RESEPI LAMBCHOP BLACK PEPPER

Bahan-bahan utk perap lamb shoulder (Anggaran 7 keping)
● 6 keping lamb shoulder
● Bahan kisar: 5 cm halia,
● 1 cm kunyit hidup,
● 4 ulas bawang putih dan
● 4 ulas bawang merah
● 3 sudu besar madu
● 4 sudu besar Sos tiram
● 4-5 sudu besar lada hitam kisar
● 1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis ,
● 1/2 sudu kecil jintan putih
● 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar,
● Sedikit kicap cair penganti garam
.
Cara menyediakannya
1. Masukkan ke semua bahan perap ke dalam bekas.
.
2. Masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati
.
3. Perap lamb shoulder selama 2-3 jam atau semalaman.
.
4. Bakar lamb chop sampai masak. Boleh guna juali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang.
.
Bahan-bahan sos:
1. Saki baki bahan perapan
2. 2 sudu teh sos tiram
3. 2 sudu teh sos tomato
4. 4 sudu besar lada hitam kisar
5. 2 sudu teh brown sugar
semuanya di masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih. Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi.
sedia untuk dihilangkan bersama hiasan yg diingini.
.
Selamat mencuba….

Kredit Anissa Ismail

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Bahan:-

1 paket agar-agar tali (+- berat 37 gm.)

1550 ml air

2 cawan gula melaka (hancurkan sikit baru sukat)

3/4 cawan gula pasir

*1 kotak kecil (1 cawan) santan cair segera (Ayam brand) – saba letak 2 kotak santan kara

*1/2 paket santan serbuk + air (*campurkan kedua2 bahan cukupkan sukatan 2 cawan) – saba xletak

2 biji telor

Cara-Cara:-

Basuh agar-agar tali dan toskan.

Basahkan loyang/acuan pilihan dan ketepikan.

Campurkan telor dan santan, kacau sebati, tapis dan ketepikan.

Masukkan air dan agar-agar ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan agar-agar larut.

Masukkan gula melaka dan gula pasir. Kacau dan masak hingga gula larut.

Tapiskan agar-agar ke dalam periuk lain dan letak semula atas api. Panaskan semula biar mendidih dengan api sederhana.

Masukkan bancuhan telor dan santan tadi. Kacau perlahan hingga nampak mendidih sikit di bahagian tepi periuk dan santan mula naik berkepala sikit jek…Tutup api.

Tuangkan ke dalam loyang atau acuan pilihan.

Biarkan sejuk sebentar dalam suhu bilik dan masukkan dalam fridge. Hidangkan bila betul2 sejuk.

Resepi Nagasari Jagung

Bahan-Bahannya:
1 tin jagung (whole kernel corn)
250 ml santan pekat (bubuhkan secubit garam)
450 ml air
175 gm gula pasir
1 helai daun pandan(dimasak hingga mendidih dgn api perlahan lalu disejukkan)
200 ml air
1 paket tepung Hoon Kwee (dicampur dan kacau rata)

Cara:
1) Campuran air dan tpg Hoon Kwee dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau sebentar dgn api yg kecil.

2) Kemudian, masukkan air gula dan santan pekat. Teruskan mengacau bancuhan ini dgn api perlahan sehingga menjadi adunan yg hampir pekat. Masukkan jagung dan terus kacau.

3) Apabila adunan menjadi kental, tutup api dan angkat periuk.

4) Bubuh lebih kurang 2 sudu makan adunan ke atas kepingan plastik atau daun pisang dan bungkus dgn rapi. Ini hendaklah dilakukan sewaktu adunan masih panas. Setelah selesai semua adunan, biarkan sebentar sehingga panasnya hilang sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

5) Nagasari Jagung ini enak dimakan ketika sejuk.

Lasagna

Selain dari ‘bukak class kek’ chewah… sempat gak bake Lasagna beef ni.. simple jerk.\HaRI ni my Kak Siti nak balik kolej..so masak special sket…gonna miss her for nother wikss..

dapat rasa sana sikit sini sikit…huhuhu everybody loved it! Adik cakap “mak leh bikin slalu meh”…”mak raya masak bende ni yeh”…..tak makan nasik lunch semalam… we only had this… bulb…kenyang!!

my white sos…opss sorry tiada dlm gambar…terlupa nak snap..im in a hurry…


RESEPIBeef Lasagna

8-10 keping kulit lasagna

300g daging cincang

1/2 bj bwg besar holland – cincang

2 ulas bwg putih – cincang

1 tin sos spaghetti original

3 sudu besar tomato puree@ 2 bj tomato – cincang

1/2 bj carrot – potong dadu

3 bj cendawan butang – hiris nipis

1 sk oregano1 kiub ayam (larut dgn 1 cwn air)
air

minyak zaitun

garam,gula secukup rasa

keju mozarella secukupnya


SOS PUTIH (Bechamel Sauce)

1/2 cwn tpg gandum

2 1/4 cwn susu segar

1/2 cwn keju pilihan

1/2 sudu teh mixed herbs

3 sudu besar butter

lada hitam, garam


CARA:. Rebus kulit lasagna instant dgn sedikit minya. ketepikan.. Panaskan minyak zaitun dan tumis bwg putih & bwg besar hingga naik bau.


