Resipi Daging Bakar Danok Buka Selera, Pasti Buat Korang Terliur!

Bahan perapan daging

Bahan perapan daging adalah daging sekilo dipotong besar dengan ketebalan kira-kira 2 atau 3cm. 1 sudu sos ikan, kemudian 2 sudu sos tiram. Masukkan 2 atau 3 sudu Brown sugar (gula perang), sekeping gula melaka, 1 sudu lada hitam, sedikit minyak dan serbuk cukup rasa 1 atau 2 sudu.

Bahan sos

Penyediaan bahan sos pula ialah akar daun ketumbar, daun ketumbar, 1 sudu beras disangaikan dulu dan tumbuk, 1 atau 2 ulas bawang putih, 1 atau 2 sudu sos ikan (ikut tahap masin tekak masing-masing), perahan 2 biji limau nipis, 1 sudu brown sugar, 1/2 keping gula melaka (tumbuk kasi hancur campur air sikit), Chili flakes, 1 sudu kecil sos cili, 1 sudu kecil sos tiram dan 1 biji bawang besar dihiris nipis.

Cara-cara memasak

Cara-cara memasak ialah tumbuk akar daun ketumbar dan bawang putih smpai lumat, masukkan sos ikan, gula melaka, brown sugar, beras yang disangai, perahan limau nipis. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram (saja tambah untuk pekatkan sos), masukkan daun ketumbar yang dipotong. Masukkan chili flakes (kalau suka pedas boleh tambah). Masukkan bawang besar yang dipotong tadi. Tetapi kalau tawar boleh tambah garam sikit.

Bakar daging

Daging itu saya bakar guna pemanggang ajaib dalam masa 20 hingga 30 minit dan bergantung juga pada tahap air yang kluar dari perapan masing-masing ye. Dinasihatkan untuk masak dalam suhu api yang perlahan. Bagi memastikan daging cepat lembut bila nak masak, anda perlu perap semalaman dan hiris halia keping-keping dan perap sekali dengan daging.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

Resepi Pancake Guna 6 Bahan Je, Confirm Lembut & Gebu Gebas Ala McD!

Sarapan nasi lemak, roti canai memang ‘layan’ habis, tapi kadang-kadang mesti teringin sarapan ala Western kan? Menu pancake seperti disediakan di McDonald’s menjadi pilihan ramai kerana kelembutan dan kegebuan pancakenya. Tapi sesekali, apa kata cuba buat sendiri di rumah pula, mengikut resepi dikongsikan seorang penggguna Twitter Amalina Mg.

Ikut langkah mudah

Apa yang lagi best, langkah-langkah untuk menyediakannya cukup mudah. Tidak rumit atau memakan masa lama untuk disediakan. Hanya perlu campurkan semua bahan dan pastikan tidak berketul, dah siap! Cuma pastikan sukatan setiap bahan mengikut apa yang dicadangkan.

Guna kuali non-stick, atau biasa pun boleh

Tips nak tahu pancake boleh diterbalikkan

 

Resepi Siakap Stim Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Versi Orang Bujang

Bahan-bahan ikan siakap stim pedas

Nak buat resipi ikan siakap stim Thai perlu menyediakan Bahan A seperti seekor ikan siakap, hirisan halia, daun ketumbar dihiris saiz sederhana, kiub pati ayam (jika perlu) dan 3 atau 4 biji jeruk asam boi. Tomato atau serai boleh dimasukkan juga jika mahu.

Kemudian, sapukan jeruk asam boi keseluruh permukaan kulit ikan tersebut bersama air jeruk sekali. Masukkan Bahan A ini ke dalam periuk kukus dengan api kecil. Kukus seketika selama kira-kira 20 hingga 30 minit.

Penyediaan kuah

Foto: Google

Jika anda pengemar makanan yang pedas, anda perlu masak kuahnya pula. Sediakan Bahan B seperti bawang putih yang telah dipotong kecil, cili hijau atau cili merah dihiris nipis, sos ikan (2 sudu kecil), gula (2 sudu sederhana), perahan limau atau lemon (ikut citarasa anda).

Kesemua Bahan B digorengkan ke dalam kuali sehingga naik bau dan sebati. Kemudiannya, curahkan Bahan B ke atas ikan siakap tadi.

Video penyediaan yang ringkas

Hidangan ini sesuai dinikmati bersama keluarga dan tetamu yang hadir ke rumah anda. Resipi ini juga sesuai untuk orang bujang tau sebab penyediaan resipi ini sangat mudah dan cepat! Buat siapa yang on diet, anda perlu cuba resipi Ikan Siakap Stim Pedas ini ye. Selamat mencuba!

