Setiap kali membeli barang kemas, ada sebahagian dari kita yang mungkin perasan cop atau tanda yang terdapat pada barang kemas tersebut. Berikut adalah maksudnya.
.
1) 999 / 24K / 足金 = Emas berketulenan penuh, turut dipanggil emas 10 dan emas kertas
.
2) 965 / 泰国 = Emas tulen 96.5%, kebanyakan emas mutu sebegini dari Thailand
.
3) 950 / 23k = Emas tulen 95%.
.
4) 916 / 22k = Emas tulen 91.6% emas ni hanya popular di negara asia, digunakan secara meluas di Malaysia, Singapura, Brunei.
.
5) 875 / 21k = Emas tulen 87.5%, Boleh dikatakan hampir semua barang kemas negara timur tengah mengunakan emas ini
.
6) 835 / 20k / 盾金 = Emas tulen 83.5%, lebih keras dari 916 untuk, di komersial untuk barangan batu permata.
.
7) 钱金 = Emas tulen diantara 79% – 81% Dikenali sebagai emas paun, campuran utama adalah tembaga merah, emas ini hanya ada di Malaysia, sudah hampir 20 tahun ia tidak dihasilkan.
.
8) 750 / 18k / K18 = Emas tulen 75%, terkenal diseluruh dunia, di Malaysia ia menjadi emas pilihan untuk menghasilkan barangan batu permata, hampir semua barangan kemas Italy mengunakan emas ini, jika cop tersebut K18 barang tersebut dihasilkan di Jepun.
.
9) 625 / 15k = Emas tulen 62.5% campuran ini tidak dihasilkan di Malaysia.
.
10) 585 / 14k = Emas tulis 58.5%, popular di Malaysia pada 1995 hingga 2003 untuk menghasilkan rantai kristal, sekarang campuran ini dihasilkan jika ada tempahan khas barangan permata.
.
11) 12k / 久金 = Emas tulen 50%, dihasilkan di Malaysia satu ketika dulu, sekarang tidak dihasilkan lagi.
.
12) 375 / 9k = Emas tulen 37.5%, dikenali sebagai Suasa.
.
13) 925 / 950 / 996 = Perak
.
14) Pd = Palladium, Malaysia ada menghasilkan cincin lelaki dari jenis logam ini.
.
15) PLAT / PT = Platinum, harganya lebih mahal dari emas.
.
16) CW = Carat Weight, merujuk kepada berat batu seperti berat batu berlian dan lain-lain
.
17) CZ = Cubic Zirconia = membawa maksud batu permata yang dipasang adalah batu buatan bukan batu asli seperti berlian, zamrud dan lain-lain.
.
18) SS / steel / St steel = Stainless Steel.
.
19) GF = Gold Filled, saduran emas tebal.
.
19) GP / Gold Plated / ZZ / 18Z / JJ / 18KGP = Emas Palsu, logam yang disadurkan dengan emas.
.
*GF mungkin mempunyai kandungan emas sedikit, contoh jika dicop pada cincin (GF 1/20 12k) ia membawa maksud kandungan emas 12k hanya 5% dari berat keseluruhan cincin tersebut.
*cop bertulis cina, bermaksud emas tersebut adalah emas lama, kerana sudah lama kilang-kilang emas dimalaysia tidak mengunakan cop tersebut, cop terkini adalah yang berunsurkan tiga digit.
*Jika anda dapati cop tulisan cina selain daripada yang tertera di atas, ketahuilah ia merujuk kepada kilang pengeluar dan tukang, begitu juga cop huruf yang lain.