Tabiat Penyimpan Emas

Salah satu tabiat penyimpan emas juga, mereka tak kisah berapa harga emas ketika itu.

Yang penting bagi mereka adalah:

1- Gram mereka bertambah
2- Duit mereka selamat jadi emas

Gram emas makin bertambah, makin bernilai emas. Duit mereka dah bebas dari inflasi dan kemorosotan nilai wang.

Jadi, dengan emas mereka sudah tentunya ada duit. Emas sebagai “backup” simpanan.

#simpanemas

Risau nak beli, takut nanti harga turun lagi.

Kerisauan, rasa takut, dan tidak mahu adalah perkara yang berbeza. Fokus dan matlamat yang menjadikan simpanan kita itu membuahkan hasil atau tidak.

Mahu simpan hari ini, hendak jual bulan depan. Bukan itu caranya, kawan.

Tapi kalau kena waktunya, tak perlu sebulan, minggu depan pun sudah boleh untung.

Simpan emas bukan seperti saham. Beli sekarang, tiba-tiba esok turun harga dan kita rugi. Turunnya harga, emas tetap ada di tangan kita. Dan beratnya tidak berkurang pun.

Harga yang turun belum tentu akan terus turun. Harga yang naik belum tentu akan terus naik.

Walaupun kita pandai membaca graf dan analisis fundamental emas, kenaikan dan penurunan harga emas kita tak boleh jamin.

Ubah mindset kita. simpanan emas juga sama seperti aset rumah, tanah, dan lain-lain. Fokus untuk jangka yang lebih panjang.

Jadi apa nak buat? Tukar duit jadi emas ketika ada duit.

Duit tu bukan senang nak dapat, tapi menghabiskan duit itu mudah sahaja.

Usah terkenang bila ia sudah tiada.
Harga rendah 2 3 hari ni jangan lepaskan peluang ya kawan

Harga emas menjunam!

Faktornya?
US baru keluarkan satu laporan ekonomi yg penting: CPI report (Consumer Price Index)
Ia bertujuan mengukur kadar inflasi

Bila laporan CPI dikeluarkan, didapati kadar inflasi bulan lepas sangat tinggi iaitu 9.1%
Lebih tinggi daripada kadar anggaran 8.5%

Dalam situasi biasa, harga emas melambung jika inflasi menggila.
Tapi malam ni kenapa harga emas menjunam walau inflasi menggila?

Harga emas turun dari $1730 kepada $1710. Kenapa?
Pelabur berpendapat laporan CPI ini akan menyebabkan US Federal Reserved bertindak menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75% hujung bulan ini

Ini bagi meningkatkan kos pinjaman, menggalakkan org simpan duit dalam bank & menyebabkan kurangnya duit dalam kitaran ekonomi
Bila duit kurang maka orang pun kurang membeli. Jadi inflasi terkawal (itu teorinya)

Andaian ini menyebabkan pelabur menjual emas & memegang tunai
Itulah yg meyebabkan harga emas jatuh mendadak.

Masa harga emas jatuh mendadak ni penyimpan emas paling gembira. Betul Betul?

?

Tiada jaminan yang terjamin.

Memang itulah lumrah hidup di dunia.

Sudah bertahun-tahun saya ingatkan, jangan fikir simpan duit di bank itu terjamin.

Saban tahun ada sahaja berita begini di negara-negara lain (moga ia tak terjadi di negara kita). Walaupun duit kita banyak di bank, tapi duit itu tak boleh dikeluarkan.

Walhal duit itu sudah tentunya milik kita.

Tapi malangnya, ia bukan sepenuhnya di bawah kawalan kita. Ia di bawah kawalan bank dan kerajaan.

Dalam dunia ini apa-apa pun boleh terjadi. Syarikat boleh bungkus. Kerajaan boleh bertukar ganti. Bank dan syarikat insuran pun boleh jatuh bankrap!

