Archives for January 2020

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Mudah & Sedap, Confirm Tak Jemu!

Selain lemang dan ketupat, biskut raya merupakan menu yang wajib ada di rumah setiap kali menjelang hari raya. Pendek kata, kalau tak ada biskut tidak berserilah raya betul tak?

Jadi untuk lebih kepuasan apa kata korang cuba sendiri resepi biskut Cornflakes Crunchy ini. Dijamin sedap, selamat mencuba!

Bahan-bahan

Mood raya dah ONZ ke?
Jom buat biskut ni, senang yakmat

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy

Bahan-bahan :

250g (1 ketul) buttercup/planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil/ 1 penutup botol esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya (Cik Tom guna separuh kotak)
Hiasan : ceri (tak nak pun takpe)

Cara-cara:

– Satukan butter, gula aicing dan esen vanila menggunakan senduk. Kacau sebati je, takyah lama-lama.
– Dah sebati, masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit okey.
– Adunan memang lembik ye. Masukkan cornflakes yang dah diramas dan gaul sebati.
– Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/planta.
– Jarakkan sebab biskut akan mengembang sikit.
– Panaskan oven suhu 160’c masa bakar 20minit atau ikut oven masing-masing.

*Harum mewangi bila dah siap masak

#dapurciktom
#biskutcornflakescrunchy
#resepibiskutcornflakes

Cara-caranya

Kacau rata butter/gula aicing/esen vanila.

Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Adunan memang lembik, so jangan panik. Jangan nak tambah tepung pulak. Babap kang.

Masukkan cornflakes yang dah diramas dan gaul sebati.

Sudukan atas loyang yang dah disapu butter/planta. Jarakkan sikit.

Boleh hias dengan ceri kalau nak. Taknak pun takpe, biar kosong je.

Helok kejadian dia uiii.

Wangi dan yummy

Dah siap bakar. Wangi dan Yummy

Selamat mencuba.

Popia Dalam Peti Ais Banyak Lagi Lebih? Jom Buat Popia Pepero, Confirm Ketagih!

Setiap tahun kulit popia pasti menjadi pilihan pembuat kuih raya kerana pemintaan tinggi dari pelanggan. Malah, ada sahaja resepi baru menggunakan kulit popia sebagai bahan utama. Kali ini, wanita ini kongsi resepi menggunakan kulit popia yang lain dari yang lain. Sekali tengok macam sedap, dua kali tengok terus rasa nak buat! Jom cuba!

Bahan-Bahannya

1.Popia tak kisah apa apa jenama

2. Oreo guna brand nie. Dia dah siap hancur. Beli kat kedai cake. Harga dalam rm13

3. White coklat guna brand nie. Cairkan guna kaedah double boil. Beli kat kedai cake jugak. Harga rm15.90

Cara-cara buat

– Kalau guna yang kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian -> gulung -> lekatkan ujung dia dengan air.
– Kalau guna yang kulit popia yang kecik, terus gulung sahaja -> lekatkan ujung dia dengan air
– Goreng hingga keperangan

Kaedah Double Boil


– Cairkan white coklat guna double boil , bila dah cair celup pada kulit kulit popia , pastu balut pula dengan oreo.
– ** kalau guna coklat balutkan dengan badam sedap.
– ** badam leceh sikit sebab nak kena sangai dulu
– tak perlu letak dalam peti sejuk.
– Siap!

Bosan Dengan Cornflakes Madu, Korang Boleh Cuba Salted Egg Cornflakes Crunchy Yang Viral Ini!

Setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri, pelbagai jenis kuih muih boleh didapati dan antara kuih kegemaran orang ramai ialah kuih cornflakes madu. Setiap kali musim perayaan, kuih cornflakes madu mendapat permintaan yang tinggi.

Namun, apa kata korang tukar selera tahun ini dengan mencuba salted egg cornflakes crunchy. Resepi ini dikongsikan oleh Normaidani Malek melalui akaun Facebooknya dan mendapat lebih 3 ribu perkongsian.

Salted Egg Cornflakes Crunchy

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Salted Egg Conflakes Crunchy!

120 gram – Planta/magerin/butter.

2 – tangkai daun kari.

3 – tangkai cili api merah (hiris).

70 gram – serbuk Salted Egg (beli di kedai bahan bakeri).

1 – sudu kecil gula.

250 gram – conflakes

Jangan sejukkan bawah kipas

Cara-caranya:

Panaskan planta/magerin/butter dan masukkan daun kari. Kacau sehingga sebati.

Masukkan serbuk Salted Egg dan cili. Masuk gula. Kacau sebati.

