Bila masa terbaik menabung emas?

Jawapannya, masa kita berduit.

Bila duit sudah ada ditangan, jangan bertangguh.Bukan tunggu esok atau lusa.

Alih segera supaya duit tidak mengalir kepada benda yang sia sia. Tak perlu tengok harga bila berhasrat nak menabung emas. Asal berduit, terus buat tabungan. Alihkan segera sebelum terleka.

Cuma bimbang. Dalam sedar tak sedar sudah terlebih belanja! Dan simpanan emas tetap tiada. Ya, masih kosong.

Jadi, menabung emas bila berduit.
Dah fahamkan? Bermula hari ni

“Kenapa kita simpan emas?”

Cuba tanya diri sendiri dulu, kenapa kita simpan duit?

Saya percaya tujuan kita sama. Simpan duit ni sebab:

1. Nak beli rumah atau tanah
2. Nak buat dana kecemasan
3. Nak anak masuk universiti tak berhutang
4. Nak guna untuk kahwin
5. Nak jadi simpanan persaraan
6. Nak pergi haji

Jadi,apapun tujuan kita, cuba fikir balik.

Simpan duit ini berapa lama boleh tahan?
Betul ke tak korek balik?
Boleh ke kawal nafsu diri dari berbelanja?

Saya percaya kita lebih faham dengan diri sendiri.

Kalau tak kuat dengan godaan duit dalam akaun, boleh alihkan sebahagian duit kepada emas.

Ia akan kekal ada.
Dan tak mudah dibelanjakan.

Sebab tu, tujuan pertama simpan emas ini untuk elak duit kita mudah bocor.

Sebab apa pun matlamat kita menyimpan, susah nak tercapai kalau asyik bocor dan bocor.

Dah faham kan?
Emas ubat penawar kepada duit bocor. Saya dah gunakan 5 tahun dan ianya berkesan.

EMAS – Nak kena selalu pegang ke?

Ya, kalau simpan emas, kena pegang dan tengok emas itu selalu.

Lagi besar saiznya, lagi kuat auranya. Dan lagi cepat jumlahnya bertambah dalam simpanan kita.

Tapi kalau simpan duit dalam akaun bank, pantang larangnya ialah jangan tengok bakinya selalu.

Lagi kerap kita tengok, lagi cepat duit itu habis!

Kalau dah bertahun-tahun simpan duit dalam akaun bank tapi asyik bocor saja, ubahlah cara. Mulakan simpanan emas sekarang. Boleh mulakan dengan bajet serendah RM100 (0.25g) atau 1gram 1bulan.

Paksa diri beli emas setiap bulan. Satu hari nanti dapat kumpul 100gram yang cantik ini.

Emas bantu keluarkan anda dari kesempitan

๐Ÿ’ฅ

Cemana?

๐Ÿ’ข

Katakan anda simpan 1g setiap bulan.. Hujung tahun, katakan anda ada 10gram goldbar..

๐Ÿ’ข

Bulan 12, nak kena beli baju sekolah anak.. G arrahnu/kedai pajak, letak emas kat sana, pinjam RM1000.. G beli baju sekolah anak..

๐Ÿ’ข

Bulan-bulan, bayar RM200 utk 5 bulan. Bulan ke-5 ambil balik 10gram tadi.. Baju sekolah anak dah beli, emas pun ada balik.. Yayyy..

๐Ÿ’ข

Bulan 6 pulak, peti ais rosak.. Kalau beli kat Court M ansur-ansur, harga total tu siap boleh beli 3 bijik peti ais baru.. So, lupakan C.M..

๐Ÿ’ข

10gram tadi masih ada kan? Haa pergi pajak balik.. amek RM1000, beli peti ais baru atau g repair..
Bulan-bulan bayar RM200 selama 5 bulan, amek balik 10gram tadi..
Peti ais dah baru, emas pun still ada..

๐Ÿ’ข

Ulang je cycle yg sama..
Masalah selesai, emas masih ada..
Zaman skrg ni RM1000 bukan senang2 org nak bg pinjam..
and kita ni jgn biasakan diri meminjam org..

๐Ÿ’ข

Keluar dari kebiasaan, cuba fikir jalan keluar dari masalah.
Meminjam TAKKAN selesaikan masalah anda. Katakan org yg anda biasa pinjam duit tu mati dah, haaaa jenuh pulak nk g cari org baik mcm org tersebut..

โœจ
โœจ

Fikir-fikirkan dan selamat beramal..

Ada rezeki istiqomah kumpul perlahan2.

