Cara Buang Whitehead & Blackhead Serendah RM0.40. Guna 2 Bahan Saja!

“Aduh, stres betul bila rasa kulit muka menggerutu dan kasar. Rupanya, dah banyak whitehead dan blackhead yang berkumpul…”

Whitehead dan blackhead adalah salah satu musuh utama wanita selain jerawat. Yalah, siapa tak mahu wajah licin dan ‘flawless’ kan?Kedua-dua ‘makhluk’ ini memang selalu menyerang wajah, terutamanya bahagian zon T – iaitu di bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini merupakan kawasan paling berminyak pada muka.

Biasanya cara mudah nak hilangkan kedua-dua whitehead dan blackhead ini adalah dengan menggunakan masker atau kertas khas yang dibeli dari farmasi. Tapi kadang-kadang mesti ada masanya kita malas nak keluar dan mencari semua barang tu.

Jadi di sini kami nak kongsikan salah satu cara yang berkesan dan menjimatkan untuk anda membuang whitehead dan blackhead. Bajetnya cuma RM0.40 saja! Macam tak percaya, tapi inilah petua yang telah diamalkan sejak sekian lama oleh Puan Yanie Rosdi.

Jom kita tengok perkongsian tips daripada beliau selengkapnya di bawah.

CARA BUANG WHITEHEAD & BLACKHEAD SERENDAH RM0.40. GUNA 2 BAHAN SAJA!

Beginilah cara buang whitehead dan blackhead yang degil pada wajah anda. Hanya guna 2 bahan tau.

BAHAN-BAHAN

  • Sebiji telur (diambil putihnya)
  • 3 keping kapas muka

CARA-CARA

Berikut adalah step-by-step membuang whitehead dan blackhead tersebut dengan jayanya.

1. Asingkan Putih Telur

Mula-mula, asingkan telur putih daripada kuningnya. Kita akan gunakan yang bahagian putih ya.

2. Rendamkan Kapas

Seterusnya, ambil kapas muka tadi dan rendamkan ke dalam telur putih yang telah diasingkan.

Agak-agak rendam sampai kapas dah larut dengan semua putih telur.

3. Wapkan Muka Dengan Air Suam

Sementara itu, wapkan muka dengan air suam. Langkah ini penting untuk buka pori supaya lebih terangkat.

4. Tepekkan Kapas

Kemudian, tampalkan kapas bertelur di sekitar zon T dan tunggu sehingga 1 jam atau hingga kapas mengering.

Kalau nak cepat, boleh duduk depan kipas supaya kapas lebih cepat kering.

5. Angkat

Beginilah hasilnya. Segala whitehead dan blackhead akan terangkat bila kapas dah mula mengering dan ditarik keluar. Kulit muka pun akan terasa lebih licin dan segar.

Cuba buat dengan konsisten seminggu 2 kali dan tengok hasilnya nanti.

MUDAH & MURAH. TAPI CUKUP BERKESAN

Mudah dan jimat, bukan? Inilah tips kecantikan yang ringkas tetapi tetap mujarab. Mudah-mudahan ramai yang dapat mencubanya sendiri di rumah. Kongsikan dengan kami bagaimana hasilnya nanti.

Jika anda ada sebarang tips lain untuk dikongsikan, kami amat mengalu-alukannya!

9 Cara Semulajadi Hilangkan ‘Blackhead’ & ‘Whitehead’ Pada Wajah

“Eiii banyaknya blackhead kat T-junction aku ni.Mesti sebab kulit muka aku yang berminyak jadi punca muka yang berlubang-lubang dan bintik hitam! Stress betul lah. Dengan kerja yang banyak sekarang ni, memang tak sempatlah nak buat facial spa bagai. Tak ada petua hilangkan blackhead yang boleh DIY di rumah sajakah?”

Kulit muka yang berminyak memang berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori. Apabila liang terbuka, ia mengundang masalah lain seperti blackhead, whitehead dan jerawat.

