COVID-19 Diisytihar Pandemik, Ini Peringkat Pandemik Yang Korang Kena Tahu

Apa itu pandemik?

Tenang & jangan panik

Suka minum teh lepas makan? Awas kesan buruknya pada kesihatan anda

Teh sering menjadi pilihan ketika minum tanpa mengetahui ia boleh membahayakan kesihatan.
KEBANYAKAN daripada kita apabila menikmati makan tengah hari di restoran pasti akan memesan teh o ais atau teh o ais limau sebagai minuman kerana ia murah dan sedap.

Boleh dikatakan setiap kali makan di kedai tidak kira pagi, petang atau malam itulah air yang akan kita pesan.

Tidak dinafikan teh mempunyai khasiat kepada kesihatan kerana kandungan antioksidan dan polifenol di dalamnya dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi, penyakit hati, serangan jantung, diabetes sehinggalah kanser.

Namun dalam kebaikannya ia tetap mempunyai keburukan jika tidak diambil dengan betul termasuklah;

Teh boleh membantu mengurangkan pelbagai risiko penyakit namun jika tersalah ambil ia mampu memudaratkan kesihatan anda. 

1. Teh mengandungi tanin dan polifenol yang dapat mengganggu penyerapan zat besi. Jika sering minum teh selepas makan ia mampu meningkatkan risiko kekurangan zat besi dalam tubuh anda. Semakin pekat teh tersebut makan lebih besar potensi untuk ia mengurangkan penyerapan zat besi dalam usus.

2. Teh hitam atau black tea yang tinggi kandungan polifenol tidak baik diambil sejurus selepas makan. Ini termasuk teh herba serta minuman lain seperti coklat, espresso dan kopi.

3. Bukan semua orang akan mengalami masalah kekurangan zat besi disebabkan minum teh selepas makan, namun risiko itu tetap ada terutama bagi individu yang memang mempunyai sejarah masalah kekurangan zat besi dalam badan.

4. Wanita sedang dalam haid, golongan vegan dan vegetarian juga disarankan untuk tidak mengamalkan tabiat minum teh selepas makan.

Jadi bila sebenarnya waktu paling terbaik untuk menikmati secawan teh?

1. Sebaik-baiknya minum teh selepas satu jam anda makan terutamanya kepada pengamal diet vegetarian atau tidak makan daging merah bagi mengelakkan gangguan penyerapan zat besi dalam tubuh.

2. Jika ingin minum teh selepas makan, adalah lebih baik memilih teh hijau atau teh halia kerana kedua jenis teh ini dapat membantu melancarkan sistem pencernaan dan tidak mudah menyerap zat besi seperti teh lain.

Perhatian! Golongan milenial… anda terdedah kepada penyakit ini

Terdapat sejumlah penyakit mengintai generasi milenial disebabkan gaya hidup yang tidak sihat.
GENERASI baharu atau milenial sering dikaitkan sebagai mereka yang penuh dengan kreativiti, produktif serta celik teknologi.

Bagaimanapun di sebalik itu, terdapat sejumlah penyakit yang mengintai generasi milenial atau Gen Y ini, dan penyakit paling popular adalah tekanan darah tinggi dan kemurungan yang menghantui anak-anak muda.

Hasil kajian dilakukan Blue Cross Blue Shield (BCBS) menunjukkan risiko generasi milenial terdedah dengan penyakit lebih tinggi berbanding generasi X pada usia sama.

Kajian itu juga mendapati rata-rata golongan itu mula mengalami tahap kesihatan yang menurun pada usia seawal 27 tahun dan turut menemui lapan penyakit yang mengancam Gen Y.

Masalah kemurungan dalam kalangan Gen Y semakin meningkat.

1. Kemurungan

Kaian yang dilakukan terhadap golongan ini di Amerika Syarikat (AS) mendapati kemurungan merupakan masalah utama milenial yang mencapai peningkatan lima peratus pada 2017 kepada 31 peratus berbanding 26 peratus pada 2014.