 

Hitam Bukan Sebarang Hitam, Hitam Cheesecake Rentung Lemak Manis Disukai Ramai

Bahan-bahannya:

Bahan-bahan:
4 biji telur
150gram gula halus
15gram tepung gandum (Ayakkan dulu)
500gram cream cheese
250gram whipping cream

Cara-cara:

1. Panaskan dahulu oven dlm suhu 200°c selama 10 minit.

2. Pukul cream cheese bersama gula halus sehingga kembang.

3. Masukkan telur satu demi satu. Mixkan sehingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Mixkan sebati.

4. Masukkan whipping cream kacau2kan dengan spatula. Dah rata. Masukkan dalam loyang. Bakar dalam suhu 200°c selama 1jam. Dah sejuk baru potong.

 

 

 

Resepi Twister Ala KFC, Confirm Sedap & Bakal Menjadi ‘Kegilaan’ Anak-Anak Di Rumah

Setiap kali tibanya hujung minggu pasti para ibu ketandusan idea untuk menyediakan makanan buat keluarga terutamanya ketika musim cuti persekolahan. Terbaru, menu twister seperti disediakan di KFC menjadi pilihan ramai kerana kelembutan dan kegebuan rotinya itu. Kali ini, kami akan sediakan kepada anda resepi twister ala-ala KFC simple dan boleh dibuat sendiri di rumah seperti yang dikongsikan oleh Riana Samad di laman Facebooknya.

Twister ala-ala KFC

Resepi ni memang simple, cepat yang penting seisi rumah suka. Ala ala KFC twister gitu. Cara buatnya mudah, makannya pun mudah sambil jalan atau kehulu hilir buat kerja rumah pun boleh.

Bahan-bahan

Bahan dia tak banyak ya. Basic je tapi bila gabung memang serasi lemak, cair di mulut.

1. Roti wrap segera
2. Dada ayam
3. Tepung
4. Mayonis
5. Sos keju
6. Timun dan tomato dadu

Gaul dada ayam dalam bancuhan tepung

Dada ayam gaul dalam bancuhan tepung. Macam saya pakai tepung segera cap Bestari. Kalau tak ada korang boleh guna tepung jagung tapi tambah lah garam dengan lada sulah sikit.

Kemudian, gaul sekali lagi dalam tepung sama versi kering. Goreng dalam minyak panas. Lepas garing tu terus angkat.

Panaskan roti wrap

Kepingan dada ayam yang dah siap goreng

Panaskan roti wrap dalam kuali tanpa minyak. Jangan lama ya nanti dia keras. Untuk 1 belah panaskan dalam 30 saat je. So total 1 minit untuk kedua belah. Sementara tu stanby siap siap dulu mayonis dan sos keju.

Letakkan kesemua bahan-bahan

Letakkan kepingan dada ayam, sos keju dan mayonis keatas wrap. Taburkan timun dan tomato yang didadu.

Siap untuk dimakan!

 

 

 

 

 

 

Resepi Corn Dog Mozzarella Cheese Leleh Pasti Buat Korang Terliur, Sedapnya!

Korang pernah tak makan Cheese Corn Dog? Kalau korang nak tahu, Cheese Corn Dog ini merupakan salah satu Korean street food yang tengah viral sekarang ni dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebenarnya, hidangan ini sangat mudah untuk dihasilkan dan kos yang diperlukan juga amat berpatutan. Malah, hidangan ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai menu makan pagi atau makan petang bersama keluarga pada hujung minggu anda! Jadi tunggu apa lagi? boleh lah try resepi Cheese Corn Dog ini!

Bahan-bahannya

– Sausage (aku guna Ayamas Cheese)
– Mozzarella Cheese. Ambil yang block bukan shredded. (brand Arla kat Aeon RM17.50. Boleh potong jadi 8 cube. Sedap brand ni)
– Bread Crumbs. (ambil yang jenis “putih” bukan “oren”)
– Chopstick kayu (dekat 99 Speedmart ada jual)
– 1 sudu besar Yis Mauripan
– 1/2 sudu kecil garam
– 1 cawan air suam
– 7 sudu besar Tepung Gandum (sudukan biasa saja, jangan membukit sangat dan jangan rata sangat. Sedang-sedang saja. Nanti tak berapa nak lemak manis kejadiannya)
– 1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi. (ini yang akan buatkan corndog kita sedap and tak boring makan)

Cara buat corndog

Rebus sausage selama 2-3 minit dalam air yang menggelegak. Kemudian toskan. Potong dua. Potong Mozzarela Cheese block menjadi kiub, potong sebesar sausage tadi. Kemudian ambil chopstick dan cucukkan sausage dahulu diikuti dengan cheese.