Masukkan daging. Kacau hingga daging tukar warna. Masukkan tomato puree,sosdan segalanya..termasuk garam gula secukup rasa..Kalau pekat sgt tambah air, masak hingga mendidih dan ketepikan.. Utk Sos Putih, satukan semua bahan dan kacau atas api yg kecil hingga pekat..Sediakan mangkuk yg sesuai utk bakar.Susun kulit lasagna, sapu rata sos daging…lepas tu sos putih..taburkan keju.. Ulangi proses hingga habis. Akhir sekali Sos Putih & taburan keju..Bakar 40-60min or hingga permukaan perang.

Ayam goreng sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masak. Ada satu lauk ini pun dah cukup sedap makan dengan nasi putih.

Resipi ini hasil perkongsian oleh Umi Watie di laman sosial Facebook. Selamat mencuba!

Cara Buat Ayam Goreng Berempah Isi ‘Juicy’

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Telur
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk Kari
  • Daun kari
  • Tepung jagung
  • Garam

Cara-cara:

1. Gaulkan semua bahan sampai sebati. Perapkan dalam peti sejuk sekejap. Boleh goreng bila nak makan.

2. Gorengkan sampai garing, guna api perlahan je. Dah garing elok angkat dan toskan. Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih mahupun nasi berperisa macam nasi goreng tu.

3. Wangi, sedap dan mudah membuatnya. Makan dengan nasi putih pun dah sedap sangat dah.

4. Juicy kalah kedai mamak tu.

ayam goreng berempah

Kredit: Umi Watie

Resipi Ayam Goreng Berempah Kesukaan Anak-Anak, Isi ‘Juicy’ Kalah Kedai Mamak

ayam goreng berempah

Kalau sebelum ini asyik buat ayam goreng biasa, kali ini apa kata jom cuba buat ayam goreng berempah yang sangat mudah.

Ayam goreng sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masak. Ada satu lauk ini pun dah cukup sedap makan dengan nasi putih.

Resipi ini hasil perkongsian oleh Umi Watie di laman sosial Facebook. Selamat mencuba!

Cara Buat Ayam Goreng Berempah Isi ‘Juicy’

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Telur
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk Kari
  • Daun kari
  • Tepung jagung
  • Garam

Cara-cara:

1. Gaulkan semua bahan sampai sebati. Perapkan dalam peti sejuk sekejap. Boleh goreng bila nak makan.

2. Gorengkan sampai garing, guna api perlahan je. Dah garing elok angkat dan toskan. Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih mahupun nasi berperisa macam nasi goreng tu.

3. Wangi, sedap dan mudah membuatnya. Makan dengan nasi putih pun dah sedap sangat dah.

4. Juicy kalah kedai mamak tu.

ayam goreng berempah

Kredit: Umi Watie

Resipi Buko Pandan Filipina, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

resipi buko pandan

Cuaca panas macam sekarang sedapnya kalau dapat minum air sejuk atau pencuci mulut yang melegakan tekak seperti buko pandan filipina ini.

Tengok gambar pun sudah mengiurkan, kalau dapat minum ni memang nikmat tak terkata.

Buat banyak-banyak, boleh tahan 3 hingga 4 hari dalam peti ais. Bila teringin, boleh terus cedok dalam mangkuk.

Cara Buat Buko Pandan Filipina

Bahan-bahan:

  • 1 pekat agar-agar serbuk perisa pandan masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan
  • 1 cawan teh biji sagu yang sudah dimasak
  • 1 sudu kecil coconut pandan Emulco
  • 1 tin krimer sejat cair, jika kurang kuah boleh lebihkan
  • 1 cawan teh whipping cream non diary pukul tak perlu sampai kembang
  • 1 cawan air gula ikut manis yang disukai
  • 1 mengkuk isi kelapa
  • 1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja
  • Ais secukupnya
  • Buah logan jika suka (letak buah laici tin lagi sedap dari mata kucing dan pastikan jangan masuk air laici)
  • Setengah cawan biji selasih yang telah kembang (rendam dalam air panas)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar, masuk ais dan seimbangkan rasa manis lemak cream ikut selera. Siap!

buko pandan filipina
buko pandan filipina

2. Simpan dalam peti tahan 3-4 hari. Enak dinikmati ketika cuaca panas.

buko pandan filipina

Kredit: Aisyah Humaira

Cara Buat Sambal Belacan Tomyam Padu, Resipi Ori Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam!

sambal belacan tomyam

Banyak resepi sambal yang boleh kita cuba, salah satunya adalah sambal belacan tomyam ini.

Makan nasi kalau tiada sambal belacan memang tak cukup umphh bak kata orang. Memang wajib ada!

Kalau nak sambal belacan rasa padu macam kat kedai Thai, boleh ikut resipi perkongsian oleh Ummu Naim di bawah. Menurutnya resipi ini dipelajari dari isteri tokey kedai tomyam. Selamat mencuba!

