AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Bahan:-

1 paket agar-agar tali (+- berat 37 gm.)

1550 ml air

2 cawan gula melaka (hancurkan sikit baru sukat)

3/4 cawan gula pasir

*1 kotak kecil (1 cawan) santan cair segera (Ayam brand) – saba letak 2 kotak santan kara

*1/2 paket santan serbuk + air (*campurkan kedua2 bahan cukupkan sukatan 2 cawan) – saba xletak

2 biji telor

Cara-Cara:-

Basuh agar-agar tali dan toskan.

Basahkan loyang/acuan pilihan dan ketepikan.

Campurkan telor dan santan, kacau sebati, tapis dan ketepikan.

Masukkan air dan agar-agar ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan agar-agar larut.

Masukkan gula melaka dan gula pasir. Kacau dan masak hingga gula larut.

Tapiskan agar-agar ke dalam periuk lain dan letak semula atas api. Panaskan semula biar mendidih dengan api sederhana.

Masukkan bancuhan telor dan santan tadi. Kacau perlahan hingga nampak mendidih sikit di bahagian tepi periuk dan santan mula naik berkepala sikit jek…Tutup api.

Tuangkan ke dalam loyang atau acuan pilihan.

Biarkan sejuk sebentar dalam suhu bilik dan masukkan dalam fridge. Hidangkan bila betul2 sejuk.

Speak Your Mind

*