BANYAK jenis ketagih bawa padah.

Tapi ketagihan yang satu ni membawa bahagia apatah lagi jika dimulai dengan ilmu.

Cari ilmu sebanyak mungkin tentang aset mulia ini. Ilmu tentang kelebihan simpanan emas, jenis emas terbaik untuk simpanan, platform terbaik, cara simpanan emas dan lain-lain yang berkaitan.

Alhamdulillah, ramai yang dah mula menyimpan emas dengan betul akan ketagih simpan lagi dan lagi. Ada yang menyesal sebab tak mula dari dulu.

Pandang ke hadapan dengan positif. Bermula sekecil 1g, target besar, 50g 100g 250g > 1000g ??

Jom sama-sama kita pupuk tabiat yang baik dan ketagihan yang halal di sisi undang-undang dan agama.

???? ??????? ??????? ?????? ??????? ???????

Jangan berfikir terlalu lama kerana masa bergerak begitu pantas.

Kita sekarang sudah berada dibulan Jun. Pejam celik, pejam celik tiba pula bulan Jun.

Sesiapa yang sudah bermula sejak bulan Januari. Alhamdulillah barangkali sudah ada 4gram dalam tangan atau lebih.

Yang belum bermula bukan bermakna sudah terlambat. Cuma baru hendak bermula.

Kita berjalan dalam track kita sendiri.
Mulakan 1gram 1bulan kemudian jalan terus.

Konsisten 1gram 1bulan, itulah kunci kejayaan.

Selamatkan simpanan yang ada dalam bentuk emas. Insya-Allah ia bertahan lebih lama lama.

Jika sukar menyimpan wang, simpan tapi akhirnya guna balik, alih simpanan dalam bentuk emas.

Jika dulu emas sekadar barang perhiasan. Kini emas alat untuk kita menyimpan wang.

MATLAMAT SIMPAN EMAS

EMAS bukan sekadar PELABURAN tetapi ianya adalah SIMPANAN ATAU TABUNGAN untuk kita capai matlamat kita pada masa depan.

Kenapa simpan EMAS?

Sebab EMAS mempunyai banyak kelebihan berbanding wang kertas sebagai simpanan dalam jangkamasa panjang.

EMAS adalah salah satu PORTFOLIO INVESTMENT yang terbaik semasa pandemik dan krisis.

Jika anda simpan wang kertas anda akan perasaan berapa banyak nilai duit merosot dan kuasa beli menurun dalam
20 tahun ni. Berbeza jika anda simpan EMAS. Ia mengekalkan kuasa beli dan nilainya terjamin sejak 1,400 tahun lalu.

1 Dinar boleh digunakan sebagai Mas Kahwin, 50 gram untuk deposit Rumah, simpan 10 Dinar untuk menunaikan Umrah dan sebagai Tabung Pengajian Tinggi, Dana Kecemasan serta Dana Persaraan.

Anda mesti ada matlamat jangkamasa pendek, jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang. Anda mesti ada azam. Ia akan memacu kita untuk capai cita-cita dan impian.

#MOTIVASI..?????? ???? ?? ??? ??????????

Sbb kita hanya menunggu. Tunggu harga yg paling murah utk beli. Tunggu harga yg paling mahal utk jual.

Kita tunggu, tp kita tak tahu harga apa yg kita tunggu.

That’s why bila harga turun, kita masih tunggu utk lbh murah. Bila harga naik, kita masih tunggu utk harga turun lagi.

Sedangkn dlm masa kita menunggu, ramai antara kita dh pun bertambah emas mereka…

so jangan tunggu turun naik nye harga emas
kerna harga naik itu pasti…harga turun itu rezeki tuk kita tambah gram??

MOTIVASI EMAS

Bila kita anggap emas ni untuk simpan supaya duit tak bocor, lagi senang nak mula walaupun sekecil 1 gram.

Buat kajian tak salah tapi jangan lama sangat.?

Rugi masa dan emosi‼️‼️

Di OroDesign BELUM ada lagi dealer/customer yang beli emas, tapi tak dapat emasnya.

Bagi yang buat kajian sikit² dan terus mula simpan emas seperti yang saya cadangkan, mereka lagi menggila beli dan kumpul emas daripada saya.?

Asal harga jatuh macam sekarang, terus gatal tangan tambah 1g @ 2g. Walhal belum gaji lagi.?

Pelik juga kata mereka, ada pulak duit lebih sejak simpan emas …
sebab sayang nak perabis duit beli benda² mengarut.

Jadi tak mustahil dalam setahun lebih dari 12 gram terkumpul.

Tak percaya tak apa sebab tidak ada salah dan tidak ada yang paling betul, cuma apa yang terbaik untuk diri sendiri.

psttt…korang da de koleksi 1g MAA yg mana erk??

