Doa Untuk Arwah Mak Bapak

Related image

Al fatihah utk arwah bapak yg meninggal pada 26 Mei 2019 dan mak yang meninggal pada 6 Jun 2019 (10 hari bapak meninggal dunia)

Perancangan Allah yang maha hebat, cinta mak bapak yang sehidup semati..yang tidakย  terduga oleh kamiย  mak yang sihat juga menyusul meninggalkan alam yang fana ini ..bila mana kami redha bapak yang tidak sihat telah meninggalkan kami, kami meredakan kesedihan itu dengan beranggapan masih ada mak di sisi kami…tidak terjangka juga di malam hari raya semuanya bermula..Allah maha besar.. kami yang kerdil ini tidak nampak kebesaranNya

nazak awal? semuanya tk perasan..kalaulah kami tahu itu nazak awal akan kami berkumpul dn baca yassin utk mak, kami cuma usahakan bawa mak pergi ke hospital dn Doc sahkan paru-paru mak dh rosak dan tiada harapan..ilmu manusia tak dapat nk menandingi kuasa hebat Allah….saat itu kami adik beradik berkumpul, ajarkan mak mengucap dan bacakan yassin akhirnya mak pergi jua ๐Ÿ™ ..terlalu singkat masa bersama mak..tak sempat kami untuk berjasa menjaga mak..seperti mana mak menjaga kami semasa kecil, mak juga berbakti menjaga bapak semasa hayatnya

Perginya bapak di bulan ramadhan yang mulia, perginya mak selepas sebulan berpuasa ramadhan, semoga keduanya diberikan ganjaran Jannah Allah, tanpa dihisab, diperluaskan kubur keduanya, moga Allah jadikannya seperti taman-taman syurga, disatukan keduanya bersama seluruh ahli keluarga kami akhirnya di syurga…aamiin

Ku buang perasaan sedih ni jauh-jauh..ku tetapkan dalam hati ku..mak masih ada, mak cuma pergi sekejab saja..setiap detik memang tak pernah tk ingat mak, doa ku titipkan kepada keduanya setiap kali solat dan waktu tidurku..rindu yang tak terungkap..

 

Speak Your Mind

*