lebih beli sikit.
Takde langsung usaha sampai ada.
Dapat sesuatu tak?