Fedmas vs LBMA

Logo Fedmas di Emas MAA. FEDMAS adalah badan yang menentukan ketulenan gred emas kepada KILANG-KILANG EMAS di MALAYSIA.

✅

Kalau utk pasaran antarabangsa, badan ketulenan depa adalah LBMA (London Bullion Market Association).

Kita perlu ada ke LBMA ni?
Tak perlu sbb kita target pasaran dlm Malaysia saja. Harga Emas LBMA akan lebih mahal. Sebagai penyimpan/pelabur Emas yang bijak sudah tentu kita nak maksimum & percepat keuntungan, fokus kpd menambahan gram dgn Harga paling berbaloi.

Habis tu kalau nak jual kat luar negara boleh ke?
Dalam negara ke luar negara Boleh. Sbb kita bukan nak berniaga di negara depa. Kita nak jual emas peribadi kita saja. Nak tukar kepada cash. Jadi dorang cuma cek ketulenan & bayar ikut matawang dorang. Setel

✅

 Tak perlu pun resit pembelian, kad koleksi rare, cop syarikat pengeluar, tak pengaruhi Harga belian Emas.

Baca lah utk PENGETAHUAN kita sebagai PENYIMPAN EMAS & PENIAGA EMAS
Yang penting BELI EMAS MESTI DAPAT EMAS FIZIKAL DITANGAN Okey.

Negara yang mencatat lonjakkan permintaan EMAS

Bagaimana nak konsisten?

Sebenarnya, saya tak bermula dengan emas yang besar setelah bergelar DEALER ORODESIGN.

Hanya 1 gram sahaja.
Cuma saya buat konsisten.

Satu perkara saya belajar dari mentor saya,

Simpan 1gram 1bulan konsisten selama 10bulan, lebih baik dari beli gold bar 10gram sekeping sekaligus dan terus diam.

Sebab apa?
Sebab kita akan:

(1) memiliki emas yang banyak,

(2) duit simpanan yang ditukar jadi emas tak bocor,

(3) harga purata emas dalam simpanan jadi rendah,

(4) untung pada kenaikan emas dalam jangka panjang

Dan memang betul. Apa yang saya lihat, mereka yang konsisten menyimpan tu akhirnya lebih kaya.

Bukan sebab emas naik tinggi,
tapi sebab tabiatnya menyimpan kekayaan (emas) secara tegar.

Sebab “menyimpan” secara tegar tu asas penting membuatkan kita lebih kaya.

Dah sesuatu?. Jom bermula simpan emas hari ni.

Bermula dengan 1 gram

Bagi yang faham.

Sebenarnya tak perlu fikir banyak kali untuk mula menyimpan emas.

Mula sahaja walaupun dengan 1 gram.

Sebab selepas bertahun kita simpan duit, apa yang duit beri pada kita?

1. Duit sentiasa habis kena belanja
2. Nilai duit semakin menyusut setiap tahun
3. Simpanan tak tahan lama

Bila duit dah bertukar jadi emas. Apa emas bagi kita?

1. Duit kita tak mudah bocor
2. Nilai emas semakin meningkat
3. Sudah ada aset bertahan ketika gawat

Kata pakar, orang ada duit tak semestinya ada emas.

Tapi orang ada emas, sudah tentu ada duit. Sebab emas itu duit, bila-bila kita boleh tunaikan.

TUTUP KEBOCORAN SIMPANAN

Kalau simpan RM500 sebulan, tapi lepas 10 bulan tak ada RM5,000 dalam akaun, selalunya ada 2 sahaja puncanya. Samada salah buat bajet atau kaedah menyimpan tak berkesan, senang bocor.

Bagi yang nak tutup kebocoran simpanan, salah satu cara berkesan ialah alihkan sebahagian simpanan dalam bentuk emas. Dari RM500 tu, tarik dalam RM300 untuk beli emas #1gram1bulan

Kalau ikutkan pengalaman ramai penyimpan emas, lepas 10 bulan, confirm ada lebih daripada 10 gram dalam simpanan, insyaAllah.

TABUNG EMAS

1. Masyarakat sudah sedar ketika berlaku krisis dunia, harga emas akan naik tinggi. Bila saham turun, emas akan naik, bila ringgit jatuh, emas akan naik juga.

2. Emas antara aset termurah untuk mereka ‘parking’ nilai wang masa ini. Nak beli hartanah, mahal pula. Perlukan pembiayaan bank.

3. Mereka sudah faham kalau perlukan wang, kita ada pilihan sama ada nak jual terus atau pajak gadai di Ar-Rahnu. Mudah untuk dapatkan tunai.

Kita perlu pelbagaikan simpanan. Ada dalam portfolio hartanah, saham, emas fizikal dan ‘paper money investment’ seperti Unit Trust, ASB, Tabung Haji.

Kawan-kawan,

Suka untuk saya kongsikan kepada anda. Jika nak beli emas yang tujuan untuk simpanan, beli dalam bentuk jongkong atau koin emas.

Ia khusus untuk ‘saving’ kata orang kampung saya. Kerana harga per gram lebih murah dan susut nilai lebih rendah.

Nak simpan Emas harga murah dan berbaloi? Semestinya pembelian Emas fizikal terus dari pengilang jauh lebih menjimatkan. Kita sokong Syarikat Bumiputera Melayu kita.

