EMAS ADALAH DUIT .

Tune sikit ja fikiran & otak kita

๐Ÿ˜

ย EMAS ADALAH DUIT .
InsyaAllah mudah untuk kita BERTINDAK.

KUASA 1 GRAM EMAS.

๐Ÿ™‹

Saya bukan orang kaya. Tapi saya wajibkan sentiasa tambah belian emas, gram demi gram. Ini semua gara-gara bermula dengan gold bar 1 gram emas.

๐Ÿ™‡

Ramai orang bertangguh untuk bermula. Mungkin nak tunggu ada duit. Mungkin juga nak tunggu harga emas turun lebih rendah. Mungkin juga tanpa sebab.

๐Ÿ˜Ž

 Dengan bermula walau hanya dengan 1 gram, anda akan dapat banyak kelebihan :

1. Ada benchmark harga sendiri ~ kita akan tahu apa erti harga rendah, apa erti harga tinggi.

2. Kita akan cepat faham pelbagai sisi tentang emas sebagai simpanan dan pelaburan berbanding dengan orang yang hanya mengkaji dari luar.

3. Sebagai sumber motivasi dan inspirasi untuk memulakan langkah menjadi orang kaya sebenar.

Jadi, jangan tunggu. Mula sekarang. Anda akan jadi orang yang lebih baik dari sebelum ini dari segala segi

๐Ÿ˜Š

PENYELAMAT BILA BERLAKU KECEMASAN

Adakah perlu duit simpanan ditukarkan kepada emas semuanya?

Jawapannya โ€œtidakโ€.

Duit yang nak digunakan dalam jangka masa terdekat, simpanlah dalam akaun bank (wang kertas).

Tapi untuk simpanan jangka panjang (2 tahun dan ke atas), simpanlah dalam bentuk emas.

Jika nak gunakan duit, anda tak perlu bimbang. Ada emas maksudnya ada duit.

Simpan emas bukan sebab kita kaya. Sebab kita bukan orang kaya la kita kena beringat KENA ADA SIMPANAN.

Andai tiba waktu kecemasan dapat kita fungsikan emas saat itu.

Melainkan jika ada orang nak payungkan masa tu, alhamdulillah rezeki la..

Tapi kalau tak ada? Takkan nak paksa org bagi pinjam duit! Zaman sekarang bukan senang nak bagi pinjam duit. Sebab masing-masing struggle utk meneruskan kehidupan..

๐Ÿ˜”

Kita sama-sama beringat. Jom mulakan simpanan. Kalau simpanan emas ni susah sikit nak bocor tabungannya.

Jom sahabat kita mula

“Saya ni tak minat emas?”

Kita simpan emas ni bukan soal minat tapi sebab perlu.

Sama macam kita berkerja, walapun kita tak minat pun nak bangun awal pagi atau kena marah dengan bos.

Eh, pernah ke kena marah?

Kita kerja juga kan, sebab perlu.

Begitu juga dengan emas. Perlu untuk backup hasil penat lelah kita bekerja dari dirompak oleh inflasi setiap tahun.

Kita rasa duit kita bertambah bila kita menyimpan setiap bulan, hakikatnya kuasa beli pada duit kita tu jatuh setiap tahun.

Contoh mudah, duit RM 100 kita hari ni dan 10 tahun lepas. Dah tak sama nilai kan? Dulu dengan nilai duit tu kita boleh dapatkan banyak barang, sekarang boleh dikira dengan jari.

Bukan tu sahaja.

Kita perlu simpan emas supaya diri kita tak jatuh miskin setiap kali dapat gaji.

Ya lah kan, simpan awal bulan, tengah bulan korek balik.

Bila dah simpan emas, baru kita bertambah kaya setiap bulan. Sebab simpanan susah nak bocor.

Menabung sikit2, akhir sekali sedar tak sedar. Dah ada 100g begini.

Dah faham kan? Bermula hari ni ya

MASA BERGERAK TERLALU PANTAS

“Menabung bukan satu beban, tetapi satu KEPERLUAN untuk kegunaan hari mendatang.

Antara kesilapan saya yang saya rasa sangat memberi kesan negatif ialah suka bertangguh. Sifat dan sikap suka bertangguh ini sangat tidak baik.