Bancuh 1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi dengan 7 sudu besar tepung gandum. Kemudian letak 1 sudu besar Yis Mauripan dan garam. Bancuh dengan 1 cawan air suam sehingga mendapat tekstur yang kental. Tambah air lagi kalau tak cukup. Bancuhan perlu tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. (Rujuk video for tekstur tepung) dan seeloknya simpan dalam peti ais selama lebih kurang 1/2 jam untuk “setkan” bancuhan.

Salutkan dalam bread crumps

Lepas tepung dah set, masukkan bancuhan tersebut ke dalam 1 bekas berbentuk gelas yang tinggi. Supaya senang nak celup bahan yang dicucuk tadi. Atau boleh saja terus salutkan terus menggunakan garpu/sudu. Part ni memang renyah sikit and memerlukan kesabaran.

Selepas itu salutkan pula ke dalam bread crumbs. Kepal-kepalkan hingga mampat bahan salutan. Dan terus goreng. Guna kuali yang besar dan minyak yang banyak. Api dapur sederhana.

Last sekali boleh letak apa saja topping yang korang suka. Aku guna mayonis, sos cili and sos tomato saja. Then dekokan dan siap untuk dimakan. Tariklah cheese tu sampai ke London. Hihi. Sedap gila!

Tips jimat!

Macam aku untuk jimatkan kos buat corndog ni, aku beli piping bag je untuk letak sos and mayonis. Tak perlu beli mayonis botol yang ada corong tu, sebab akan menambahkan kos je.

Last but not least, selamat mencuba! Puas makan sebab dapat 8 batang sekali buat. Kos buat dalam RM40. Kos beli luar dalam RM80++. So jimat bukan kalau buat sendiri.

 

Resepi ayam madu

Ayam madu

Bahan A

*gula kerek yang nipis tu 2 keping + air setengah cawan + lada kering blender 2 sudu. Masak sampai agak likat sikit.

Bahan B

*bawang besar 2 biji + bawang putih 5 ulas
*halia 2 inci
*sos tiram 3 sudu besar
*sos lada hitam 3 sudu besar
*madu 2 sudu
*kiub ayam 1 ketul

Blenderkan bahan A dan bahan B

Kuantiti ayam seekor. Ayam rebus kejap je. Tak rebus pun tak apa. Perap setengah jam. Lagi lama lagi sedap. Masa bakar letak butter sikit dekat pemanggang ajaib. Bakar dapur arang lagi sedap. Selamat mencuba.

Rangup Di Luar, Creamy Di Dalam, Ini Resepi Bebola Kentang Ayam Cheese Korang Wajib Buat!

ombinasi cheese dalam kebanyakan makanan sudah menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Keunikan rasanya yang lemak dan cair di mulut membuatkan sajian ini terus menjadi pilihan hati bagi para penggemarnya.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, Danish Harraz ada berkongsi resepi Chicken Potato Cheese Balls yang sedap dan pasti membuat korang terliur.

Rangup di luar, creamy di dalam

As I promised with you guys, ini dia hasil Chicken Potato Cheesy Balls yg Danish buat semalam. Rangup diluar, creamy didalam. Ada yg tanya bagaimana utk elak pecah bila digoreng. Nanti Danish share tips yg Danish guna. Boleh deep fry, bake or masak dalam airfryer, your choice

Guna Mozzarella cheese dan tidak perlu letak banyak-banyak Cheese dan jika guna tips yg Danish guna, inshaAllah akan dapat hasil yang sama seperti ini.

Sangat mudah dan sedap!

Best part, Chicken Potato Cheesy Balls ini boleh dibuat awal dan banyak sekali dan di freeze kan. Bila mahu goreng atau bake, just keluarkan dan masak seperti biasa. Sangat sesuai untuk lunch box anak-anak. Nanti Danish akan share step by step penyediannya. Sangat mudah & sedap!

Danish belum buat video tapi kerana semua minta untuk cuba jadi Danish tunjuk caranya disini. Sangat mudah. A MUST TRY? Rebus Kentang hingga empuk. Danish suka guna Australia Chat Potato kerana soft dan ada rasa creamy tapi you guys boleh guna apa saja Kentang yg disukai.

Dibawah ini bahan-bahan yg Danish guna. Mozzarella boleh guna block atau shredded.

Kentang dilecek
Isi Ayam Rebus
Daun Bawang, hiris kecil
Serbuk Cili atau Lada Hitam
Garam Halus
Mozzarella Cheese (parutan @ block)
Breadcrumbs Putih (lebih rangup)
Telur, dipikul sedikit

Dalam bekas masukkan kentang, ayam dan hirisan daun bawang dan perisakan dengan garam, serbuk cili @ lada hitam secukup rasa. Boleh juga tambah hirisan cili hijau.

1. Gaul semua rata sekata seperti dalam gambar
2. Ambil doh bulatkan dan nipiskan sedikit
3. Ambil Mozzarella, letak ditengah. Jangan terlalu banyak nanti senang pecah dan cheese keluar
4. Tutup cheese dgn doh kemas-kemas & bulatkan.