Masukkan conflakes, gaul sehingga conflakes bersalut. Tutup api.

Boleh simpan dalam balang bila conflakes dah sejuk.

*Sikit tips untuk salted cornflakes, lepas gaul dengan bahan-bahan bakar dalam oven dalam 10-15 minit untuk kekalkan kerangupannya. Jangan sejukkan bawah kipas ye.

10 Menu Wajib Ada Setiap Kali Hari Raya! Sedapnya!

Bulan Ramadan bakal berakhir dan kehadiran Syawal disambut penuh meriah. Ramai yang dah tak sabar untuk berkumpul satu keluarga di kampung, menziarahi sanak saudara dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Paling seronok bila tiba hari raya ni mestilah juadah yang ada di pagi raya.

Setiap kali raya mesti ada menu yang wajib ada atas meja makan. Kira kalau tak ada makanan tu kira tak sah lah raya korang. Ini antara menu wajib yang perlu ada pada pagi raya korang.

Ketupat

Ada beberapa jenis ketupat yang boleh didapati sewaktu musim perayaan ini seperti ketupat palas dan ketupat nasi. Ketupat palas biasanya menggunakan daun palas untuk membalutnya dan diisi dengan beras pulut manakala ketupat biasa menggunakan beras biasa dan daun kelapa. Dari segi luaran ketupat palas lazimnya berbentuk segi tiga dan ketupaat biasa berbentuk segi empat.

Lemang

Lemang merupakan salah satu simbolik hari raya. Walaupun cara pembuatan lemang agak merumitkan tetapi menu ini menjadi kegilaan ramai. Buluh yang diisi dengan beras pulut dan santan yang dilapikkan dengan daun pisang perlu dibakar sehingga masak untuk menghasilkan lemang. Korang jangan risau kalau tak tahu nak buat lemang, zaman sekarang ramai peniaga lemang. Korang boleh beli je.

Rendang

Dah ada ketupat dan lemang mesti kena ada lauknya. Hidangan utama untuk hari raya semestinya rendang. Tak kira lah rendang ayam ke daging ke, rendang merupakan satu juadah hari raya yang memberikan korang susana hari raya. Rasa rempah rendang ni memang sungguh menyelerakan. Campuran bahan seperti santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik pasti membuat korang tersandar kekenyangan lepas makan.

Kuah lodeh

Kalau tadi ada rendang ayam dan daging, ni sayur pulak iaitu kuah lodeh. Kuah yang kekuning-kuningan ini sangat sedap dimakan bersama ketupat dan rendang. Kombinasi sayur kobis, kacang panjang, timun, lobak merah, tempe dan tahu beserta kuah lemak pasti mengiurkan korang.

Sambal goreng

Selain kuah lodeh, sayur yang menjadi menu wajib semasa hari raya ialah sambal goreng. Sambal goreng masakan orang ni sedap dimakan bersama nasi impit. Rata-rata orang Johor tahu resepi ini yang mengandungi udang, tempe, tahu, lobak merah dan lain-lain lagi.

Kuah kacang

Dah ada sambal goreng kenalah ada kuah kacang. Kalau hari biasa kuah kacang dihidangkan makan bersama sate, tetapi bila hari raya ni korang boleh makan dengan nasi impit dan sambal goreng. Kombinasi ni mesti buat korang tak cukup sepinggan nasi impit punya la. Rasa kacangnya sendiri boleh buat korang makan apa saja dengan kuah ni.

Sambal tumis udang

Siapa kata masa hari raya tak ada makanan laut? Korang kena ada sambal tumis udang di pagi raya korang nanti. Baru la hari raya korang lengkap. Sambal tumis udang ini bukan sahaja boleh di makan dengan nasi putih saja, dengan nasi impit -pun boleh. Rasa manis-manis udang tu buatkan korang ketagih untuk terus makan tanpa henti.

Ayam masak merah

Selain dari rendang ayam, korang perlu ada ayam masak merah di pagi raya korang. Ayam masak merah ni mudah untuk dimasak berbanding rendang, disebabkan itu juga dia menjadi pilihan utama di pagi raya.

Nasi minyak

Siapa kata nasi minyak hanya dapat waktu majlis perkahwinan sahaja? Nasi minyak juga merupakan salah satu menu wajib hari raya. Bagi sesiapa yang tidak mahu makan lemang dan ketupat, boleh cuba makan rendang atau lauk-lauk lain seperti ayam masak merah bersama-sama dengan nasi minyak. Walaupun menu nasi minyak nampak biasa tetapi kelazatan nasinya tiada tandingan.