Antara faktor berlakunya peningkatan masalah gangguan mental ini disebabkan tekanan pekerjaan, kewangan dan gaya hidup.

2. Penggunaan bahan terlarang

Penggunaan bahan terlarang iaitu dadah meningkat sebanyak dua peratus dan sekaligus menyebabkan masalah kesihatan lain dalam kalangan golongan milenial seperti gangguan saraf, otak, halusinasi hingga mengakibatkan kematian.

Tabiat merokok menyebabkan Gen Y terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. 

3. Pengambilan alkohol

Alkohol sering menjadi jalan keluar kepada golongan ini bagi mengurangkan tekanan, namun tanpa disedari ia meningkatkan risiko penyakit lain pada usia muda.

4. Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi dalam kalangan Gen Y mencapai peningkatan dua kali ganda iaitu 8.1 peratus kepada 16 peratus pada 2017, berbanding hanya 7.9 peratus pada 2014.

Golongan ini juga terdedah kepada penyakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung dan angin ahmar jika tiada sebarang kawalan dibuat.

5. Penyakit Crohn

Ia adalah penyakit radang usus kronik disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat termasuk pemakanan tidak seimbang.

Tabiat pemakanan tidak sihat boleh menyebabkan diabetes jenis 2. 

6. Kolesterol tinggi

Kadar kolesterol dalam darah yang tinggi turut menjadi ancaman golongan milenial disebabkan faktor pemakanan yang tidak seimbang dan kurang bersenam menyebabkan peningkatan masalah itu.

Kolesterol tinggi meningkatkan risiko penyakit jantung, angin ahmar serta buah pinggang.

7. Diabetes jenis 2

Penyakit diabetes jenis 2 sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan orang muda disebabkan faktor pemakanan tidak sihat termasuk pengambilan garam, gula dan lemak yang tinggi dalam makanan.

8. Rokok

Peratusan perokok meningkat 5.6 peratus di AS dan tabiat membuka ruang kepada pelbagai risiko penyakit berbahaya dalam kalangan Gen Y.

Jangan terkejut, gula boleh sebabkan mulut berbau busuk!

Memotong pengambilan gula dalam menu sangat membantu bagi yang sedang berdiet.
MENGURANGKAN pengambilan gula adalah antara perkara pertama yang akan dinasihatkan kebanyakan pakar pemakanan kepada pesakitnya yang ingin berdiet.

Mana tidaknya, gula mempunyai reputasi dan kesan buruk kepada badan manusia, namun sesuatu yang sedap itu memang sukar untuk ditinggalkan!

Tapi apa kata kita cuba juga untuk mengelak mengambil gula dalam pemakanan dan minuman seharian kerana ia mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan.

Selain itu, banyak altenatif bagi makanan dan minuman manis ini. Ketahui kesan-kesannya sekiranya anda tidak mengambil gula dalam menu harian.

Molekul gula akan mengikat serta mengubah bentuk kolagen protein dalam badan dan seterusnya membuat kulit menjadi lebih muda.

1. Kulit muda

Tiada siapa yang ingin kelihatan tua. Kesan pengambilan gula yang kerap mampu membuatkan anda kelihatan berusia berbanding umur sebenar. Namun, anda boleh mengelak daripada berlaku dengan tidak mengambil gula dalam diet harian anda.

Pakar mendedahkan bahawa molekul gula akan mengikat serta mengubah bentuk kolagen protein dalam badan dan seterusnya membuat kulit menjadi lebih muda.

Lebih menarik ia dapat mengurangkan keradangan pada kulit dengan menurunkan insulin pada darah.

Tidak mengambil gula boleh membantu membuatkan nafas lebih segar. – Gambar Sekadar Hiasan

2. Pernafasan yang segar

Terlalu banyak mengambil makanan yang manis boleh menyebabkan gigi anda rosak. Malah gula juga boleh berhubung dengan bakteria yang ada dalam mulut menyebabkan kerosakan pada gigi dan mulut berbau busuk.