Selain kulit muka berminyak, sinaran matahari yang terlalu banyak juga boleh merosakkan kolagen kulit secara tak langsung membuka liang di muka dan menyebabkannya tersumbat. Apabila usia meningkat, masalah liang pori turut meningkat.

Facial spa antara pilihan yang boleh dilakukan untuk merawatnya. Namun, petua hilangkan blackhead dan whitehead menggunakan bahan semula jadi juga boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah pembukaan liang pori di muka.

petua hilangkan blackhead

PETUA HILANGKAN BLACKHEAD & WHITEHEAD DENGAN BAHAN SEMULAJADI

Petua hilangkan blackhead, whitehead, serta masalah pori anda boleh diatasi hanya dengan menggunakan 9 bahan ini di rumah

1. AIS

Meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.

Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.

Petua hilangkan jerawat

2. CUKA EPAL

Menegangkan kulit, mengurangkan pores dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.

Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Dengan mengguna kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.

Cara buat air detox

3. PUTIH TELUR

Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.

Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.

petua rebus telur tak pecah

4. SKRUB GULA

Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.

Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila. Lagi wangi!

Foto Kredit: savynaturalista.com

5. SODA BIKARBONAT

Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka. Ia juga merawat masalah jerawat.

Caranya: Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.

cara hilangkan gatal

6. JUS LEMON

Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan wajah.

Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!

Foto Kredit: ai.ro

7. TIMUN

Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.

Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan.

Foto Kredit: freefoodphotos.com http://www.freefoodphotos.com/imagelibrary/vegetables/slides/chopped_cucumber.html

8. YOGURT

Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.

Caranya: Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.

yogurt

9. OAT

Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif.

Caranya: Campurkan lima sudu madu dan dua sudu susu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.

petua hilangkan blackhead

LAKUKAN SECARA KONSISTEN

Pastikan kulit muka juga tidak terdedah pada sinaran matahari dan lakukan skrub setiap minggu untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit mati dan kotoran di muka.

Dengan mengamalkan petua hilangkan blackhead di atas dan menjaga kebersihan diri, anda dapat dapat merasakan kesannya dalam masa yang singkat!

Rendaman faraj

Rendaman faraj ni amalan perbidanan melayu lama dan sampai sekarang, ia sangat digalakkan. Seeloknya rendaman faraj ini buatlah seminggu sekali.
Ada sesetengah wanita yang mengalami kegatalan luar biasa. Mereka tidak dapat menahan kesakitan dan kepedihan untuk menghilangkan kegatalan pada farajnya.
Ada wanita yg akan menggaru2 dan akhirnya melecet dan pedih.
Disebabkan pedih yg amat ini,mereka tidak dapat nak berjalan dan akan membuatkan mereka stress. Maka dengan itu,ramai juga doktor yg menyarankan pesakit mereka membuat rendaman faraj ini.
Bayangkan kalau ada lipas dan ulat merayap dibahagian sulit kita. Eeuuww gatal kan sebab dipenuhi bakteria. Begitu juga kalau dibahagian sulit wanita. Bayangkan kalau penuh bakteria jahat?
Sebenarnya ramai juga yang masih tak tahu khasiat mengamalkan rendaman faraj ini. Ini adalah amalan perubatan melayu lama yang membuatkan mahkota wanita sentiasa ‘cantik’ & bersih. Orang putih pun buat,depa panggil sitz bath.Kalau tanya orang dulu², amalan ni sangat diwajibkan untuk ibu selepas kering darah nifas, kering darah haid & juga diamalkan untuk menghilangkan kegatalan pada faraj.
Rendaman faraj ini juga sangat bagus diamalkan oleh wanita yang mempunyai masalah keputihan dan buasir.
Macam mana cara nak buat rendaman faraj ni?
1. Sediakan besen besar yang boleh muat kan pinggul anda.
2. Pastikan air yang kita nak rendamkan pinggul ni sedikit panas dan ada semua bahan² ni.
Bahan² untuk buat rendaman faraj :
1. Garam bukit
2. Air rebusan sireh
3. Asam keping
Siapa perlu buat rendaman faraj?
1. Ibu hamil – Dibuat ketika rasa tak selesa,berair,gatal & lembab
2. Ibu berpantang – Selalunya dibuat pada hari ke-30, bila darah nifas semakin kering dan sehingga habis darah.
3. Gadis & sesiapa saja – Boleh dijadikan amalan mingguan.
Khasiat merendam faraj :
1. Menghilangkan gatal² & bau yang tak menyenangkan pada miss V akibat keputihan & discharge.
2. Bagus untuk menyembuhkan luka episiotomi.
3. Memantapkan cengkaman faraj.
Kredit : Sinaran Wanita MY

