Tahniah kepada para graduan.
Jemput juga datang ke FESKO UTM. Bertempat di Dataran UTM pada 20 – 26 Oktober 2016. Macam2 ada.
Berada disini untuk mendapatkan maklumat mengenai 4 kriteria laluan kenaikan pangkat staf akademik.
Sebagai staf akademik, sesi sebegini adalah ruangan untuk kami menambahkan maklumat tentang pelbagai polisi atau pekeliling baru. Mendengar, memahami, menyesuaikan dengan keperluan dan kemampuan diri.
Ramai kannnn .
Team Robocon Malaysia berjaya mengalahkan Team Robocon daripada China sempena pertandian ABU Robocon 2016 peringkat Asia Pasific.
Sejak pertandingan Robocon ini diwujudkan team dari Malaysia tak pernah mendapat Johan. Paling tinggi pun hanya berjaya jadi 1st Runner Up sahaja. Itu pun dah sangat hebat!!
Alhamdulillah, tahun ini, team Robocon Malaysia yang diwakili oleh pelajar dan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysa berjaya mengalahkan Team dari negeri China (Northeaster University) pada peringkat akhir. Tema ABU Robocon tahun ini adalah ” Clean Energy, Recharging the World”. Layari link berikut untuk maklumat lanjut – www.aburobocon2016.com
Tahniah kepada semua pelajar dan pensyarah yang bertungkus lumus memastikan kejayaan ini. Tahniah UTM!!
We are UTM.
Hari ini, saya terlibat sebagai juri untuk produk inovasi yang dipertandingkan dalam program ini.
Hari inovasi Fakulti Pendidikan merupakan program yang mengumpulkan pelbagai produk inovasi pelajar yang mengambil kursus Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (MPU1003) dan RekaCipta(SPPL4403).
Kursus ini membimbing pelajar mencipta pelbagai inovasi bagi membantu menyelesaikan masalah pembelajaran. Walaupun hanya 10 minggu dibimbing untuk membangunkan produk inovasi… jelas dilihat bahawa pelajar fakulti pendidikan, UTM sangat kreatif dan innovatif.
Sebagai salah seorang pensyarah di fakulti ini… saya rasa sangat bangga di atas kepelbagaian produk inovasi yang dihasilkan.
Lihat contoh2 produk dalam gambar2 berikut.
Ada 5 kumpulan penilai yang terdiri daripada pensyarah dan guru dilantik untuk membuat penilaian. Sebagai juri, saya dan 4 pensyarah lagi dikumpulkan bersama bagi menilai 17 produk pelajar. Kami menilai daripada jam 9.30 pagi hingga 12 tengahari.
Bukan mudah untuk menilai. Banyak sangat yang hebat. Nak pilih 6 produk sahaja… memang mencabar tugas kami….
Alhamdulillah… kami putuskan secara jemaah… mana yang dapat sokongan majoriti, telah dipilih untuk menerima pingat emas, perak dan gangsa. Sedikit perbincangan apabila terdapat beberapa keputusan yang tidak selari. Keputusan meletak 5 juri dalam setiap kumpulan nampaknya membantu kami mencari persamaan.
Mudah-mudahan, keputusan yang kami ambil adalah yang terbaik buat pelajar-pelajar ini. Semoga semua pelajar berpuas hati dengan keputusan akhir pertandingan.
Yang paling penting, harapan pensyarah supaya kursus ini dapat mentransformasikan pelajar-pelajar ini menjadi lebih berdaya saing, kreatif dan inovatif.
Tahniah buat semua graduan.
Hari ini adalah hari yang istimewa buat semua pelajar yang bergraduan. Meraikan segala penat lelah selama ini, menyiapkan tugasan, menjalankan penyelidikan, mencari pengetahuan, berkongsi kesabaran, merentasi segala kesukaran.
Semoga anda membawa branding UTM yang dikasihi. Bawalah yang baik… tinggalkanlah yang buruk. Jadilah anak bangsa kebanggaan negara.
Buat pelajarku… semoga masa depanmu selepas ini lebih cerah dan penuh cahaya. Congratulation… you deserved it.
Dimaklumkan bahawa permohonan program MyBrain15 untuk warganegara Malaysia telah dibuka bermula 16 Mac 2016 hingga 30 April 2016, jam 11.59 malam. Bagi tahun 2016, peruntukan sebanyak 300 juta telah diperuntukkan untuk biasiswa MyBrain. Ini meliputi 5,000 peruntukan untuk MyPhd, 15,000 untuk MyMaster.
Syarat – syarat permohonan dan elemen pembiayaan Program MyMaster boleh dirujuk di pautan berikut:
https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/index_mymaster2016.php
Syarat – syarat permohonan dan elemen pembiayaan Program MyPhD boleh dirujuk di pautan berikut:
https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/index_myphd2016.php
Perbincangan lain berkenaan myBrain boleh didapati di laman Facebook rasmi MyBrain15: https://www.facebook.com/MyBrain15-KPT-451125938340699/
Kepada semua pelajar Sarjana dan PhD UTM yang layak, pastikan anda telah melengkapan permohonan pada kadar segera.
Hari ini merupakan hari pertama seminar antarabangsa “International Conference on Educational and Higher Order Thinking Skills”. Keynote pertama disampaikan oleh Pro Cancellor UTM iaitu YBhg Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.
Beliau berkongsi pengalaman menerusi ucapan beliau bertajuk “Generating Minds, Inspiring Innovations based on Higher Order Thinking Skills”.
Beberapa kata kunci dalam ucapan beliau adalah…
Jangan malu bertanya …
Berkongsi
Fikirkan kesan terhadap setiap tindakan
Aplikasikan Rules of Logic
Apply to real life situation
Sangat teruja melihat salah seorang tokoh didepan mata. Semoga ilmu yang dikongsikan, dapat dimanfaatkan oleh semua…
Beberapa hari ni, saya bertugas sebagai fasilitator bagi kursus elearning di Makmal Komputer, UTMLead.
Pengisian kursus adalah berkaitan dengan cara menggunakan moodle sebagai LMS di UTM. Saya juga berkongsi cara bagaimana menggunakan kemudahan yang ada untuk menarik minat pelajar menggunalan elearning dalan pembelajaran.
Bersama dengan saya untuk kursus 3 hari ini adalah Dr Murtdaha ( Fakulti Komputeran), Dr Mohd Nihra Haruzuan (Fakulti Pendidikan), Prof Madya Hanizam Sulaiman dan Prof Dr Mohamed Noor Hassan.
Semoga ilmu yang dikongsikan membawa manfaat bersama.