Pemantauan Berkaitan Projek R&D MOSTI- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Ts. Dr. Muhammad Hanif Bin Ramlee

Pada keheningan Khamis petang lalu (29 Ogos 2024), Program Pemantauan Projek R&D MOSTI- UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)( TDF12221651) -” In Vitro and In Vivo Investigation of Bioabsorbable Carbon Nanofiber Reinforced Mg-Zn Composites as Orthopaedics Implant” (Milestone 1) telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Ogos 2024 (Khamis)

Masa : 2.30 petang – 4.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat 1, Aras 2, Blok F54, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), 81310 UTM Skudai, Johor

Saya telah mempengerusikan sesi pemantauan tersebut. Alhamdulillah, pemantauan Milestone pertama telah berjalan lancar. Ini juga kali pertama saya bertemu dengan ahli panel subject matter expert baru, iaitu Prof. Ir. Ts. Dr. Hj. Solehuddin Shuib dari UiTM Shah Alam, pakar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Lawatan Tapak dan Pemantauan Kali Ketiga bagi Projek Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) 2/2020

Lawatan Tapak dan Pemantauan Projek MyLab Prof. Dr. Suhairul Hashim di kilang research partnernya di Billion Prima Sdn. Bhd., Kulai. Walaupun ada beberapa cabaran dan perkara yang perlu dibuat. Saya telah mewakili RMC UTM bersama-sama pasukan pemantauan projek dan kewangan. Alhamdulillah dipermudahkan.

Panel Mylab kali ini diketuai oleh Prof. Dr. Azlan (UKM) dan disertai oleh Prof. Dr. Widad (USM), Puan Maryatinie, En. Azlan dan lagi 2 orang staf Mylab.

Projek MyLAB daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai oleh Prof. Dr. Suhairul bin Hashim bertajuk “Wireless Transmission System For Radiation Portal Monitoring (MyRPM)” telah diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh          :   22 Ogos 2024 (Khamis)

 Masa           :   9.00 – 11.45 pagi  

Tempat        :   Billion Prima Sdn. Bhd., Kawasan Perusahaan Sri Sengkang, 81000 Kulai, JOHOR