Jadi sebahagian kekayaan kita mesti disimpan dalam bentuk yang kita mampu kawal sepenuhnya, sebagaimana simpanan emas fizikal yang ada di tangan kita sendiri.

Tak perlulah semua kekayaan ditukarkan kepada emas. Cukuplah sebahagian sahaja sebagai persediaan kalau-kalau perkara yang tidak diingini itu terjadi kepada dia.

Sediakan payung sebelum hujan… InsyaAllah.

Kredit : Tuan zul

“Apa kelebihan simpan emas berbanding duit?”

Ini antara soalan yang kerap ditanya daripada klien emas saya.
.
Sebenarnya mudah saja soalan ini iaitu,

1. Ada emas, pasti berduit. Ada duit, belum tentu ada emas.

Daripada situ pun sudah membuktikan bahawa emas mendahului duit dalam soal menyimpan.

2. Kita selalu dihantui oleh masalah kebocoran wang. Masalah kebocoran ini sebenarnya berlaku tanpa sedar dan melibatkan emosi!

Ramai orang mengalami penyakit ‘parkinson kewangan’. Dapat gaji, habis dibelanjakan kepada keperluan. Kemudian takde dah baki untuk disimpan untuk beli rumah, kahwin dan simpanan anak-anak.

Inilah peranan yang terbesar sekali manfaat simpan emas. Emas boleh mengatasi masalah boros itu.

Bagaimana?
Bila simpan emas rasa sayang.
Bila simpan duit rasa nak belanja je!

3. Simpan emas bukanlah penyelesai masalah kewangan. Ia cuma emas ada aura yang sangat kuat untuk menyimpan. Tanyalah orang yang simpan emas, nak ke jual? Susah benar mereka nak jualkan.

Begitulah.

JENIS PELABURAN:

CRYPTO – Untuk org yg suka-suka, kalau rugi tak kisah dari duit lebihan. Kalau untung jgn tamak sangat, Crypto sukar nak control, kalau rugi boleh lesap semua duit yang dilaburkan.

SAHAM – High Risk, Sesuai org yg suka baca graph, rajin tengok graph, bijak menguruskan risiko dan tau meramal (Forecast) dan baca data.

ASB/TH – Low risk, sesuai untuk org yg taknak ambil risiko dan tak kisah hanya dapat keuntungan sedikit 4% – 5%. Jangan harapkan dividen belas belas %.

UNIT TRUST – Medium to long term, Pelaburan sesuai untuk mereka yang tak kisah bayar cas pengurusan dan dapat keuntungan dlm tempoh medium to long term tapi kena ambil tahu jenis fund, performance dgn Agen. Kalau yang nak untung kurang dari 5 tahun baik lupakan.

EMAS – Untuk org yang sanggup tunggu dalam tempoh yang sederhana & panjang. Perlu ilmu dan rajin buat perbandingan dimana nak beli, ciri Emas yang berbaloi untuk dijadikan simpanan. Aset dan harta yang dapat dibeli sedikit demi sedikit dan boleh diwarisi kepada anak, cucu. Jika ada ilmu, tahu untuk fungsikan Emas, boleh memanggil aset lain dan sebagai modal kembangkan bisnes.

Backup kepada simpanan jika berlaku ketidaktentuan ekonomi global. Jika hanya nak untung dari pembelian (buy low, sell high) masa singkat dalam tempoh 5 tahun, baik lupakan.

SSPN – Tujuan Pendidikan.

HARTANAH – Risiko besar, Sesuai untuk mereka yang tau nak urus dan kurangkan risiko, Keuntungan dari Short Term dan Long Term mengikut plan dan kesesuaian Hartanah. Boleh jadi income bulanan dari sewa (Short Term) dan income besar kalau refinance selepas ada peningkatan harga hartanah (Long Term) .

Kena ada Circle, kena ada Sifu yg betul sebab hartanah melibatkan HUTANG yang panjang!!!