3. Berat badan

Anda telah berusaha kuat untuk cuba menurunkan berat badan anda. Apa kata anda terus ‘membuang’ makanan yang mempunyai bergula atau minuman manis dalam menu harian anda.  Ini kerana gula boleh menyebabkan anda sentiasa lapar.

4. Imunisasi

Pakar-pakar juga mendedahkan gula juga boleh melemahkan imunisasi yang boleh menyebabkan berdepan dengan risiki batuk dan selsema.

Menurut American Journal of Clinical Nutrition, mengambil gula 100 gram gula boleh menyebabkan sel darah putih menurun dan 50 peratus boleh menghalang melawan bakteria.

Jangan malas! Naik tangga… bukan sahaja senaman bakar kalori, juga mampu jaga kesihatan mental anda

Menaiki tangga mempunyai pelbagai kelebihan pada kesihatan pada yang tidak mempunyai masa untuk bersenam.
RAMAI di antara kita jarang melakukan senaman secara konsisten akibat kesibukan urusan harian sehingga kesihatan diri terabai.

Tetapi itu bukan lagi alasan kerana terdapat banyak cara untuk membakar kalori dan salah satu caranya adalah dengan menaiki tangga.

Apa kata mulai hari ini cuba elak menggunakan lif dan menaiki tangga ketika bekerja kerana ia mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan termasuk lapan perkara ini;

1. Mengurangkan risiko angin ahmar

Menerusi kajian bertajuk Promoting Stair Climbing as an Exercise Routine among Healthy Older Adults yang diterbitkan MDPI 2019 menyebut, rutin menaiki tangga secara konsisten (sekitar 20 hingga 34 anak tangga seminggu) dapat menurunkan risiko serangan angin ahmar, selain meningkatkan denyutan jantung dan menurunkan kesan fisiologi kepada warga emas.

2. Membakar lebih banyak kalori

Menurut jurnal diterbitkan BMC Public Health pada 2012, menaiki tangga dapat membantu membakar lebih banyak kalori dalam kiraan seminit daripada berjoging atau melakukan aktiviti mendayung.

3. Menguatkan otot

Jurnal bertajuk The effect of step climbing exercise on balance and step length in chronic stroke patients (2015) pula menyatakan, menaiki tangga dapat menguatkan otot kaki kerana ia melibatkan gerakan secara vertikal dan horizontal selain menjaga keseimbangan badan.

4. Meningkatkan fungsi paru-paru

Aktiviti naik tangga juga dapat membantu meningkatkan fungsi paru-paru seseorang, malah ia juga baik buat mereka yang menghidap masalah paru-paru.

5. Menurunkan kadar kematian

Kajian berjudul Stair-Climbing Capacity as a Marker of Improvement Following Pulmonary Rehabilitation yang diterbitkan oleh Preventive Medicine Reports (2019) menyatakan memanjat tangga secara konsisten berpotensi membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit yang boleh mendatangkan maut seperti diabetes, jantung dan kanser.

6. Meningkatkan kesihatan mental

Tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan fizikal, menaiki tangga juga membantu meningkatkan kerja kognitif berbanding sesi senaman berat.

Ia sekaligus dapat menjaga fungsi mental agar sentiasa lebih fokus dan terhindar daripada sebarang penyakit berkaitan mental seperti kemurungan dan kebimbangan melampau.

7. Mencegah risiko osteoporosis

Osteoporosis adalah masalah kesihatan global berkaitan dengan tulang. Amalan menaiki tangga dan berjalan kaki mampu membantu mencegah tulang mereput.

8. Meningkatkan sensitiviti insulin

Bagi penderita penyakit diabetes, amalan menaiki tangga dalam tempoh pendek dapat menurunkan kadar gula dalam darah sekaligus meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan.

Rupa-rupanya ada 5 sebab strawberi jadi pilihan jika nak diet

Strawberi mempunyai pelbagai khasiat.
SAYUR-SAYURAN dan buah-buahan adalah makanan yang perlu menjadi keutamaan dalam proses menurunkan berat badan.

