MASA BERGERAK TERLALU PANTAS

“Menabung bukan satu beban, tetapi satu KEPERLUAN untuk kegunaan hari mendatang.

Antara kesilapan saya yang saya rasa sangat memberi kesan negatif ialah suka bertangguh. Sifat dan sikap suka bertangguh ini sangat tidak baik.

Sedar tak sedar, kita sudah ke bulan kelapan pada tahun ini. Kalau saya beli 1 gram emas sebulan, bulan ini harta saya akan bertambah lagi 1 gram emas menjadikan jumlah keseluruhannya 8 gram.

Tapi naluri jahat kita suka bertangguh kerana ada bisikan lain pula yang menyuruh kita mengumpul duit dulu dan beli sekaligus dalam kuantiti yang banyak.

Hasilnya : duit yang dikumpul entah ke mana, emas yang nak dibeli pun tinggal impian saja.

Nasihat saya, beli aje dan maintain belian dengan apa saja bajet kita.
Emas = bentuk simpanan + pelaburan + asset + duit. Moh kita selamatkan Nilai duit simpanan dengan cara tukar kedalam bentuk harta.

😊