Pernah tak berlaku dimana anda jumpa satu fail rujukan berformat pdf yang sangat sesuai untuk kajian literatur tapi tak boleh buat apa-apa? Tak boleh copy atau paste fail tersebut…Pernah tak?
Nak print pun tak boleh kan…Susahnya nak teruskan penulisan.
Nak tau tak macamana nak crack fail pdf supaya boleh kita teruskan aktiviti copy, paste dan print macam biasa?
Cuba klik pada artikel berikut, InsyaAllah masalah anda akan selesaiiiii 🙂
On 19 November 2013, UTM was honored to have Sir John Daniel, President and CEO Commonwealth of Learning, Vancouver. He came to give a public lecture by topic “The Future of MOOCs in Education”
He claimed that there is a serious gaps between higher education skill and the job market all around the world. He also put up 13 critical points on educational perspective in USA such as : In 2012, enrolment student in Higher Institution declined 2.3% in 15 years and Student debt has doubled since 2007. He then share his opinion on MOOCs.
His detailed of speech slides can be download from his website http://www.sirjohn.ca
Analisis SEM atau Structural Equation Modeling merupakan kaedah untuk mengenalpasti hubungan sebab-akibat antara beberapa pembolehubah dalam kajian kuantitatif. Contohnya jika anda ingin mengesahkan bahawa faktor pendapatan keluarga, bilangan adik beradik dan aras IQ boleh mempengaruhi EQ pelajar.
Jika anda ingin belajar mengenai analisis ini, dapatkan buku Statistik Penyelidikan Lanjutan Buku 5 oleh Chuan yan Piaw. Dalam bab 9 ada dibincangkan kaedah analisis ini dengan terperinci beserta contoh. Sangat sesuai untuk newbie ( penyelidik baru).
Anda juga perlu perisian AMOS untuk memudahkan anda memahami analisis ini. Bagi pelajar, sila download AMOS for Student menerusi link berikut
Ia percuma. Hanya terdapat sedikit kekangan kerana terhad kepada 8 observed variables dan 54 parameter sahaja. Data boleh disimpan dalam perisian SPSS atau Excell.
Bagi pelajar UTM, anda boleh muatturun AMOS dalam pakej SPSS 16. Ia tidak terhad kepada bilangan pembolehubah dan parameter tetapi perlu dipasang pada PC dalam rangkaian UTM sahaja.
Bila stress, salah satu terapi yang saya gunakan adalah membaca. Selalunya yang menjadi pilihan adalah buku motivasi yang boleh saya jadikan rujukan.
Buku Asam Pedas Gula Melaka oleh Norbi Husin ini saya beli di Badan Book Store, Angsana Johor Bahru. Harganya RM43.00, 590 mukasurat.
Kisah suka duka kehidupan seorang pengetua dalam mentadbir sekolah dikongsi dengan sangat menarik. Dalam masa seminggu, habis buku ini saya baca. Menarik… sangat menarik.
Walaupun buku ini berkisah tentang pengetua sekolah, ia sangat mudah dikaitkan dengan semua jawatan pentadbir. Bagaimana mengenalpasti masalah, mengawal pekerja bawahan, memberi impak dari segi motivasi dan teguran…. Menarik.. sangat menarik.
Jika saya berjumpa dengan buku ini diawal masa saya memegang jawatan sebagai Pengurus Teknologi Maklumat di Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) dulu, mungkin saya akan mengubah sedikit pendekatan pentadbiran yang saya laksanakan.
Tidak kira samada anda memegang jawatan sebagai pentadbir yang besar atau yang kecil… buku ini akan dapat memberi sedikit idea mengenai cara melaksanakan tugas dengan baik, merancang dan mengawal pekerja bawahan kita. Menarik… mungkin sebab itulah buku ini telah diulang cetak sebanyak 3 kali.
Sebagai pensyarah bagi kumpulan pelajar yang bakal menjadi guru, salah satu yang perlu sentiasa diterapkan kepada mereka adalah sifat seorang guru.
Bagaimanakah sifat seorang guru sepatutnya ditunjukkan oleh mereka?
Sabar – bukan mudah mengawal kelas yang ramai, dengan perangai yang pelbagai Penyayang – mengambil berat semua anak murid walau berbeza latar belakang dan budaya Jujur – sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak murid Adil – tidak membezakan yang pandai dan yang lemah Ikhlas – walau letih dengan pelbagai tugas tambahan yang bakal diterima
Buku oleh Norbi Husin ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau sejak hari pertama bersekolah. Beliau menggambarkan bagaimana seorang guru yang beliau suka semasa kecil. Kita juga tentu ada guru yang kita suka dan sayang semasa zaman persekolahan… bagaimana sifat mereka itu….
