#FungsiEmas – KUMPUL EMAS BELI & BUAT RUMAH

“Simpan Emas dapat membantu kita Mengejar Beli aset lain, Emas mengekalkan kuasa membeli.”

Ramai orang tahu; harga rumah makin mahal dari tahun ke tahun. Maka berlumba-lumba la mereka untuk memiliki rumah.

Tapi berapa ramai yang sedar harga emas juga semakin mahal dari tahun ke tahun, DAN boleh di katakan kenaikan harga rumah dan emas hampir sama.

Tahun 2005 sebiji rumah berharga RM145 ribu
Harga 2640 gram emas RM 145,200
** RM55 per gram

Manakala,

Tahun 2021 sebiji rumah berharga RM575 ribu
Harga 2640 gram emas RM 660,000
** RM250 per gram

Kesimpulannya harga sebiji rumah kekal pada nilai harga 2.64 kg emas dari tahun 2005 sehingga tahun 2021.

Jadi, anak muda yang belum beli rumah, boleh mula simpan emas sikit-sikit untuk jadi modal beli rumah pertama.

Ingat tau.. emas boleh di beli gram demi gram. Tapi rumah tak boleh beli sekaki demi sekaki.