Emas ni kita akan sedar betapa berharganya bila kita dalam KESUSAHAN. Masa kita senang emas yang ada akan duduk setempat tanpa nampak berguna.

Cuma kita kena sedar semasa senang. Memang susah nk beli. Sebab tak teringat. Masa susah baru la tercari-cari.

Sebab tu ORODESIGN ada wujudkan emas kecil-kecil sekecil 0.25g, 0.5g dan 1g 999.9 agar golongan bawahan mampu simpan emas.

Bagi yang dah kumpul syukur anda dah tahu kegunaannya. Alhamdulillah. Benda ni kerap terjadi pada saya sendiri. Kadang2 teringat time susah dulu.

Time tak ada emas. Selalu berhutang

๐Ÿ˜”

. Last sekali bila ada duit. Bayar hutang. Habis terus duit untuk bayar hutang.

Kemudian pinjam lagi. Hmm bila la nak ada simpanan. Mujur Allah buka hati saya untuk simpan emas.

Kita belajar dari kesilapan. Ubahlah atau teruskan. Pilihan ditangan anda.

ย Info tentang Dinar

Nilai dinar sama dengan seekor kambing. Dari dulu hingga kini.

#Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah

#Digunakan untuk membayar zakat

#Dijadikan hantaran dan mas kawin

#Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang

#Simpan untuk pergi haji

#Tabungan/simpanan

Dinar keluaran kilang MAA berpurity 999.9
Dikeluarkan dalam 2 jenis.

Suku dinar : 1.06 gram
Satu dinar : 4.25 gram

Jelaskan?

Info Harga Emas

Emas adalah sangat unik. Dari dulu hinggalah sekarang orang cakap emas ini Mahal.

Ya, nilai emas tak pernah murah. Hanya murah bila harga emas dulu menjadi sejarah.

Simpan emas bukannya sebab keuntungan semata-mata. Tapi banyak manfaat yang membantu dan mengukuhkan kewangan peribadi serta tabungan masa depan keluarga kita.

Simpan Emas selagi anda boleh kerana suatu hari Emas akan memberikan sebagai jalan penyelesaian untuk anda

โค๏ธ

Fund rate – usd – ringgit – gold.

Semalam harga emas dah pecah support 1950/oz dan skrg bermain2 sekitar 1946/oz. Lama jugak emas duk atas 1950/oz. Tpi masih lg dalam keadaan tinggi. Nak tgk harga emas rendah, tunggu dia turun dibawah 1900/oz

So, apa yang terjadi semalam? Kenapa harga meas tiba2 turun? Biaaar sy terangkan~

Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam The Fed telah umumkan fund rate mereka iaitu OPR versi USA. OPR naik dari 5.25% kepada 5.50%. as aspected, USD pun follow naik bilamana rate pun naik. Tapi apa yg membuatkan org berebut tukar pelaburan ke USD adalah sebab The Fed memberi bayangan yg mereka akan buat kenaikan OPR lg pada masa akan datang.

USD semalam mengukuh dari 100.4 kepada 101.5. kalau pertengahan bulan harituh, index USD pernah jejak sekitar 99.5 kalau x silap. Jadi ini kenaikkan yg agak banyak.

Untuk ringgit, ketika ini market Malaysia tak buka lagi. Masih ikut harga closing smlm 4.52. Dijangkakan, bila market buka nanti, ringgit pun akan jatuh sama dalam 4.53-4.55 mcm tuh. Tapi andai kata ringgit kekal pada 4.52. maka, “yak yak yeah” la kita. Kita boleh tengok nanti index bursa Klci kita terus naik. Buat masa ni, klci kita dah naik dari 1380+- skrg ni 1451+-. Kalau ringgit kekal kukuh, saham negara pun kukuh dan ekonomi Malaysia pun akan kukuh.

Untuk emas pulak, walaupun dalam USD turun kaw2. suka diingatkan yg kita beli emas dalam ringgit. Jadi, turun naik harga emas dalam Malaysia ni bergantung pada kekuatan ringgit. So, jangkaan harga emas selepas kol 10 28/7 nnt x banyak berubah dengan harga semalam jika ringgit melemah.

Apa2 pun, diyakini ekonomi Malaysia dalam keadaan on track untuk dapatkan GDP yg berkembang. Kepada pembeli2 emas, cepat2 lah restock sebelum harga naik balik

Wallahualam, moga bermanfaat

๐Ÿซฐ

๐†๐”๐ˆ๐ƒ๐„ ๐๐„๐‹๐ˆ ๐„๐Œ๐€๐’

Kalau boleh JANGAN lah letak duit kita di tangan orang. Beli sendiri lah emas. BELI EMAS BOLEH DAPAT TERUS EMAS FIZIKAL OKEY..
.
Baca info ni ye.
.