Resipi Sambal Belacan Tomyam Padu

Bahan-bahan:

  • 10 biji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih yang besar (kalau kecil guna 5 biji)
  • Belacan (hitam campur putih, goreng atau bakar dahulu)
  • Gula
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Asam kasturi (agak banyak biar masam, ambil jus saja. Masukkan cuba sedikit jika perut tiada masalah)

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan menggunakan butang pause. Tak nak halus sangat, biar kasar macam biasa makan kat kedai Thailand.

2. Masukkan perasa secukupnya. Siap, selamat mencuba!

Info: Belacan hitam tu belacan sebelah utara, sedap belacan ni.

Kredit: Ummu Naim Qalaq

Cara Buat Bakso Resipi Asli Daripada Orang Indonesia, Mengiurkan!

bakso resipi asli

Tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari? Kadang-kadang muncul rasa bosan asyik makan nasi saja kan. Apa kata harini masak special sikit iaitu bakso resipi asli daripada indonesia.

Resipi di bawah telah dikongsikan orang warganegara Indonesia sendiri, Indiri Alvirra Alvisya di laman sosial Facebook.

Kalau nak tahu macam mana rasa bakso seperti di Indonesia, jom cuba masak nanti menggunakan resipi ini. Semoga bermanfaat!

CARA MASAK BAKSO RESIPI ASLI INDONESIA

1) RESIPI BAKSO (BEBOLA DAGING)

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging lembu kisar
  • 1sdk baking powder
  • 2 sdk garam
  • 90ml air sejuk (air peti ye)
  • 1 biji putih telur
  • 5 sdb tepung ubi
  • 2 ulas bawang putih titumbuk

Cara-cara:

  1. Gunakan mangkuk besar, satukan tepung ubi dan baking powder. Ketepikan.
  2. Kisar halus daging lembu kisar bersama sedikit air.
  3. Daging halus tadi letakkan bawang putih, putih telur, serbuk lada putih dan garam. Uli sehingga sebati.
  4. Bila dah siap uli, campurkan dengan bahan tepung ubi dan baking powder tadi. Uli lagi sampai sebati.
  5. Simpan dalam bekas dan tutup dengan plastik, masukkan dalam peti ais selama 3o minit.
  6. Bila doh dah sejuk sikit, cubit sedikit dan bentukkan bulat bakso. Kemudian rebus seketika.
  7. Bila bakso dah terapung, maknya bakso dah masak.

2) RESIPI KUAH BAKSO

Bahan-bahan:

  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 sdk serbuk lada putih
  • 3 sdb garam
  • 2 liter air
  • 2 batang daun bawang
  • 500 grm tulang daging lembu

Cara-cara:

  1. Rebus air sehingga mendidih dan masukkan tulang lembu. Biar dalam 30 minit.
  2. Kemudian masukkan bawang putih yang sudah dihaluskan.
  3. Masukkan daun bawang, garam dan serbuk lada putih.
bakso resipi asli

3) RESIPI SAMBAL BAKSO

Bahan-bahan:

  • 1 paket cili padi
  • Lada kering
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula

Cara-cara:

  1. Cili padi direbus bersama lada kering. Kemudian kisar bersama bawang putih.
  2. Rebus bahan kisar tadi, masukkan garam, ajinamoto dan gula secukup rasa.
  3. Tunggu sehingga mendidih dan siap!
  4. Sedia untuk dimakan bersama mee kuning atau mihun. Selamat mencuba!
bakso resipi asli

Kredit: Indri Alvirra Alvisya

Resipi Tomyam Putih Versi Thailand, Sangat Mudah & Menyelerakan

tomyam putih versi Thailand

Asyik masak tomyam merah bosan juga, apa kata jom cuba buat tomyam putih versi Thailand ini pula. Sedap sangat kalau makan dalam mangkuk campur dengan nasi. Semangkuk confirm tak cukup kalau macam ni.

Jom lihat resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Puan Ameera di laman sosial Facebook. Sangat mudah dan menyelerakan. Selamat mencuba!

Resipi Tomyam Putih Versi Thailand

Cara-cara membuat tomyam putih:

1. Masukkan air ke dalam periuk mengikut sukatan yang diingini.

2. Bila air dah menggelegak, masukkan lengkuas.

3. Masukkan 2 batang serai yang dititikkan.

4. Masukkan 1 biji bawang besar yang sudah dipotong.

5. Masukkan juga 3 ulas bawang putih yang sudah dihiris.

6. Kiub ayam 2.

7. Masukkan ayam, nak guna sotong atau udang pun boleh.

8. Masukkan cili padi yang dibelah dua.

9. Daun limau purut, kena buang urat tengah nanti pahit.

10. Seterusnya masukkan sayur-sayuran pilihan masing-masing.

11. 1 biji tomato.

12. Perahkan 1 biji limau nipis.

13. Tuangkan sos ikan dalam 2 sudu makan.

14. Jus limau 1 sudu makan.

tomyam putih versi Thailand

15. Hiaskan dengan bawang holland.

16. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

tomyam putih versi Thailand

17. Taburkan daun ketumbar.

tomyam putih versi Thailand

18. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

tomyam putih versi Thailand

Kredit: Ameera