Mula Dulu Sikit – Sikit, Buat Sampai Semua Kemas.
𝐃𝐮𝐥𝐮 𝐒𝐮𝐤𝐚 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐑𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐭, 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢 𝐌𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐄𝐦𝐚𝐬.
Hari ini kita ada macam2 jenis platform untuk dapatkan emas,
tapi beli & dapat emas fizikal di tangan harus menjadi ASAS bagi kita menabung secara bijak.
Kebanyakan di luar sana mempunyai emas jenis akaun dan digital.
Hakikatnya emas yang kita beli harus wujud serta boleh disentuh, dilihat dan di bawa pulang.
Sebab itu jugak lah, sebagai seorang penyimpan emas harus sekali kita fahami asas ni.
Baru lah tak kena scam sana sini.
Jika hari ini kita takut nak simpan emas.
Satu hari nanti kita pasti akan lebih takut simpan duit kertas.
Ini disebabkan nilai wang kertas bukan terletak pada kertasnya tapi terletak pada jaminan sesebuah kerajaan.
Pada kertas itu sendiri sebenarnya tiada nilai sebenar. Ia tiada nilai intrinsik (melekat). Ia hanya bernilai disebabkan nilai yang ‘dipaksa’ ke atasnya.
Sebab itu kerajaan tulis “Wang kertas ini dah diperlakukan dengan nilai..” itu jaminan kerajaan.
Semoga semakin ramai yang akan faham hakikat sebenar ini dan mula menyimpan emas sebagai simpanan jangka masa panjang.