*HAKIKAT NILAI DUIT PADA EMAS*  

Duit kertas nilainya pada emas, bukan emas nilainya pada duit kertas. Dulu, duit kertas yang nak dicetak akan disandarkan kepada emas. Berapa banyak emas yang ada menentukan berapa banyak duit kertas yang boleh dicetak.  Hakikatnya, DUIT SEBENAR adalah EMAS. Duit kertas yang kita pakai pada hari ni adalah KUPON mewakili emas. Dan duit kertas yang kita gunakan hari ni sentiasa dimanipulasi nilainya yang menyebabkan: 

✔

 Inflasi – kuasa beli susut setiap tahun

✔

 Tukaran matawang asing yang tidak adil

✔

 Risiko duit tak bernilai langsung bila negara tak setabil 

Tapi lepas dah berpuluh tahun duit kertas dipisahkan dengan emas, generasi kita rata-ratanya tak tahu tentang emas sebagai sandaran nilai. Walaupun menyimpan emas, kita masih terikat dengan “RINGGIT” menyebabkan wujudkan beberapa golongan penyimpan emas, iaitu: 

Golongan #1 : Pelabur (Matlamat Duit) ================

✔

 Seronok bila harga naik

✔

 Kecewa bila harga turun

Golongan #2 : Penyimpan (Matlamat Emas) ===================

✔

 Tak seronok harga naik

✔

 Seronok harga turun 

Golongan #3:  ===================

✔️

 Seronok harga naik – aset yang dikumpul semakin mahal harganya

✔️

 Seronok harga turun – boleh tambah lagi gram. 

Anda golongan Yang mana? Kalau Anda golongan ke-3, Anda CELIK EMAS. Anda  melihat emas pada kuasanya yang sebenar iaitu sebagai penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Bukan sekadar “buy low, sell high”.  Sekadar pandangan. 

#orodesign
#emasfizikal
#1gram1bulan
#dealerswanted

Jom Simpan dengan Ilmu

Emas ni bukan barang jual beli boleh basi macam nasi lemak. Kalau nasi lemak makan, habis dah, tak makan basiiii. Habis sampai takat tu.

Tapi bila beli emas ni tak kurangkan harta kita pun, kita cuma tukar kpd bentuk yg lagi bernilai shj..

Contohnya, kita ada harta dalam 1500+ kemudian kita tukar 1500+ tu menjadi 5gram emas, harta tersebut masih ada cuma ia beku dalam bentuk EMAS dan tidak akan jatuh nilai.

Rasa mahal? Rasa masih belum mampu? Rasa emas utk org kaya-kaya sahaja?

Ubah mindset, mula dulu dengan berapa yang ada di tangan.

Ada Rm100+ tukar kepada 0.25g / 0.5g,ada Rm300 tukarlah kepada 1gm dan seterusnya..

Jom simpan emas dengan ilmu

😊

#FungsiEmas – KUMPUL EMAS BELI & BUAT RUMAH

“Simpan Emas dapat membantu kita Mengejar Beli aset lain, Emas mengekalkan kuasa membeli.”

Ramai orang tahu; harga rumah makin mahal dari tahun ke tahun. Maka berlumba-lumba la mereka untuk memiliki rumah.

Tapi berapa ramai yang sedar harga emas juga semakin mahal dari tahun ke tahun, DAN boleh di katakan kenaikan harga rumah dan emas hampir sama.

Tahun 2005 sebiji rumah berharga RM145 ribu
Harga 2640 gram emas RM 145,200
** RM55 per gram

Manakala,

Tahun 2021 sebiji rumah berharga RM575 ribu
Harga 2640 gram emas RM 660,000
** RM250 per gram

Kesimpulannya harga sebiji rumah kekal pada nilai harga 2.64 kg emas dari tahun 2005 sehingga tahun 2021.

Jadi, anak muda yang belum beli rumah, boleh mula simpan emas sikit-sikit untuk jadi modal beli rumah pertama.

Ingat tau.. emas boleh di beli gram demi gram. Tapi rumah tak boleh beli sekaki demi sekaki.

GENERASI Y MASIH NAK TUNGGU LAGI??

Aset, aset, aset…

PERSIAPAN DAH FIKIR??

3 G anda kena ada ..

1. GOOD PLACE (rumah)
2. GROUND (tanah)
3. GOLD (emas)

Pilihan di tangan anda. Berfikir jangan sampai tak terfikir

👍
💪
1⃣

Mampu ke beli rumah harga kos rendah RM90k secara tunai ??

🏡
😢
2⃣

Mampu ke beli tanah 1 ekar RM80k sekaligus sekarang..??

🗻
😢
3⃣

Mampu ke beli EMAS harga RM100- RM300.. 0.5gram @ 1gram?? takkanlah tak Mampu

😂

Di Orodesign ada sekecil2 EMAS 0.25gram, 0.5gram dan 1gram. Boleh sangat nak kumpul tu. Ada 50g atau 100g boleh dah nak pajak sebagai deposit rumah ataupun tanah.

Didik diri untuk simpan EMAS .
Kawal perbelanjaan demi masa hadapan. Beli Emas dapat Emas fizikal ye, bukan no digit dalam Akaun saja. Pastikan itu

😍
😍
😍

Sebelum buat Rumah, kita susun batu Bata EMAS…

✊

#jomsimpanemasorodesign
#SgtUntungJdDealerOro
#TukarDuitKpdEmas
#1Gram1Bulan