Kelebihan orang yang simpan emas:

1) Tiada siapa tahu berapa banyak yang kita simpan.

2) Kita ada hak atas simpanan kita, sama ada kita nak beli atau jual bila kita perlukan duit

3) Emas sentiasa meningkat harga dalam jangkamasa panjang. Turun naik jangka masa pendek tu biasa.

4) simpanan emas rahsia kita, LHDN pun Tak kacau.

Banyak duit tu biasa, banyak emas itu LUAR BIASA. Kerana memiliki emas adalah bukti kekayaan sebenar.

Emas wujud dari zaman nabi lagi. Mulakan simpanan emas kita sikit-sikit. Ada duit je terus tukarkan ke dalam bentuk emas.

Di Orodesign, kami ada sediakan goldbar secomel 0.25g & 0.5g.
Better late than never

5 Kelebihan Emas

1. Sepertimana yang awak sedia maklum, emas telah memberikan pulangan melebihi 9.5% setahun sepanjang tempoh 20 tahun kebelakangan. Ini adalah pulangan yang lumayan, dan tinggi jika dibandingkan dengan beberapa pelaburan lain termasuk saham di Bursa Malaysia.

2. Emas juga adalah kalis inflasi dan malah merupakan pelaburan yang amat baik apabila ribut hiper-inflasi melanda. Sebagai contoh, 25 auns emas cukup untuk membeli satu blok hartanah komersial di bandaraya Berlin semasa hiper-inflasi melanda negara Jerman pada tahun 1923.

3. Jadi pulangan yang lumayan serta kalis inflasi merupakan 2 kebaikan emas. Tetapi ramai orang tidak tahu yang emas juga mempunyai banyak kebaikan lain. Grafik berikut adalah 5 kebaikan emas yang awak mungkin tidak tahu.

# Do your own research
# Not financial advice

12 Keunikan dan Kelebihan Emas.


1) Emas tak boleh dicipta. Teknologi manusia paling hebat pun tak dapat nak cipta zarah-zarah emas.

2) Emas tak boleh dibinasakan. Kita tak boleh nak musnahkan emas, apa cara sekali pun. Paling tidak boleh disorok aje.

3) Negara-negara di dunia ini menjadikan emas sebagai RIZAB NEGARA.

4) Emas adalah komoditi paling stabil dalam sejarah.

5) Emas disukai manusia sepanjang zaman.

6) Emas adalah harta yang paling mudah dan mampu dimiliki.

7) Emas tiada dalam. Sistem kewangan. Tiada siapa yang tahu emas yang kita miliki. Bank tidak tahu. Kerajaan tidak tahu. Lembaga hasil pun tidak tahu.

8) Emas menjadi matawang yang tak pernah gagal dalam sejarah manusia sejak 5000 tahun yang lalu.

9) Semua orang tahu emas bernilai. Nilai emas takkan jadi SIFAR.

10) Emas adalah aset mudah alih, mudah dibawa dan paling mudah dicairkan.

11) Emas menjamin dirinya sendiri. Pergi ke mana-mana pun dia adalah emas. Walaupun patah, bengkok, dah buka seal dan tak ada certificate, emas tetaplah emas.

12) Emas disebut berkali-kali dalam Al-Quran.

TIPS HEBAT BERJAYA DENGAN EMAS.

 Lagi besar gaji atau pendapatan bulanan, sepatutnya lebih besar portion emas yang perlu disimpan.

Jangan main-main dengan simpanan dalam bentuk wang tunai. Kalau tak beli emas, mesti ia akan habis dengan cepat tanpa disedari.

Kalau tak percaya, cubalah simpan duit banyak-banyak. Tak dan lama, sekejap saja dah habis tak tahu pergi mana.

 Istiqamah menyimpan yang paling penting.

Dapat gaji, terus asingkan untuk beli emas secara paksa. Lepas tu jangan duk fikir tentangnya. Lupakan saja. Kalau tak nanti jiwa jadi kacau.

Keistimewaan BK 999 by Orodesign

✨

Cantik – warna kuning keemasan dan lebih berkilau berbanding barang kemas 916.

✨

 Gred kualiti yang lebih tinggi.

✨

Berat barang kemas 999 lebih padu berbanding 916.

✨

Mudah diarrahnukan untuk dapatkan tunai. Kebanyakan arrahnu dan semua kedai pajak gadai menerima BK 999 berbanding GB kerana tertakluk pd terma & syarat perjanjian antara syarikat.

✨

Harga yang ditawarkan oleh arrahnu lebih tinggi berbanding BK916

✨

Harga termasuk upah.

✨

Contoh item BK 999 ialah rantai tangan pasir, rantai tangan gajah dan rantai leher gajah.

‼️
‼️
‼️

 BK 999 ni lembut jadi perlu dipakai dengan teknik yang betul dan berhemah agar tidak mudah kemek dan putus ….