Satu program Lawatan yang melibatkan delegasi guru-guru dari sekolah-sekolah sekitar daerah Kluang seramai 89 orang telah selamat berlangsung dengan penuh jayanya di Pusat Islam pada 22 September 2026.
Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di samping berkongsi maklumat serta amalan terbaik berhubung pengurusan program keagamaan, pembangunan sahsiah murid, dan aktiviti dakwah di peringkat daerah.
Ketibaan para guru telah disambut oleh pihak pentadbiran Pusat Islam. Aturcara diteruskan dengan taklimat ringkas oleh Ustaz Mahyudin bin Md Sarip berhubung peranan Pusat Islam, lawatan ke sekitar fasiliti dan kemudahan yang disediakan serta penyerahan cenderahati daripada Pusat Islam UTM kepada ketua delegasi lawatan tersebut..
Terima kasih diucapkan kepada semua warga pendidik yang hadir dan menjayakan program ini.
Semoga segala perkongsian ilmu dan pandangan memberi manfaat berpanjangan buat kita semua!