Petua untuk wanita supaya sedap mata memandang ?

 

Image may contain: 1 person, text that says '10 Manfaat Kesihatan Air Kelapa Muda Mengimbangi Tahap Gula Dalam Darah Meningkatkan Peredaran Darah Mengurangkan Sakit Kepala Membekal Tenaga Membakar Lemak dengan Cepat Membantu Pesakit Batu Karang Mengurangkan Cramp Otot. Meningkatkan Kesihatan Jantung Baik Untuk Kesiahatan Kulit Mengurangkan Berat Badan # gelas setiap pagi berupaya mengurangkan tekanan Darah Tinggi # Isotonik semualajadi Terbaik Dunia # Juga baik untuk pengidap masalah kencing' OAIN BRAHEM'

https://people.utm.my/nizamray/2020/09/08/1131/

Perbezaan Baking Soda dan Baking Powder

Baking soda adalah asli sodium bicarbonate.

Bila bahan biskut kita ada kandungan kelembapan dan beasid macam coklat ke buttermilk ke ia akan bertindak balas bila kita membakar. Naiklah biskut itu. Sebaik kita campur-campur bahan itu, ia sebenarnya dah mula bertindak balas. Kalau lambat bakar, nanti biskut ni dah tak naik lagi.

Baking soda biasa kita guna untuk biskut, sebab biskut tak adalah nak kembang-kembang sangat. Lari corak penat-penat kita tekap nanti keluar biskut gemuk-gemuk pula.

Baking powder

Baking powder pula kombinasi sodium bikarbonat, acid agent iaitu cream of tartar dan drying agent macam kanji.

sebab kandungan nya juga sodium bikarbonat, ia akan terus bertindak balas bila kita campurkan bahan-bahannya. Ejen-ejan lain dalam baking powder pula akan teruskan proses mengembang itu. Bila kita biar seketika, ia akan mengembang lagi. Dan bila kita panaskan dalam ketuhar, ia kembang lagi. Kembang dan kembang. Syoknya.

Baking powder ni sesuailah buat kek gebu gebas. Biar dia kembang-kembang dan gebu gebas.

Perbezaan Antara Baking Soda dan Baking Powder

Baking Soda
 

Baking soda atau soda bikarbonat ialah sejenis “chemical leavening” yang berperanan sebagai ejen penaik di dalam proses penghasilan kek dan biskut.  Ia mengandungi satu bahan sahaja iaitu “sodium bicarbonate”.
 
Apabila baking soda bertindak balas dengan bahan-bahan yang mengandungi asid seperti susu, coklat atau buttermilk, ia akan menghasilkan sejenis gas iaitu karbon dioksida dan gelembung udara akan terbentuk di dalam haba yang tinggi menjadikan permukaannya kek dan biskut kembang serta naik tinggi.
 
