Arwah mak ayah tak minta kubur dihias, gambar digantung… selain doa ini 4 perkara yang anak perlu lakukan

Bukan hiasan kubur diharapkan ibu bapa yang sudah meninggal dunia. -Gambar hiasan

MUNGKIN anda merasakan bahawa ibu mahupun bapa yang sudah meninggal dunia ingin gambar-gambar mereka digantung di dinding rumah sebagai tanda diingati atau setiap barang peninggalan mereka disimpan rapi.

Tidak hairanlah kebanyakan anak cenderung untuk menyimpan barang yang ditinggalkan arwah ibu atau bapa mereka mahu pun menggunakannya.

Ada pula yang gemar meratapi kehilangan arwah ibu mahupun bapa seolah-olah ia satu-satunya cara untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang.

Tidak kurang juga segelintir anak-anak yang sentiasa meluangkan masa menziarahi kubur dan membersihkan kawasan sekitar seperti mencabut rumput sehingga ada yang sanggup beberlanja ribuan ringgit semata-mata untuk menghiasi kawasan perkuburan.

Bagaimanapun, kesemua yang dilakukan itu bukanlah perkara yang didambakan arwah ibu mahupun bapa.

Berdasarkan perkongsian perunding kewangan, Zafran Mustafa di laman Twitter, hanya empat perkara yang diharapkan daripada anak-anak oleh arwah ibu dan bapa semasa di alam barzakh.

Justeru katanya, sebagai anak wajib untuk meneruskan bakti dan khidmat kepada arwah ibu mahupun bapa.

Bukan hiasan kubur yang diharapkan. - Gambar hiasan

Bukan hiasan kubur yang diharapkan orang yang sudah meninggal dunia. – Gambar hiasan

“Di sana mereka amat menantikan doa dan kiriman pahala khas daripada kita anak-anak mereka.

“Pahala bacaan surah al-Fatihah yang disedekahan oleh anak-anak setiap hari untuk arwah ibu bapa.

“Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh, segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi,” ujarnya.

Malah katanya, perkara yang bernilai di alam sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim buat mereka.

Zafran turut berkongsikan perkara yang perlu dilakukan sebagai anak.

1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk arwah ibu dan ayah.

2. Sedekah dan amal jariah yang diniatkan pahalanya untuk arwah ibu dan ayah daripada seorang anak.

3. Amal soleh yang dilakukan anak-anak hasil didikan mereka.

4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa sahaja kebaikan ibu bapa.

kredit : mstar.com

5 PERKARA YANG BUAT ANAK KITA FAHAMI WANG #TabungAnak 

Ceritakan pada anak kita tentang konsep rezeki berbeza dengan wang.

“Duit sekolah nie simpan dulu, lebih baru belanja ya”

Tukar dari ayat

“Duit sekolah kalau lebih nanti simpan ya”. Biasanya tidak akan ada lebihnya.

Mengajar anak bab kewangan tidak menjadikan mereka mata duitan, mereka akan belajar mengatur kewangan sebelum wang mengatur hidup mereka.

kredit : Azizul Azli Ahmad

Peraturan Tabiat Menyimpan

1. 7/10 rakyat di Malaysia suka berbelanja dulu baru menyimpan.

2. Sebab itu ramai orang kita suka meminjam. Mereka tak ada simpanan.

3. Cara nak atasi masalah ini adalah, dapat je gaji tolong SIMPAN DULU baru belanja.

4. Simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari gaji bersih yang kita dapat

5. Nak lebih selamat tukar terus duit kita kepada EMAS.

6. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Target akhir bulan Disember 2022 nak ada simpanan emas sebanyak 50 – 100 gram

7. Bak kata Warren Buffet,
“Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving”

Malam ini…

Tidur sebentar dan kemudian bangun malam seawal 2 pagi – 5 pagi (sebelum masuknya waktu subuh).

Pilihlah mana-mana yang dihajati…

1 – Solat sunat wuduk.

2 – Solat sunat tahajud.

3 – Solat sunat taubat.

4 – Solat sunat tasbih.

5 – Solat sunat hajat.

6 – Solat sunat istikharah.

7 – Solat sunat witir.

Selepas Azan Subuh

1 – Solat sunat subuh.

2 – Solat fardu subuh (bacaan terbaik ialah Surah Waqiah).

7.15 pagi – 8.15 pagi

1 – Solat sunat isyrak.

8.15 pagi – 11.00 pagi

1 – Solat sunat duha.

Apabila Gelincir Matahari

1 – Solat sunat zohor.

2 – Solat fardu zohor.

3 – Solat sunat selepas zohor.

Selepas Azan Asar

1 – Solat sunat asar.

