Fail kursus untuk audit

Fail yang sangat penting dalam kisah akademia seperti saya.

Nampak macam 3 fail biasa je. Tapi nak memenuhkan isinya adalah sangat- sangat mencabar. Daripada sebelum cuti raya sampailah minggu ni.

Setakat cetak dan masuk dalam fail memang mudah. Yang sukarnya adalah menyediakan bukti yang membolehkan auditor faham apa yang telah kita buat sepanjang semester hanya dengan melihat 1 fail sahaja.

  • Apa yang kita ajar,
  • Bagaimana kita jalankan proses pembelajaran,
  • Bagaimana pelajar dinilai berdasarkan hasil program yang telah disetkan lebih awal.
  • Apakah kemahiran yang pelajar perolehi setelah selesai kursus ini.

Semoga apa yang diusahakan dan dimasukkan adalah perkara yang tepat dan betul.

Hari Inovasi Fakulti Pendidikan, UTM kali ke 5

Fakulti Pendidikan, UTM telah berjaya mengadakan ย Hari Inovasi buat kali yang ke lima pada 21 Mei 2017, bertempat di Dewan Kolej Tunku Cancelor.

Pertandingan kali ini melibatkan 51 produk inovasi untuk pendidikan yang dibangunkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus MPPU1003 Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan UTM PM Dr Azlina Mohd Kosnin.

PM Dr Azlina Kosnin

Tahniah kepada semua yang berjaya. Yang tidak berjaya… kami percaya anda telah memperolehi ilmu yang boleh dikongsikan dengan pelajar-pelajar dimasa depan.

Terima kasih juga buat semua Jawatankuasa yang telah berusaha untuk menjayakan majlis pada kali ini.

Anugerah Webometrik kategori Individu 2017

Pada tahun 2016, saya telah terpilih sebagai salah seorang finalis dalam kategori Anugerah Webometrik Kategori Individu ini di Majlis Citra Karisma 2016. Semasa dijemput oleh wakil urusetia Citra Karisma, saya menerima jemputan dengan niat untuk bersama-sama meraikan sahaja. Menang itu sangatlah jauh daripada fikiran saya kerana saya digandingkan dengan mereka yang saya sendiri kenali sangat aktif dalam dunia blog. Salah seorang daripadanya adalah En Fuad Yusof daripada Perpustakaan UTM. Tetapi, mungkin rezeki saya tahun lepas apabila terpilih sebagai pemenang.

Tahun ini, apabila saya melihat nama beliau sebagai calon finalis Anugerah Webometrik kategori Individu, saya tahu bahawa beliau akan menang. Ini kerana, beliau semakin aktif dalam penulisan blog dan pembangunan video montaj serta rakaman temubual sepanjang tahun 2016. Malah, video Keunggulan Terbilang (Lagu Rasmi UTM) yang baru juga adalah hasil kerjasama beliau bersama beberapa staf UTM yang lain.

Credit gambar daripada En Supandi Bunangin.

Tahniah En Fuad Yusof, semoga kerajinan anda berkongsi idea dan cerita di UTM kepada semua akan diikuti oleh rakan-rakan kita yang lain. Siapa kata staf bukan akademik tak boleh menulis blog. He is the living proof.

 

Car free Day UTM

Today is UTM Car free day. It is one of the UTM campus sustainability programme. The target of this initiative is to reduce air pollution, to promote a healthy lifestyle and to improve environmental awareness among campus community. Every Thursday, first week of the month,ย  all the petrol or diesel vehicles are prohibited from entering the inner circle route on campus (Lingkaran Ilmu area)ย  from 8am until 5pm. Faculty of Education obviously affected since its buildings are located in the middle of campus.

Walking from the car park (Zone 1 Laman Menanti) to the C15 building is quite a challenging activity for someone cute ( read obese >_<) like me.ย  Luckily the weather is so nice.

Check out the link for this good initiative by UTM. See u next month dear “UTM Car Free Day “. ๐Ÿ™‚

Peperiksaan akhir semester 1 sesi 16/17

Salah satu tugas pensyarah adalah jaga exam. Nak kena pastikan pelajar hadir ke tidak, seksyen betul ke tak, faham soalan ke tidak…

Peperiksaan bukanlah satu hukuman. Ia bertujuan untuk menilai kefahaman pelajar. Jika positif… Alhamdulillah. Jika negatif… kenalah cek balik dimana yang silap. Pada pelajar ke… pada pensyarah ke… pada subjek itu sendiri.

All the best to my student. Kami pensyarah sentiasa harapkan yang terbaik buat semua….

Selamat tahun baru 2017

2016 dah pun berakhir. Bertambah setahun lagi usiaku. Entah selesai atau tidak tanggungjawab terhadap tugas di UTM dan keluarga. 

Tahun 2016, lebih banyak tumpuan pada menyelesaikan KAI di pejabat baru. Banyak benda yang rasanya boleh diperbaiki lagi… jika dapat diulang semula. Namun masa tidak menanti kita… 

Tahun 2017 menanti dengan pelbagai liku terutamanya melibatkan kewangan bagi semua staf UTM. Perlu mengekalkan momentum kerja dengan dana yang semakin mengecil. Bukannya mudah…

Mengeluh bukanlah jalan penyelesaian. Menyalahkan orang lain takkan membawa kita ke mana-mana. Mengelak daripada melaksanakan tugas bukan pula jalan terbaik. Semoga janji yang dibuat awal tahun ini dapat dicapai akhir tahun nanti… 

Sebagai ibu… tahun ini bertambah satu lagi tugas. No 1 akan ambil peperiksaan UPSR. Kerjasama dengan pihak sekolah akan bertambah. Dia kumasukkan ke pusat tuisyen kerana format peperiksaan yang berubah. Dengan satu lagi harapan agar dapat fokus dan lebih cemerlang. Tapi pengajian agama juga tak boleh dilewa… masih pening menguruskan jadual dan masa dia dan aku sendiri. 

2 hari ini, menguruskan bas dan menyusunatur jadual ketiga-tiga hero kecilku. Kepala fikir kerja… hati fikir anak. Risaunya terutama No 3… dah darjah 2 tapi masih lagaknya tak berubah.

No 1 dan no 2 pula… tahun ni pertama kali berjalan kaki balik daripada sekolah. Dah hari kedua masih lagi adik hilang abang.. abang hilang adik. Risau makin bertambah2 lagi di hati ini.

Semoga kau mudahkanlah urusan kami Ya Allah. Mendidik manusia menjadi hambamu yang berilmu, beriman, bertakwa dan beramal soleh.