Nasi dagang

Selain nasi minyak, nasi dagang juga merupakan menu yang perlu ada di pagi raya korang. Baru la rasa sauasana desa bila makan nasi dagang ni. Nasi dagang ni satu hidangan yang lengkap. Cukup makan satu pinggan, korang boleh rasa kelazatan dari sudut yang berbeza.

Lepas ni, korang boleh la siap sediakan makanan-makanan ini menjelang pagi raya nanti. Baru mood raya korang tu turn on. Juadah-juadah ni memang dah disajikan sejak dahulu lagi. Kiranya menu nenek moyang kita waktu hari raya dulu. Selamat Hari Raya!

8 Menu ‘Rare’ Korang Boleh Masak Untuk Buat Open House Raya

Musim perayaan ni mesti banyak rumah yang mengadakan majlis rumah terbuka. Setiap hari ada sahaja jemputan ke rumah terbuka tak kiralah saudara mara ke kawan-kawan. Pergi rumah terbuka mesti dihidangkan dengan makanan-makanan yang hampir sama setiap rumah. Naik jemu pun ada, tapi kalau tak makan tuan rumah kecil hati.

Korang mesti nak mengadakan majlis rumah terbuka juga tetapi mestilah nakkan kelainan dari rumah-rumah terbuka sebelum ni. Makanan perlu rare bagi tetamu makan supaya diorang tak jemu makan. Di sini kami cadangkan untuk korang beberapa menu rare yang boleh dihidangkan semasa majlis rumah terbuka korang tu.

Rendang kerang

Kebiasaannya mesti korang dihidangkan dengan rendang daging ataupun ayam. Apa kata bila majlis rumah terbuka korang, cuba hidangkan tetamu dengan rendang kerang. Jarang orang hidangkan rendang kerang ni. Masih ada tradisi rendangnya di situ. Tetamu pun mesti suka sebab dapar merasa rendang selain ayam dan daging.

Sup tulang

Sup tulang mungkin nampak biasa di hari-hari lain selain hari raya. Benda yang tidak dapat pada hari raya macam ni korang patutnya hidangkan untuk tetamu. Sebab tetamu mungkin sebelum ke rumah korang dah makan rendang, ketupat dan lemang. KOrang kena la hidangkan sesuatu yang orang tak sangkakan korang akan hidang.

Mee bandung

Nak hidangkan sesuatu yang lain dari yang lain korang boleh cuba mee bandung. Jaranglah kalau kita pergi rumah orang dihidangkan mee bandung. Korang kenalah cuba hidangkan ini. Pasti tetamu nak datang lagi rumah terbuka korang tahun depan sebab menu yang korang hidangkan unik.

Laksam

Korang hidangkan laksam masa majlis rumah terbuka pasti tetamu korang tak pandai nak balik rumah. Mana taknya, kalau pergi rumah lain, paling-paling pun mee goreng. Menu yang sebeginilah yang harus korang jadikan hidangan semasa rumah terbuka. Kalau korang hidangkan menu yang biasa nanti sama dengan rumah sebelum ni, dah tak habis. Membazir nanti!

Yong tau foo

Yong tau foo ni memang rare kalau korang hidangkan masa majlis sambutan rumah terbuka. Resepi masakan cina ni pasti membuat tetamu jemputan korang terpukau. Cara penyediaannya pun mudah tetapi yang penting enak dimakan. KOrang mesti dipuji oleh tetamu lepas hidangkan makanan sebegini.

Roti jala

Roi jala ni memang nampak macam biasa tapi bila korang hidangkannya bila majlis rumah terbuka, terus jadi luar biasa. Makan sambil cicah dengan kuah kari bersama isi ayam memang sungguh menyelerakan. Hidangan ini kelihatan seperti makanan ringan tetapi cukup membuat tetamu korang kenyang dan seronok hadir rumah terbuka korang.

Soto ayam

Korang inginkan sesuatu yang menarik untuk dihidangkan? Korang boleh cuba hidangkan soto ayam untuk tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka. Tak ramai yang menghidangkan makanan sebegini terutama pada musim perayaan. Korang pasti menjadi salah satu tuan rumah yang sangat kreatif kerana berjalan menarik hati tetamu dengan keunikkan makanan.

Spagheti daging sos tomato

Korang juga boleh menyediakan masakkan barat ketika majlis rumah terbuka seperti spagheti daging sos tomato. Menu ini sungguh mudah untuk disediakan dengan hanya perlu merebus spagheti dan sediakan sosnya. Cukup rare bila korang bagi tetamu makan makanan barat ketika sambutan hari raya.