2 – Solat fardu asar.

Selepas Azan Maghrib

1 – Solat sunat Maghrib.

2 – Solat fardu maghrib.

3 – Solat sunat selepas maghrib.

4 – Solat sunat awwabin.

5 – Solat sunat taubat.

Selepas Azan Isyak

1 – Solat sunat isyak.

2 – Solat fardu isyak.

3 – Solat sunat selepas isyak.

4 – Sola sunat witir.

Hari Jumaat

1 – Solat sunat Tahiyatul Masjid (apabila tiba di masjid)

.2 – Solat sunat wuduk

3 – Solat sunat taubat.

Semoga dapatlah kita amalkan insha AllahSemoga bermanfaat.

AamiinWallahualam

May be an image of text that says 'SOLAT SUNAT (Penting dlm Kehidupan) .SUNAT TAHAJJUD rakaat •Ayat Al-Kursi 7x .Ayat Al-Ikhlas 11x SUNAT TAUBAT -2 rakaat .Ayat Al-Kursi 11x Ayat Al-Ikhlas 11x .Sujud terakhir Tasbih 40x (laailaaha illaa anta subhaa naka innii kuntu minazzhoolimin) SUNAT NIKAH -2 rakaat .Surah Al-Kaafıruun Surah Al-Ikhlas .SUNAT ISTIKHARAH (berhajat/bercita2/ ragu2) -2 rakaat .Surah Al-Kaafıruun .Surah Al-Ikhlas SUNAT HAJAT (kesulitan/keinginan/ kehendak) 2 rakaat Ayat Al-Kursi 7x Ayat Al-Ikhlas 1x'

TIPS RUMAHTANGGA BAHAGIA:

1. Sembahyang jemaah bersama-sama.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.

3. Berbual dengan pasangan anda setiap hari

.4. Mandi bersama sekali-sekala.

5. Jadi penawar hati buat pasangan anda.

6. Isteri tidur di atas lengan suami.

7. Mesra dengan suami.

8. Sentiasa ungkapkan kata cinta..I LOVE YOU

9. Apabila berjalan di luar, genggam jari isteri. Dan isteri paut lengan suami.

10. Apabila berselisih faham, kenangkan saat-saat indah anda berdua.

11. Berhias untuk pasangan masing-masing.

12. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang.

13. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.

14. Kekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walau masing-masing sudah berusia.

15. Bantu isteri melakukan kerja rumah.

16. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.

17. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.

18. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan isteri.

19. Bentuk sifat cemburu yang positif.

20. Jadilah suami yang pemaaf.

21. Tegur kesilapan pasangan dengan hikmah dan kasih sayang.

May be an image of one or more people, headscarf and text

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

cili api merah n hijau
cili besar merah
tomato
ikan bilis
bwg merah
bwg putih
belacan
(xda sukatan sy agak2 ja )

ptong kasar2 bhan d atas, msak dgn 2 sudu minyak smpai layu, blend ksar smua bhan2 td ( tumbuk lg best) , msak semula slps blend msak smpai pecah minyak, blh msuk perasa ikot slera msing2 ,sy msuk gula merah skit sbb suka mnis2 skit, siap 

?

yg suka msam2 blh picit asam limau skit ye sblum nk mkn

?

Credit : Puan Airul‎

5 Pesanan

Hati yang resah, gelisah dapat ditenangkan dengan mengamalkan 5 doa ini

HATI sering dikuasai perasaan galau, gelisah dan sedih? Ia merupakan perkara biasa yang sering terjadi kepada manusia disebabkan pelbagai faktor.

Selain disebabkan tekanan dan faktor sekeliling, pemakanan seperti pengambilan kafein boleh mengaktifkan hormon adrenalin di dalam tubuh. Akibatnya seseorang mudah berasa gelisah.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menjauhkan diri daripada pelbagai perasaan tidak baik di dalam hati.

Sebagai seorang Muslim memohon pertolongan Allah SWT adalah paling mujarab dengan mengamalkan doa agar hati menjadi tenang.

0024375Heartbreak1780x390

Hati yang galau, gelisah adalah lumrah kehidupan manusia.

Berikut adalah beberapa doa yang boleh diamalkan untuk menjadikan hati lebih tenang dan tenteram.

DOA 1: Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.” (Sahih Ibnu Hibban)

DOA 2: Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (Sahih Bukhari)

DOA 3: Hasbunallah wanikmal wakil.

Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami. (Surah Al-Imran Ayat 173)

Berdoa

Berdoalah dengan sesungguhnya kepada Allah.

DOA 4: Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

DOA 5: Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh. (Sahih Bukhari)

Semoga yang baik-baik sahaja 2022 ni

Tazkirah rezeki