#IlmuEmas

3 Jenis Warna Emas

Emas Kuning
Emas kuning merupakan campuran emas tulen dengan perak, tembaga, zink, nikel dan aloi lain.

Emas Rose
Biasa disebut dengan emas merah muda merupakan hasil percampuran emas tulen dengan tembaga.

Emas Putih
Emas putih merupakan campuran emas tulen dengan perak, palladium, atau nikel.

Kalau beli emas untuk simpanan jangka masa panjang, tidak perlu risau tentang harga ?

Harga emas boleh dikatakan pasti menaik dalam jangka masa panjang.

Apakah sebabnya?

Sebenarnya bukan harga emas saja yang pasti naik. Harga semua barang pun pasti menaik juga.

Harga barang keperluan naik. Harga rumah naik. Harga tanah naik. Harga makanan naik. Apatah lagi harga emas.

Emas adalah aset berharga. Maka dalam jangka masa panjang, harga ia pasti naik disebabkan kuasa beli duit yang semakin mengecil di sebabkan inflasi. Kita terpaksa bayar lebih mahal untuk dapat barang yang sama.

Jadi siapa beli emas untuk jangka masa panjang, tidak perlu risau tentang harga. Harga hanyalah tentang persoalan masa saja.

Apa yang penting, pastikan jumlah simpanan emas kita sentiasa bertambah ?

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/08/1826/

Jenis-jenis goldbar

arini sis nk share sikit mengenai Gold Bar 1gram yg ada di OROdesign..

?Gold Bar 999.9 1g
✅ Purple (blackgold)
✅ Merdeka
✅ Fedmas
?Gold Bar 916 1gram

?Persamaan…. Perbezaan
?Ketulenan
?️ 999.9
?️ 916

?Packaging
?️ Jenis Slot
Mudah dibuka & pegang emas. Cth 1g Purple & 1g Merdeka.

?️ Jenis Laminate
Kad diseal dgn plastik keras. Perlu gunting sedikit tuk dibuka. Cth 1g Fedmas & 1g 916

?Harga
Harga GB 999.9 adalah lebih tinggi dari GB 916 kerana ketulenan emas tersebut.

✨Design kad
Design kad juga mempengaruhi harga tuk gold bar. Cth 1g Merdeka adalah lebih mahal sedikit dr 1g Purple.

so.. da tau pe persamaan & perbezaan GOLD BAR 1gram Orodesign kan..
pe lagii.. meh la tukar duit korg, meh beli & simpan emas sebulan segram ??

✳ Siapakah yg boleh join program Orodesign ni?

Program ni boleh disertai oleh siapa saja terutamanya :

  1. ✅Gold Saver : mereka yg suka beli emas utk pakai dan simpan.
  2. ✅Gold Invester : yg beli pada harga murah dan jual pd harga tinggi.
  3. ✅Gold Dealer : yg jual beli emas samada secara online mahupun offline.
  4. ✅Networker : yg berpengalaman yg ingin memanfaatkan dealer get dealer program.

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/08/1812/

Betul ke emas makin naik harganya akan datang?

Bila kita simpan emas, kita sebenarnya menyimpan duit yang sebenar-benarnya, yang telah digunakan sejak ribuan tahun dulu lagi.

Siapa yang tahu realiti ini, dia lebih takut simpan duit kertas yang banyak berbanding menyimpan emas. Harga emas naik turun hanyalah tentang persoalan masa sahaja.

Kalau harga karipap makcik Joyah pun confirm akan naik dalam jangka panjang, inikan pula emas!..

JOM SIMPAN EMAS …?

1Gram 1Bulan 1Emas

Kalau ikut kempen simpan emas 1 bulan 1 gram selama 24 bulan akan memiliki 24 gram emas.

Jika dinilaikan 24 gram x RM +-200 bersamaan RM4800 nilai simpanan emas sekarang . ?

Rugi ke mulakan simpanan TABUNG EMAS?

Cuba check simpanan anda sekarang kat bank atau kat mana-manalah. Ada tak simpanan RM4800? Kalau tiada bertukarlah pada simpanan emas ya.

MANA LEBIH BAIK : EMAS JENIS PADU vs JENIS HOLLOW

===============================
⚠️JENIS KOSONG @ HOLLOW – BERAT 11G LEBAR 1CM

Ramai yang tergoda dengan saiznya yang nampak besar dan lebar tp..
ramai juga yang tak perasan dalamnya KOSONG.

Maksudnya kat DALAM rantai tu ruang kosong..tak dipenuhi dengan emas.
Oleh sebab itulah BK jenis hollow ni ringan tapi nampak besar.
Peminat2 BK yang dah faham sifat2 BK akan tak nak BK jenis kosong
sebab mereka risau tak tahan lasak.. yang mana ianya memang betul pun..
Terutama untuk BK hollow yang kategori bajet.

Tapi bukan semua BK hollow tu tak tahan lama. Sebenarnya anda harus bijak
pilih design hollow yang macam mana agak tahan dan yang mana kurang tahan lasak.
Macam design pasir dalam gambar ni insya Allah tahan pakai sampai bertahun2 tanpa putus.
Ada jugak sesetengah design hollow yang tak mampu bertahan lama.. tapi anda perlu ingat, EMAS 916 ni walau putus, kemek, atau terbakar sekalipun ianya tetap bernilai?
□■□■□■

✅JENIS PADU – BERAT 10G LEBAR 0.5CM

Jenis padu ni biasanya berat2 pun alahaiii nampak halussss je kan…
Berat BK jenis ni lebih kurang je mcm jenis hollow tu, tapi lebar dan saiz
dia nampak berbeza kan.. nampak kecik kan????