Seperti buah, ia mengandungi banyak gizi dan mineral yang bukan sahaja membantu menurunkan berat badan tetapi juga mencegah penyakit.

Strawberi adalah salah satunya – Tidak hanya tinggi anti oksidan dan enzim anti radang, buah itu juga kaya dengan serat serta mampu membantu melancarkan sistem pencernaan.

Berikut adalah lima manfaat strawberi yang mungkin tidak anda ketahui;

Amalan makan strawberi mampu membantu sistem pencernaan.

1. Melancarkan proses pencernaan

Strawberi tinggi dengan serat sehingga ia mampu melancarkan sistem pencernaan. Pengambilan semanguk strawberi setiap hari juga dapat membantu mengurangkan lemak di perut.

Serat yang terdapat dalam buah itu juga boleh membuat kita berasa kenyang selain mengurangkan rasa mengidam untuk mengambil makanan atau minuman bergula.

2. Membantu menurunkan berat badan

Bagi yang sedang berdiet, strawberi meningkatkan penghasilan dua hormon penting iaitu adiponektin dan leptin. Kedua-dua hormon ini membantu membakar lemak serta meningkatkan metabolisme tubuh.

Strawberi rendah kalori dan sesuai untuk yang sedang berdiet. 

3. Rendah kalori

Seratus gram strawberi hanya mengandungi sekitar 33 kalori dan sebab itu ia menjadi buah kegemaran bagi orang yang sedang berdiet.

4. Memperbaiki otot

Kandungan anti peradangan dalam strawberi boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan otot selepas melakukan senaman berat.

5. Pemanis semulajadi

Strawberi merupakan pemanis semulajadi dan boleh dijadikan sebagai pengganti gula seperti mencampurkan di dalam yogurt atau sebagai smoothie.

Cendawan mampu kawal gula dalam darah, sesuai jadi diet pilihan pesakit diabetes!

Pesakit diabetes disaran mengambil cendawan dalam diet seharian kerana kelebihannya.
PENINGKATAN tahap keradangan dalam badan boleh mengganggu kesihatan termasuk penyakit kencing manis dan kardiovaskular.Ini kerana keradangan yang tidak normal dalam badan akan mengubah tindakan insulin, sekaligus menyebabkan seseorang itu berdepan dengan risiko penyakit berkenaan.

Disebabkan itulah, penting bagi individu untuk mendapatkan makanan yang mempunyai anti-radang dalam diet seharian dan yang paling sesuai adalah pengambilan cendawan.

Cendawan merupakan sayuran tanpa pati, kaya dengan serat larut yang membantu mengekalkan paras gula dalam darah.

Manakala diabetes antara pengganggu kesihatan yang kronik kerana ia boleh menghalang tindak balas insulin dalam tubuh badan kita sekaligus menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah.

Cendawan vs Diabetes

Jabatan kesihatan di India mendedahkan, ‘cendawan tiram boleh memberi kesan dalam mengawal glisemik, kumpulan sebatian organik dan kualiti hidup’.

Di samping itu, satu kajian yang diterbitkan  dalam Journal of Functional Foods menyatakan, dengan mengambil cendawan butang putih setiap hari boleh bertindak sebagai prebiotik dengan meningkatkan komuniti mikro dalam usus, yang kemudiannya dapat memperbaiki peraturan glukosa dalam hati.

Cendawan boleh dimasak dalam pelbagai resepi.

Kajian secara konsisten mengaitkan sayur-sayuran bukan beralkali boleh menurunkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kanser.

Ia berbeza dengan sayur-sayuran berkanji yang tinggi karbohidrat, sebaliknya cendawan adalah sayur-sayuran bukan berkanji dengan kadar karbohidrat sangat rendah.

Menurut Persatuan Diabetes Amerika Syarikat, kira-kira separuh daripada diet kencing manis perlu mengutamakan sayur-sayuran bukan berkanji iaitu cendawan.

Kelebihan cendawan

* Cendawan juga mempunyai indeks glisemik rendah yang bermakna ia mengandungi jumlah karbohidrat yang rendah yang tidak menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah berbanding dengan makanan karbohidrat yang tinggi seperti roti dan pasta.