.

SIMPANAN EMAS – nak pilih yang mana satu.
.
1. emas perhiasan – yang ni ada kos upah pada harganya. Harga lebih tinggi dari nilai emas. Bila nak jual, spread dia tinggi – harga tolak lebih kurang 35% dari nilai emas sebab dia dah jadi emas terpakai.
.
emas ini hanya elok utk digadai. Jangan sekali kali jual sebab akan hilang duit dengan banyak sekali.
.
kalau nak beli emas perhiasan, elakkan beli emas baru, sebaliknya beli emas terpakai – harga lebih murah tapi bila gadai nanti akan dapat duit yang senilai dengan berat dia.
.
jangan sekali kali beli emas perhiasan ( barang kemas) yang ada batu permata. Apabila ia ada batu permata, maka ia tidak lagi boleh digadai. Kalau nak jual, kedai akan buang dulu batu permata baru timbang barang kemas.
.
harga pun jatuh teruk – kadang2 kedai pun tak jujur bila menggred barang kemas, ini supaya mereka untung lebih.
.
2. gold bar 999 – ini paling baik untuk menyimpan nilai. Kalau jual, dia tetap jual sebagai gold bar dan dia tak jadi emas terpakai walaupun dia dah kemek atau calar atau dah 50 kali masuk gadai.
.
kalau jual balik, biasanya spread hanya 5% sahaja ditolak dari harga semasa.
.
kalau nak untung, jual pada individu pada harga pasaran. Macam dealer Orodesign, ambil lock order Harga kilang jual kepada customer Harga pasaran. Urusan penghantaran semua kilang yang urus, tak perlu simpan stok, tak pening kepala, dealer ambil order saja keuntungan masuk acc sendiri. Gold bar ni walaupun bertukar tangan 10 kali, ia tetap dijual pada harga pasaran seperti emas baru.
.
3. Dinar – juga satu medium yang sangat baik untuk menyimpan nilai. Kalau kita jual, dia tak jatuh harga dan akan dibeli dengan harga dinar.
.
mudah untuk jual pada orang lain, sebab dinar merupakan matawang, walaupun dia buruk dan hodoh sebab dah banyak kali bertukar tangan, ia tidak akan jatuh harga.
.
kalau jual balik pada company, akan kena spread 5%. Dealer Orodesign boleh beli Emas lama, jual semula kepada kilang MAA dengan Harga tinggi tak kisah kondisi Emas macam mana, brand apa sekalipun. Kalau jual pada orang perseorangan, ia akan dijual pada harga nilai semasa.
.
4. Barang kemas designer – poh kong, habib, tomei
barang kemas ni harga dia mahal pada design dan jenama. Kalau nak gadai kita akan rugi banyak sebab emas dia tidak sepadan dengan harga dia.
.
tidak disyorkan jika nak guna untuk menyimpan nilai sebab susah nak jual dan gadai.
.
tapi jika dah kukuh kewangan, dan dah ada cukup simpanan, beli lah satu atau dua barang kemas ini sebab ia sangat cantik dan ia akan memberi satu feel yang lain kepada si pemakai.
.
tengok objektif apa sebelum beli.
.
kalau nak bermula – beli barang kemas terpakai dan suruh isteri pakai.
.
kalau di peringkat pertengahan – beli gold bar atau dinar dan pastikan letak dalam safe deposit box
.
kalau dah ada duit yang cukup – beli emas designer untuk meningkatkan keyakinan diri dan reward diri setelah lama mendisiplinkan diri menyimpan.
.
.
jom success!!

Duit bila tiada nilai.. anyam buat handbag pun boleh

Apabila wang kertas sudah tiada nilai lagi, nk beli roti pun susah.

Matawang Venezuela yang tiada lagi nilai berikutan kemerosotan ekonominya yang teruk menyebabkan wang negara itu kini hanya seperti kertas biasa, boleh didapati berselerak di jalanan, malah ada yang menganyamnya dijadikan beg.

Ribuan penduduk negara itu yang terdesak, kini cuba berhijrah ke Columbia bagi melarikan diri daripada kebuluran dan peningkatan kadar jenayah disebabkan krisis ekonomi.

Bersediakah kita?

Simpan emas sikitยฒ dari sekarang.
Bermula 0.25g sajer..nak besar sikit 0.5gram..nak aum lagi 1gram..5g 10g 20g 50g 100g pon ada…