Pastikan tak terlalu nipis

Letak dalam tray dan simpan dalam freezer, bekukan sebentar supaya nanti waktu goreng cheese tidak mudah keluar.

Sudah cukup masa, keluarkan potato balls.

1. Salutkan dgn telur
2. Kemudian salutkan dengan breadcrumbs rata sambil ditekan perlahan supaya melekat

Tips: Boleh double coating untuk jadikan bahagian luar lebih rangup (telur+breadcrumbs+telur+breadcrumbs)

Ulang proses hingga semua Potato Ball habis. Sambil itu panaskan minyak masak dengan api sederhana. Sedia untuk digoreng!

Goreng dengan api sederhana jangan api besar nanti ianya senang pecah dan pastikan minyak sudah cukup sedia panas (TAPI jangan terlalu panas, nanti senang hangus) sebelum masukkan potato balls untuk elak potato balls menyerap banyak minyak.

Goreng hingga bebola menjadi warna keemasan. Tapi perlu observe jangan sampai warna terlalu gelap dan jangan goreng terlalu lama. Angkat & toskan.

Sedia untuk dimakan begitu sahaja atau dengan apa-apa sos kegemaran.

Sila baca tips yg Danish berikan dibawah ya. Selamat mencuba.

Bosan dgn menu diet yang sama? tukar ke kobis gulung ni, sgt berkhasiat!

Memberi variasi dalam menu diet dapat membantu pengambilan nutrisi yang seimbang dan mengekalkan ‘goal’ untuk mencapai bentuk badan ideal. Asyik makan makanan yang sama sepanjang misi diet anda? Apa kata, anda cuba menu istimewa sayur kobis yang digulung unik ini. Sangat menyelerakan dan sudah tentu berkhasiat!

Penyediaan inti

Sediakan dada ayam dicincang atau pakai sahaja daging cincang jenama Ramly yang boleh didapati di pasar raya. Sediakan bawang putih, bawang merah, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk maggi cukup rasa atau gantikan dengan garam bukit bagi yang nak diet. Serbuk cili, lobak merah dan kobis ungu.

Langkah-langkahnya

Cara-caranya, tumis dahulu bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Masukkan isi ayam masak sampi air ayam sedikit kering. Kemudian, masukkan lobak dan kobis ungu digoreng seketika. Masukkan lada hitam lada sulah, serbuk cili dan maggi cukup rasa. Sesuaikan dengan citarasa anda.

Kulit kobis itu boleh pakai kobis apa sahaja yang penting perlu celur terlebih dahulu supaya tekstur lembut supaya senang nak gulung nanti. Lepas gulung, boleh ikat dengan daun kucai. Jika tidak mahu ikat pun tiada masalah.

Kemudian, kukus dalam 3 minit untuk lembutkan lagi kobis tersebut. Kobis gulung ini sesuai dicicah bersama sos Thai.

Dah siap… Inilah hasilnya

 

 

 

Resepi Laksa kuah sardin sgt ekspress & sedap

Ada ketikanya tekak terasa nak makan laksa tapi menjadi agak sedikit rumit apabila terpaksa siang ikan dan carik-carik isi ikan. Makan masa pula tu nak buat kuah laksa.

Tetapi hanya menggunakan ikan sardin sebagai kuah laksa akan lebih memudahkan kerja masakan di dapur anda. Hanya memerlukan lebih kurang 30 minit bagi menyiapkan hidangan laksa kuah sardin yang sedap. Jom cuba!

Bahan yang perlu disediakan

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan bagi menyediakan kuah laksa ini adalah 1 tin besar ikan sardin (saya guna mackerel), asam keping, 3 sudu cili boh (ikutlah tahap kepedasan), daun kesum, belacan (kalau suka), sos ikan sikit bagi naikkan rasa, garam secukup rasa, limau kasturi dan akhir sekali sudah tentunya laksa basah.

Cara-caranya

Pertama sekali lenyekkan ikan sardin itu bersama sosnya atau guna blender pun boleh. Kemudian, tumiskan cili boh dan asam keping, masukkan ikan sardin yang sudah dilenyek bersama daun kesum ke dalam kuali.

Sukat air mengikut saiz tin sardin tadi dalam anggaran 3 atau 4. Kemudian, biarkan kuah masak dalam masa 20 hingga 25 minit.

Siap untuk dihidang!

Hidangan laksa kuah sardin siap untuk dihidangkan untuk keluarga dan juga tetamu yang hadir ke rumah anda. Jangan lupa perahkan limau kasturi untuk rasa sedikit masam. Kalau nak pedas lagi, hiriskan cili untuk dimakan bersama. Selamat mencuba!