Resipi Daging Bakar Danok Buka Selera, Pasti Buat Korang Terliur!

Bahan perapan daging

Bahan perapan daging adalah daging sekilo dipotong besar dengan ketebalan kira-kira 2 atau 3cm. 1 sudu sos ikan, kemudian 2 sudu sos tiram. Masukkan 2 atau 3 sudu Brown sugar (gula perang), sekeping gula melaka, 1 sudu lada hitam, sedikit minyak dan serbuk cukup rasa 1 atau 2 sudu.

Bahan sos

Penyediaan bahan sos pula ialah akar daun ketumbar, daun ketumbar, 1 sudu beras disangaikan dulu dan tumbuk, 1 atau 2 ulas bawang putih, 1 atau 2 sudu sos ikan (ikut tahap masin tekak masing-masing), perahan 2 biji limau nipis, 1 sudu brown sugar, 1/2 keping gula melaka (tumbuk kasi hancur campur air sikit), Chili flakes, 1 sudu kecil sos cili, 1 sudu kecil sos tiram dan 1 biji bawang besar dihiris nipis.

Cara-cara memasak

Cara-cara memasak ialah tumbuk akar daun ketumbar dan bawang putih smpai lumat, masukkan sos ikan, gula melaka, brown sugar, beras yang disangai, perahan limau nipis. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram (saja tambah untuk pekatkan sos), masukkan daun ketumbar yang dipotong. Masukkan chili flakes (kalau suka pedas boleh tambah). Masukkan bawang besar yang dipotong tadi. Tetapi kalau tawar boleh tambah garam sikit.

Bakar daging

Daging itu saya bakar guna pemanggang ajaib dalam masa 20 hingga 30 minit dan bergantung juga pada tahap air yang kluar dari perapan masing-masing ye. Dinasihatkan untuk masak dalam suhu api yang perlahan. Bagi memastikan daging cepat lembut bila nak masak, anda perlu perap semalaman dan hiris halia keping-keping dan perap sekali dengan daging.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

Speak Your Mind

*