SIMPAN DLM AKAUN BANK JE – Untuk mereka yang rajin keluarkan duit dan bershopee…

Tak kisah keuntungan 10 sen je setiap bulan.

?

Setiap Pelaburan ada matlamat tersendiri.

Pelbagaikan pelaburan mengikut tahap “Risk Tolerance” masing-masing dan tak semua pelaburan itu sesuai untuk sesetengah individu.

MOTIVASI EMAS

Bila kita anggap emas ni untuk simpan supaya duit tak bocor, lagi senang nak mula walaupun sekecil 1 gram.

Buat kajian tak salah tapi jangan lama sangat.?

Rugi masa dan emosi‼️‼️

Di OroDesign BELUM ada lagi customer yang beli emas, tapi tak dapat emasnya.

Bagi yang buat kajian sikit-sikit dan terus mula simpan emas seperti yang saya cadangkan, mereka lagi menggila beli dan kumpul emas daripada saya.?

Asal harga jatuh macam sekarang, terus gatal tangan tambah 1g @ 2g. Walhal belum gaji lagi.?

Pelik juga kata mereka, ada pulak duit lebih sejak simpan emas …
sebab sayang nak perabis duit beli benda-benda mengarut.

Jadi tak mustahil dalam setahun lebih dari 12 gram terkumpul.

Tak percaya tak apa sebab tidak ada salah dan tidak ada yang paling betul, cuma apa yang terbaik untuk diri sendiri.

3 JENIS TABUNG WAJIB ADA

1. Tabungan Masa Kini

Belajar menabung setiap kali dapat duit. Apa sahaja duit dapat, usahakan untuk menabung dulu baru belanja gila gila.

2. Tabung Masa Depan

Pelaburan masa depan seperti hartanah, saham, emas yang ada perningkatan nilai dimasa depan.

3. Tabung Setelah Meninggal

Tabungan untuk tujuan ibadah seperti wakaf, zakat, infaq, sedekah untuk persiapan kita meninggal nanti.

Bukan berapa banyak yang gaji kita, tetapi berapa banyak yang kita simpankan.

Semoga berjaya

#MenabunglahDemiMasaDepan
#Ekonomidiri
#HidupUntukBerbakti
#TabungUntukDiriSendiri

7 PUNCA KERUGIAN SERING TERJADI SEMASA BELI EMAS

??

 Bagi mereka yang baru mula nak membeli EMAS perlu ingat dan elak daripada:

?

 Beli EMAS tanpa ilmu.

?

 Ikut skim pelaburan EMAS (scam).

?

 Beli pada harga lebih tinggi dari harga pasaran.

?

 Beli tanpa kisah harga susut nilai.

?

 Jual tanpa sebab dan simpan semula dalam bentuk wang kertas.

?

 Pajak EMAS tanpa sebab.

?

 Beli EMAS tanpa bimbingan oleh pakar atau orang yang berpengalaman.

✅

 Semoga bermanfaat untuk yang baru nak membeli EMAS. Elak daripada ditipu.

Sebenarnya..

Sebenarnya, bagi yang faham…
Tak payah fikir banyak kali untuk mula menyimpan Emas ..
Mulakan sahaja walaupun 1gram.

Sebab lepas bertahun kita simpan duit, apa yang duit beri pada kita?

1.Duit sentiasa habis kena belanja.
2.Nilai Duit sentiasa menyusut setiap tahun.
3.Simpanan duit tak pernah bertahan lama…

Bila duit dah bertukar jadi Emas… Apa Emas bagi pada kita ?
1.Duit kita tak mudah bocor.
2.Nilai Emas semakin meningkat saban tahun.
3.Sudah ada Aset bertahan ketika gawat.

Kata pakar, orang ada duit tak semestinya ada Emas.
Tapi orang ada Emas, sudah tentu ada duit… sebab Emas itu duit…
Bila-bila kita boleh tunaikan shj… Dah faham kan ?

UTM Open Day