Tindakbalas baking soda terhasil dengan segera setelah bahan-bahan di adun, jadi anda perlu bakar di dalam oven dengan kadar yang segera. Dari segi rasa, baking soda mempunyai rasa sedikit pahit kerana beralkali dan boleh menjejaskan rasa kek dan biskut jika diletak secara berlebihan.
Baking Powder
 
Baking powder atau serbuk penaik mengandungi gabungan antara 2 bahan iaitu serbuk baking soda dan sejenis campuran ejen berasid. Ianya akan terus bertindaklas menghasilkan gas karbon dioksida apabila bercampur dengan adunan yang mengandungi cecair. Kebanyakan resipi menggunakan baking powder kerana rasanya lebih neutral berbanding baking soda serta tidak perlu lagi bergantung kepada bahan asid tambahan lain sebagai ajen pengaktif.
 
Ada 2 jenis baking powder yang terdapat di pasaran iaitu:
  • single action baking powder –  mula bertindakbalas sebagai ejen penaik apabila bercampur dengan cecair dan kemudian menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan gelembung udara terbentuk menjadikan kek dan biskut lebih ringan dan berongga.
  • double action baking powder – ada 2 tindakbalas yang terhasil iaitu apabila ia bercampur dengan cecair dan kemudian tindakbalas berlaku sekali lagi apabila ia diletakkan di dalam haba yang tinggi, menjadikan kek lebih stabil dan gebu.
Bagaimana untuk mengetahui jika baking soda dan baking powder masih elok untuk digunakan?
Jangka hayat baking soda dan baking powder bergantung kepada cara penyimpanan dan juga tahap kelembapan persekitarannya. Baking soda tahan lebih lama jika disimpan ditempat yang kering dan bersuhu sejuk (suhu bilik).
 
Baking powder pula boleh tahan selama 3 bulan sahaja atau lebih bergantung kepada cara penyimpanan setelah dibuka dari tin atau paket asal. Anda dinasihatkan membeli baking powder dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana tempoh ketahanannya agak kurang berbanding baking soda.
Cara untuk pastikan kedua bahan tersebut masik elok digunakan ialah:
  • Baking soda  – campurkan serbuk baking powder dengan sedikit cuka. Jika buih terhasil maknanya baking soda masih elok untuk digunakan.  
  • Baking powder – masukkan sesudu kecil baking powder ke dalam secawan air. Jika buih terhasil di permukaan air itu menandakan baking powder masih elok untuk digunakan.

Kaedah Merawat Sakit Mata. Boleh diamalkan inshaAllah ☺️

 

Image may contain: text that says 'FIRST-AID MELECUR Jauh dari api Alirkan air selama 20 minit Balut dengan kain bersih Jangan letak mentega X Jangan letak ubat gigi X Jangan letak ais X Jangan pecahkan gelembung Berjumpa dengan doktor Public Health Malaysia'

Baru tahu, rupanya tidak boleh letak ubat gigi! Ubat gigi jika diletakkan di atas kulit yang melecur boleh menyebabkan haba terperangkap di dalam kulit. Ini menyebabkan kesan terbakar menjadi lebih teruk. Tidak cukup dengan itu, kulit boleh dijangkiti kuman dan akan melambatkan proses penyembuhan. Alirkan dengan air paip ke atas luka selama 20 minit. Ianya membantu proses penyembuhan dan mengurangkan kesan komplikasi akibat melecur.

https://people.utm.my/nizamray/2020/09/08/1112/

Rezeki terasa sempit? Amalkan 7 tips ini ?

Image may contain: text that says 'Rezeki Sempit Ustaz Ebit Lew 1 Kadang tak beri pun sebab sayang. Allah beri sebab Allah sayang. Semua ada sebab dari Allah. 2 Rezeki bukan sahaja duit, tapi bahagia, kasih sayang, jumpa orang baik2 pun rezeki. 3 Stop Romplen itu ini Nak Rezeki mesti ikhtiar. Usaha. Nak rezeki murah mesti muliakan ibu bapa. Hargai mereka ketika masih ada. 5 Nak rezeki murah sedekahlah. Cari orang susah untuk dibantu. 6 Baca byk kali. Serah pada Allah. Rasa susah, blur tak tau nk buat apa bacalah Lailahailla anta subhanakainni kuntu minazzalimin. Banyakkan beristighfar'