* Ia juga membantu menurunkan berat badan,serta mengekalkan tahap gula dalam darah. Sebagai makanan rendah kalori yang mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi.

* Cendawan mengandungi vitamin A, vitamin C, dan vitamin K.

* Cendawan boleh mengurangkan jumlah kolesterol ‘buruk’ dalam badan anda.

Tahukah anda 9 makanan ini selamat dijamah walaupun selepas tarikh luput

Roti masih boleh dimakan meskipun sudah mencapai tarikh luput.
BIASANYA kita akan buang makanan apabila ia sudah mencapai tarikh luput, namun sebenarnya ia masih selamat dimakan.Ini kerana tarikh luput yang disertakan adalah sebagai peringatan kepada pengguna tentang kesegaran sesuatu makanan.

Maka, sebahagian besar makanan yang sudah melepasi tarikh luput masih boleh dimakan cuma ia menghilangkan kualiti rasa pada makanan itu.

Sebaliknya kata pakar pemakanan Maya Feller, terdapat beberapa faktor lain yang menjadi penentu sama ada sesuatu makanan itu masih baik atau pun tidak – Ia termasuk bau, tekstur atau warna makanan yang telah berubah.

Berikut adalah sembilan makanan yang selamat dijamah walaupun telah melepasi tarikh luput.

1. Bijirin

Bijirin mempunyai jangka hayat yang panjang sekiranya ia disimpan dengan baik iaitu di dalam suhu dingin dan kering.

2. Keju

Pembuat keju terkenal New York, Rachel Freier memberitahu keju semakin enak meskipun sudah melepasi tarikh luput. Pertumbuhan bakteria bukanlah satu masalah, asalkan potong bahagian yang rosak.

Namun tetap perlu lebih berhati-hati kerana semakin lama keju disimpan ia mengumpul lebih banyak air di dalamnya.

3. Pasta

Pasta kering biasanya boleh disimpan sehingga dua tahun asalkan ia diletakkan di tempat dingin dan kering.

4. Yogurt

Yogurt yang telah dibuka biasanya akan lebih cepat rosak berbanding belum dibuka dan boleh bertahan sehingga dua minggu selepas tarikh luput.

5. Kerepek ubi

Kerepek ubi mungkin sudah tidak enak dimakan jika terbiar masuk angin. Tapi kalau anda menyimpannya dengan baik ia boleh bertahan lama dan jangan bimbang jika sudah melepasi tarikh luput.

6. Roti

Sudah menjadi kebiasaan, sampai sahaja tarikh luput kita akan buang roti tetapi sebenarnya ia masih selamat dimakan asalkan tidak berbau masam atau busuk dan berkulat. Sebaiknya manfaatkan dengan buat roti telur atau roti bakar.

7. Coklat

Warna keputihan pada coklat yang disimpan lama bukannya kulat. Ia sebaliknya chocolate bloom dan selamat dimakan. Nak lebih selamat, simpan coklat anda dalam peti ais.

8. Makanan beku

Makanan beku (frozen food) juga selamat dimakan dan ia cara terbaik untuk memanjangkan usia sesuatu makanan.

9. Sos

Kicap, sos cili dan mayonis selamat dimakan selepas tempoh luput namun ada syaratnya – jika ia masih belum dibuka!

Risau mata pedih semasa potong bawang? Cuba 4 cara ini

Menggunakan cermin mata renang bukanlah satu-satunya cara mengelak daripada pedih mata ketika memotong bawang. – Gambar Sekadar Hiasan
BIASANYA ramai akan mengelat apabila disuruh mengupas bawang kerana ia memedihkan mata tapi kalau ajak ‘membawang’ memang laju!Apa punca membuatkan mata berair ketika mengupas bawang? Enzim yang terdapat di setiap lapisan bawang akan merembes ke udara ketika dikupas dan boleh menyebabkan pedih sampai mengalir air mata.