Lepas ni korang mesti ada idea nak hidangkan apa untuk majlis rumah terbuka. Cuba sediakan makanan yang jarang orang hidangkan supaya tetamu korang tak jemu. Selamat hari raya!

Raya Hari Itu Tak Puas Makan Lemang? Boleh Cuba Resipi Lemang Tin DIY Ini, Mudah Je!

Meskipun sudah seminggu kita meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan suasana yang sangat meriah. Namun, kita mesti tidak melepaskan peluang untuk mengadakan open house dan mengambil peluang untuk menjemput kenalan atau keluarga jauh.

Tetapi, cukup ke hidangan makanan kita nanti? Kalau takut makanan tak cukup, apa kata anda cuba resipi lemang DIY dalam tin pula. Tak perlu bersusah payah nak bakar dalam buluh. Cuma pakai tin minuman dan daun pisang je.

Bahan ringkas

Cara-cara buat lemang tin

Boleh bakar guna oven

Resepi Mudah Walnut Carrot Cake Patut Korang Cuba, Sebijik Rasa Dekat Bakeri!

Bahan C (bahan blend) :
* 2-3 biji telur gred A
* 2 cwn minyak jagung
* 1sb ovalette
* 1 1/2 cwn gula (saya pakai 1 cwn je sebab tak suka manis, tapi rasa cake just nice.)
* Secubit garam.

Cara-caranya

1) Masukkan bahan C ke dalam blender & kisar (telur + gula + ovallette, 3 minit dan baru masukkan minyak jagung beserta garam, blend lagi 2 minit)
2) Tuang adunan yang diblend td ke dlm mangkuk besar.
3) Masukkan carrot & kacang walnut. Gaul sebati.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit & kaup balik hingga sebati.
5) Dah sebati, tuang adunan ke dalam loyang yg di alas parchment paper.
6) Bakar dengan suhu oven 160°c selama 45-50 minit (menggunakan api atas bawah)

Tips


* Hentakkan loyang setelah adunan dimasukkan ke dalam loyang utk mengelakkan gelembung udara.
* Pastikan oven dipanaskan dulu selama 10 minit sblm kek dibakar
* Setelah cake masak, boleh check menggunakan lidi untik pastikan cake dah betul betul masak & buka pintu oven sikit, biarkan cake sejuk.

Cream cheese topping (blend):
* 250g Tatura cream cheese
* 5-6 sb susu pekat

– Dah siap & cake pun dah sejuk, blhlah sapu atas carrot cake tadi.
– Siap!

Tak Perlu Kejar Air Milo Lori, Ini Resepi Mudah Boleh Korang Cuba! Sedapnya..

Kalau sebut pasal air milo, pasti semua terbayang kelazatan air milo lori yang kita sering nikmati zaman sekolah. Walaupun dapat segelas kecil, kita sanggup beratur panjang menunggu giliran untuk mendapatkan milo lori. Memang rugi kalau tak ambil!

Ramai tertanya-tanya adakah milo yang mereka gunakan lain seperti milo kita gunakan, kerana rasa milo berkenaan lebih sedap berbanding kita bancuh dirumah. Kali ini kami kongsikan resepi milo mudah yang sebijik rasa air milo lori. Jom cuba!

Tips air milo lori

Suatu hari pergi 1 event. Ada percuma air milo atas lori. Saya tengok pekerja milo tengah bancuh air. Saya tanya napa air milo free ni sedap sangat. Tak sama yang kita buat. Dia kata masa bancuh air perlu panas.

Campuran susu pekat manis sama ngan susu cair.. milo pula jangan kedekut dan jangan campur gula. Dia bagi resepi untuk 1 tong besar. Tapi saya kecilkan.

Resepi mudah

10 sudu besar serbuk milo
1/2 liter air panas.
1/2 liter air sejuk.
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu manis
Kacau rata semuanya dengan air panas.
Campurkan air sejuk.
Masukkan air batu…fuhh..kaw kaw.

Ini Tips & Bahan Rahsia Resepi Sambal Ikan Bilis Tahan Lama Berbulan-Bulan, Confirm Sedap!

Sebut sahaja sambal pasti ramai terbayang kesedapan sambal ikan bilis betul tak? Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama nasi lemak, lempeng dan roti. Sambal juga menjadi pilihan kaki travel kerana tahan lebih lama berbanding makanan lain.

Menerusi facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), Koi Salz Eimas kongsi resepi dan tips sambal ikan bilis tahan berbulan-bulan. Yang penting sedap!