Buku ini juga menggambarkan pengalaman beliau sejak menjadi guru hinggalah beliau dinaikkan pangkat sebagai pengetua sekolah. Sifat bagaimanakah yang beliau tunjukkan hingga menjadikan beliau seorang yang dipercayai oleh pihak atasan dan disayang oleh anak murid.
Mungkin ada pengalaman beliau yang berbeza… tak akan dilalui oleh bakal guru seperti menjadi warden asrama… tetapi sebahagian besar cabarannya adalah sama.
Penulisan bentuk cerita dan sketsa sangat santai dan mudah menyentuh hati yang memahaminya. Salah satu bab yang aku gemari adalah mengenai guru yang mengambil DPLI namun tidak berminat untuk mengajar. Beliau menjadi guru kerana desakan keluarga akibat tiada pekerjaan yang terjamin. Kasihan anak murid beliau….
Kini, cabaran sebagai guru semakin besar. Jika anda ingin memasuki kerjaya sebagai guru, mungkin perlu betulkan niat anda… bacalah buku ini untuk mengetahui liku2 perjalanan seorang guru …. walaupun orang kata kerja guru senang, tengahari dah balik… Betulkah? Gurukah itu?
Pada 7-10 Oktober 2013, Fakulti Pendidikan UTM cengan kerjasama UM dan Universitas Negeri Jakarta telah mengadakan seminar antarabangsa ISQAE di KSL Resort Hotel, Johor Bahru.
Seminar ini disertai oleh lebih 150 orang peserta daripada pelbagai negara yang membentangkan kertas kerja dalam bidang yang pelbagai seperti asas pendidikan, pengurusan pendidikan, pendidikan teknikal dan vokasional, pendidikan formal dan tidak formal dan lain-lain lagi.
Kebanyakan pelajar yang menyambung dalam bidang sarjana atau doktor falsafah samada di Malaysia mahupun Indonesia, banyak mengambil peluang membentangkan dapatan kajian mereka di seminar ini kerana yuran yang agak murah. Peluang ini dapat membantu memberi mendapat pendedahan awal dalam bentuk membina keyakinan untuk berkongsi kajian masing-masing. Ia juga sangat baik kepada pelajar untuk membina rangkaian dengan peserta lain yang menjalankan kajian yang lebih kurang sama.
Semoga semua yang terlibat dalam seminar ini samada pembentang mahupun peserta biasa dapat memperolehi manfaat untuk pembelajaran mahupun kerjaya masing-masing.
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mendaftar Program Ijazah Sarjana (Msc) atau Ijazah Kedoktoran ( Phd) di institusi pengajian tinggi, terutamanya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Bagi pelajar yang mengambil bidang sains sosial seperti Pengurusan, Perniagaan, Pendidikan dan sebagainya, salah satu buku yang digalakkan anda menggunakannya adalah
Buku Kaedah Penyelidikan oleh PM Dr Chua Yan Piaw.
Buku ini memberi gambaran ringkas mengenai apa itu Penyelidikan Sains Sosial merangkumi topik Asas Penyelidikan, Rekabentuk Penyelidikan, Pensampelan, Pengukuran, Instrumen dan Laporan Penyeldikan.
Buku ini ditulis dalam bahasa Melayu. Bahasa yang digunakan amat mudah difahami oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan bidang penyelidikan. Contoh yang digunakan juga mudah dan sesuai dengan penyelidik amatur.
Saya sendiri menggunakan buku ini sebagai rujukan pertama semasa membuat kajian dengan Bahagian Teknologi Pendidikan dulu. Boleh diperolehi di mana-mana kedai buku di seluruh Malaysia. Cuma, selalunya kehabisan stok 🙂
Kalau ada Majlis kenduri kahwin yang jauh… Kena balik bermalam. Pastikan anda tinggalkan baju kurung kat rumah. Nescaya, boleh pujuk En Suami belikan baju kurung readymade dekat kawasan berdekatan. Mesti dapat punyalah…
Cuma, ada syarat.
1. Saiz anda dengan ibu mertua, adik atau kakak ipar tak sama 🙂 2. Kenduri rumah belah suami