Fund rate – usd – ringgit – gold.

Semalam harga emas dah pecah support 1950/oz dan skrg bermain2 sekitar 1946/oz. Lama jugak emas duk atas 1950/oz. Tpi masih lg dalam keadaan tinggi. Nak tgk harga emas rendah, tunggu dia turun dibawah 1900/oz

So, apa yang terjadi semalam? Kenapa harga meas tiba2 turun? Biaaar sy terangkan~

Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam The Fed telah umumkan fund rate mereka iaitu OPR versi USA. OPR naik dari 5.25% kepada 5.50%. as aspected, USD pun follow naik bilamana rate pun naik. Tapi apa yg membuatkan org berebut tukar pelaburan ke USD adalah sebab The Fed memberi bayangan yg mereka akan buat kenaikan OPR lg pada masa akan datang.

USD semalam mengukuh dari 100.4 kepada 101.5. kalau pertengahan bulan harituh, index USD pernah jejak sekitar 99.5 kalau x silap. Jadi ini kenaikkan yg agak banyak.

Untuk ringgit, ketika ini market Malaysia tak buka lagi. Masih ikut harga closing smlm 4.52. Dijangkakan, bila market buka nanti, ringgit pun akan jatuh sama dalam 4.53-4.55 mcm tuh. Tapi andai kata ringgit kekal pada 4.52. maka, “yak yak yeah” la kita. Kita boleh tengok nanti index bursa Klci kita terus naik. Buat masa ni, klci kita dah naik dari 1380+- skrg ni 1451+-. Kalau ringgit kekal kukuh, saham negara pun kukuh dan ekonomi Malaysia pun akan kukuh.

Untuk emas pulak, walaupun dalam USD turun kaw2. suka diingatkan yg kita beli emas dalam ringgit. Jadi, turun naik harga emas dalam Malaysia ni bergantung pada kekuatan ringgit. So, jangkaan harga emas selepas kol 10 28/7 nnt x banyak berubah dengan harga semalam jika ringgit melemah.

Apa2 pun, diyakini ekonomi Malaysia dalam keadaan on track untuk dapatkan GDP yg berkembang. Kepada pembeli2 emas, cepat2 lah restock sebelum harga naik balik

Wallahualam, moga bermanfaat

🫰