ARTIKEL BERKAITAN: 18 produk ini mampu bunuh kuman koronavirus!

Tapi sebenarnya ramai tak tahu bahawa terdapat pelbagai cara mengupas bawang yang tidak memedihkan mata dan ia bukan semata-mata memakai cermin mata renang.

1. Kupas bawang dalam air

Rendam bawang di dalam bekas berisi air dan kupas bawang di bawah permukaan air. Dengan cara ini enzim yang merembes tidak akan berterbangan di udara.

2. Sapu pisau dengan jus lemon

Sebelum potong bawang, sapukan jus lemon pada pisau anda. Ia dapat membantu membunuh enzim yang dirembes memandangkan ia bersifat asid dan mempunyai bau kuat.

3. Simpan bawang dalam peti ais

Sebaik-baiknya simpan bawang dalam peti ais sebelum digunakan kerana suhu dingin dapat melambatkan proses enzim bawang menjadi gas dan memedihkan mata saat dipotong.

4. Hiris bawang di tempat terbuka

Jika kita lihat kenduri di kampung, makcik-makcik akan memotong bawang di tempat terbuka sambil rancak ‘membawang’. Sebenarnya cara ini lebih selamat kerana angin yang bertiup akan mengalihkan enzim yang dirembes ke tempat lain.

Koronavirus ‘takut’ air, orang ramai digalak kerap mandi, makan kangkung

Noordin menggalakkan orang ramai supaya makan sayur hijau terutamanya kangkung.
RAKYAT perlu bertenang dan menekankan aspek penjagaan diri sebagai langkah pencegahan meskipun penularan wabak koronavirus semakin membimbangkan di seluruh dunia.Malah, Doktor Kesihatan Profesional (MBBS), Dr Noordin Darus turut menggesa orang ramai supaya tidak panik kerana sifat itu akan mempengaruhi dan menurunkan imuniti badan.

“Apa yang menyebabkan kita kena mudah kena jangkitan sesuatu virus atau penyakit adalah bergantung kepada imuniti tubuh kita. Perkara ini mudah, kita cuma perlu jaga diri.

“Koronavirus ini terkenal dengan sifatnya yang takut air jadi untuk jaga diri kena kerap mandi, jaga pemakanan dan hadkan pergerakan ketika ini,” katanya.

Jelas Noordin lagi, sesiapa yang terkena jangkitan virus baharu itu dinasihatkan supaya minum air kelapa dan air lemon suam antara enam hingga tujuh gelas pada hari pertama.

Katanya, pengambilan air tersebut perlu diperlu diteruskan pada hari kedua tetapi dikurangkan jumlahnya, kira-kira lima gelas selain perlu makan sayur hijau seperti kangkung.

“Uniknya koronavirus menyerang saluran pernafasan sama seperti influenza. Jadi saya juga nasihatkan jangan kerap makan gula, susu dan daging (sebagai usaha meningkatkan ketahanan badan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian Siri 155 bertajuk: Koronavirus: Adakah kita lambat bertindak? di Bangunan WUI, Kompleks Karangkraf Seksyen 15 di sini malam Khamis.

Dalam wacana yang dikendalikan moderator, Sayed Munawwar Sayed Mohd Mustar itu, Noordin bergandingan bersama Ketua Pegawai Pematuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Zulkarnain Mohd Yasin dan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Bujang sebagai panelis.

Pada masa sama, Noordin turut memuji tindakan kerajaan dalam menangani penularan wabak koronavirus di negara ini yang disifatkan sebagai paling cepat berdasarkan pengalaman berdepan wabak berbahaya sebelum ini.

“Sekarang kita tengok konsep (cara) China dan negara-negara luar selesaikan masalah (wabak) ini dan dari situ ada timbul tuduhan-tuduhan tidak berasas.

“Namun dari sudut sains, jika dicatatkan cuma 0.018 peratus mangsa meninggal itu dikira rendah dan situasi di Wuhan purata kematian yang direkodkan antara 2 hingga 2.3 peratus,” katanya.