Sedar tak sedar, kita sudah ke bulan kelapan pada tahun ini. Kalau saya beli 1 gram emas sebulan, bulan ini harta saya akan bertambah lagi 1 gram emas menjadikan jumlah keseluruhannya 8 gram.

Tapi naluri jahat kita suka bertangguh kerana ada bisikan lain pula yang menyuruh kita mengumpul duit dulu dan beli sekaligus dalam kuantiti yang banyak.

Hasilnya : duit yang dikumpul entah ke mana, emas yang nak dibeli pun tinggal impian saja.

Nasihat saya, beli aje dan maintain belian dengan apa saja bajet kita.
Emas = bentuk simpanan + pelaburan + asset + duit. Moh kita selamatkan Nilai duit simpanan dengan cara tukar kedalam bentuk harta.

๐Ÿ˜Š

Barang kemas ke Gold Bar pilihan hati?

Brg kemas kita beli utk melaram.. utk bgi manis je ๐Ÿคฃ

Lebih tu kita simpan GB/DINAR ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿฅฐ

Di antara..

Tanyalah mana mana kawan penyimpan emas.

Simpan duit atau emas lebih mudah?

Ada orang simpan 1 ribu pun tak berjaya sebab asyik bocor.

Tapi dengan emas magic nya dia boleh ada simpanan sampai 5 angka.

Ada sahabat beli rumah cash dengan 450 gram emas pada tahun 2017. Tahun 2023 dah dapat kumpul semula emas bernilai 500 gram.

Beginilah mindset penyimpan emas.
Dapat upgrade emas tu kepada aset yang lebih berharga.

Kalau dah jual, pasti usaha dapatkan semula.

Saya tak jumpa mindset ni pada si penyimpan duit.

Jom mula menyimpan emas sekarang

๐Ÿ’ช

Anak usia sehari pun dah boleh simpan emas.

Serendah 0.25g, 0.5g & 1gram saja dah boleh bermula.

#SimpanEmasFizikal
#BersamaOrodesign
#EmasHargaKilang
#Termurahdipasaran

Simpanan Duit vs Simpanan Emas

Bulan ni simpan RM500, bulan depan tinggal RM100. Untung kalau berbaki RM100.. Ada yang sampai korek tabung buluh pulak

๐Ÿ˜…

 Begitulah hakikatnya bila kita menyimpan duit, selalu saja bocor, ada duit ada saja mahu dibeli. Semua jadi keperluan bukan lagi kemahuan. Walaupun hakikatnya itu bukan keperluan. Maka, simpanlah *EMAS FIZIKAL*.

Kalau simpan emas,
Bulan ni beli 1
Bulan depan rasa nak beli 2 3 4 5 6 7 8 10 !!!
 Aishhh pelikk sungguh

๐Ÿคฃ
๐Ÿ˜†
๐Ÿ”ฅ

Emas kalis bocor!
Emas juga kalis inflasi bagi kuasa membeli!

๐Ÿ’›
๐Ÿ’›

Ada tak sapa-sapa yang macamni lepas Allah izinkan faham dan celik fungsi emas?

๐Ÿ™‹๐Ÿผโ€โ™€๏ธ

Alhamdulillah syukur. Doakan juga buat sahabat yang lain moga Allah izinkan kefahaman dan juga mudahkan mereka untuk bertindak.

Menabung

Mula sikitยฒ tak pe sahabat. Simpan duit asyik abis.. tukar duit simpanan tu kepada EMAS. InsyaAllah berganda nilainya.

Bagi yang faham.

Sebenarnya tak perlu fikir banyak kali untuk mula menyimpan emas.

Mula sahaja walaupun dengan 1 gram.

Sebab selepas bertahun kita simpan duit, apa yang duit beri pada kita?

1. Duit sentiasa habis kena belanja
2. Nilai duit semakin menyusut setiap tahun
3. Simpanan tak tahan lama

Bila duit dah bertukar jadi emas. Apa emas bagi kita?

1. Duit kita tak mudah bocor
2. Nilai emas semakin meningkat
3. Sudah ada aset bertahan ketika gawat

Kata pakar, orang ada duit tak semestinya ada emas.

Tapi orang ada emas, sudah tentu ada duit. Sebab emas itu duit, bila-bila kita boleh tunaikan.

Boleh bermula hari ni ya.