Tapi jangan disangka kecik2 tak de apa. Nampak halus je walaupun berat disebab
ianya jenis padu. Padu maksudnya emasnya padat memenuhi segenap designya,
oleh itu ianya berat walaupun kecik. Kalau pakai rantai tangan jenis padu akan
terasa “padat dan berat”nya RT tu di tangan walaupun jenis bajet, berbeza dengan
rasa RT hollow bila dipakai walaupun berat.

Biasanya BK padu ni berat2 sikit,jadi harganya agak mahal sikit berbanding dengan
BK hollow yang kebanyakan beratnya di bawah 5gram. Oleh itu emas padu ni ada
orang tak berapa berkenan sebab kecik tapi berat jadinya mahal..pastu kebanyakan
design BK padu ni design evergreen..old skool gtu.

Tapi sebenarnya beli BK padu ni lebih puas hati sebab agak tahan lasak dan
boleh pakai lama..tak mudah kemek atau putus. Insha Allah sampai ke anak
cucu boleh wariskan, hehe.

□■□■□■
Lain orang lain cita rasanya kan..apa2 pun yang penting emas yang dibeli tu
emas tulen dan cukup mutunya 916@999 sebagaimana harga yang telah dibayar
????

Apa2 pun try lah dulu, pakai hollow dan pakai padu..pasti anda
pun akan faham bezanya ??? belum cuba belum tahu✅

Hahhh ilmu beli emasMeh la baca siapa yg rajin.

Jujur la sebelum ni aku memang x penah peduli pun pasal harga atau kiraan jual beli emas ni. Sebab tau jenis x berapa mampu.
Siapa yg tau alhamdulillah anda bagus!
Yg kurang pandai sikit mcm aku ni meh la aku ajar free of cassss kali ni. ?

Tadi aku dapat kesempatan tolong orang belikan emas kat satu kedai di p.klang.
Kedai yg selalu penuh sebab harga semasa dia murah dari kedai lain. So aku terasa nak main kire kire hari ni. Betul ke murah sgt kedai ni??
Dan balik dari kedai tu aku sempat singgah kedai emas yg berdekatan dengan rumah semata untuk bezakan harga. ?

Mari kite bermula mengira guyss…
-Kedai A harga Rm225/gm
-Kedai B harga Rm238/gm

Nampak? Korang mesti la pergi kedai A kan.

Aku beli tadi Gelang Tangan Gajah berat 15gm
Bila staff kira kira tadi selepas aku nego nego nego dan nego dapat total Rm4050
(ikutkan boleh rendah lagi tapi i is belom pandai)

Kemudian aku singgah di kedai B untuk puas kan hati aku dalam sesi perbandingan.
Tanye harga semasa staff jawab je Rm238/gm aku tebeliak. Yelah tadi 225 je kannn… Jauh kan beza. Takpe kite teruskan misi. Maka kat sini aku huraikan ape yg aku dapat hari ni.

Jom mengira!

Kiraan kedai A :-
Harga semasa Rm225/gm
Total harga yg diberi utk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm4050

➡️15gm x Rm225 = Rm3375 (harga asal per gm)

➡️Rm4050 – Rm3375 = Rm675 (harga upah barang)

Kedai A upah untuk seutas gelang 15gm adalah Rm675. anda rase murah ke mahal?

Meh cek kedai B pulakk.

–
Kiraan Kedai B :-
Harga Semasa Rm238/gm
Total harga yg diberi utk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm3800

➡️15gm x Rm238 = Rm3570 (harga asal per gm)

➡️Rm3800 – Rm3570 = Rm230 (harga upah barang)

Kedai B upah utk seutas gelang 15gm adalah Rm230

Lg Mahal ke murah dri kedai A??

Sekarang nampak x??

Kedai A Rm4050 (harga semasa Rm225/gm)
Kedai B Rm3800 (harga semasa Rm238/gm)

………………………………………………………………………

Ape yg aku tekankan kat sini adalah HARGA UPAH BARANG KEMAS.
Utk 15gm gelang tu harga upah sahaja bermula dari Rm100 hingga ke Rm9++ dan kau sebagai pelanggan BOLEH menurunkan harga upah barang tersebut mengikut persetujuan kedai.

Jadi.. Nak beli emas lepas ni jangan terlalu pandang pada harga per gram.
JANGAN TEREDAYAAAAAAAA TIPAHHHH
Amik tau pasal harga upah. (Upah berbeza ikut jenis dan design emas ye)

Tak semestinya kedai A harga gram lg murah dr kedai B bermakna barang kedai A murah! Masuk dulu buat kira kira.
Dapat ke dapat?? Najib assadokk gitu.. ?

Aku harap mengkome paham lah ye sesi pembelajaran hari ni.
Maaf la kalau belit belit sikit.
Aku cikgu tak berdaftar kat pesbuk ni
Tapi aku cuba share ape yg aku tahu.
Sebab aku tanye mak aku, die x penah amik tau pun pasal upah emas selama ni adehhhh..

Ikutkan harga harga diatas boleh dikurangkan lagi serendahnya2 mengikut kepandaian anda mengayat. Tapi sbb aku belom expert kan….
Paham paham je la..

UTM Open Day