Resepi sambal bilis sedap

Assalam semua warga MAHN. Ok rentetan posting semalam dari sahabat Kak Koi Cikgu Zazo Mohammad, tak sangka ramai sangat yang like ramai sangat yang share resepi sambal bilis warisan dari arwah mak mertua Kak Koi. Orang kampung panggil MAK ANJANG ZAIMAH. Ok dengan ikhlas dan rela hati Kak Koi share ORIGINAL RECEPI untuk panduan semua. Dulu pernah share resepi ni dekat page ni tapi dah bertahun sudah yang anak Kak Koi masak sambal bilis ni. Ramai panggil dia Chef Iyrfan.

Tips sambal sedap dan tahan lama

Ada yang tanya sambal ni manis ke, gula banyak mana. Gini la senang kan, kita yang masak so kita sendiri yang adjust manis dia, masin dia kan. Tapi wajib dalam resepi ni ada gula karamel dan gula melaka.

1. SAMBAL YANG SEDAP DAN BETUL-BETUL MASAK MESTI WARNA MERAHNYA AGAK PEKAT, BUKAN WARNA MERAH CERAH.

2. SAMBAL MASAK BILA MINYAK NAIK KE ATAS.

3. PERLU RENIHKAN SAMBAL LEPAS DAH MASUK SEMUA BAHAN SEBELUM TUTUP API.

4. PERLU BETUL-BETUL MASAK SUPAYA TAK SAKIT PERUT (mak mertua cakap).

5. SAMBAL BILIS INI BOLEH FROZENKAN DAN TAHAN BERBULAN LAMANYA BILA CUKUP MASAK.

So sape nak resepi ni Kak Koi halalkan dan mohon doakn Kak Koi dipermudahkan segala urusan & murah rezeki yer. Arwah mak mertua Kak Koi memang lejen bab sambal bilis ni. So inilah resepi yang sebenar yer :-

Cili kering dalam 2 genggam
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 ulas bsr
– Sume ni blend dengan sedikit air & letak sesudu minyak masak

Tumis gula pasir jadikan karamel

Lepas tu panaskan minyak sampai keluar asap sikit-sikit. Tumis sesudu gula pasir UNTUK JADIKAN GULA HANGUS / KARAMEL & terus kacau laju-laju sampai jadi coklat (WARNA KARAMEL), terus masukkan cili blend tadi.

Kacau sampai naik minyak dan garing, masukkan ikan bilis (Kak Koi suka ikan bilis mata biru Sabah. Selalu kirim dengan kawan yang balik sana) + bawang besar 2 biji hiris lebar-lebar sikit.

#edit IKAN BILIS TAK PERLU GORENG YERR. LEPAS CUCI TU BIAR JE. TUNGGU TURN DIA NAK MASUK DALAM SAMBAL hahahaa. NANTI LEMBUT JE BILIS DOK DENDIAM DALAM SAMBAL TU.

Kacau sampai sebati, masukkn air sama paras dengan ikan bilis dan bawang tadi. Kecikkan sikit api biar dia merenih.

Bila nampak dia macam nak mengering sikit, masukkan air asam jawa, garam 1 sudu kecil (ikut suka masin), sedikit serbuk perasa (jika suka) serta 1/4 potongan gula melaka atau gula kabung atau gula nise (org kelantan panggil). Sambal perlu manis sikit yer. Kalau tak nak manis tu bukan sambal bilis Kak Koi dah hahahaaa. Buh la gula pasir dalam 2 sudu besar atau lebih ikut suka. Tak nak pun takpa. Adjust ikut selera masing-masing.

Kacau lagi sampai semua larut. Ingat masa ni api jangan besar yer. Pastu kalau nampak kering sangat, masukkan sikit air panas.. biar dia macam berkuah sikit.

Hasilnya

Tunggu sampai naik minyak merahh jekk..besarkn api..kacau balikkan..terus tutup api.

Taraaaa..dh siapppp.

Sooooooo SELAMAT MENYAMBAL hahha

P/S : Zura, tenkiu sebab up kan sambal bilis koi ni. Kenan sangat aok yak kikiii

Gambar last tu buat sambal ni Sabtu lepas untuk open house kami. Anak-anak pon tak nak sambal lain. Nak sambal arwah Wan dia jugak.

 

Jana Ribuan Ringgit Jual Creampuff, Gadis Ini Kongsi Resepi Creampuff Gebu, Siap Ada Cheese!

Pemanis mulut seperti creampuff sering menjadi pilihan tidak kira peringkat umur. Isi filling tidak terlalu manis yang diperbuat daripada custard menjadi kegemaran lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Pernah jana beribu-ribu dengan hanya menjual creampuff, gadis ini kongsi resepi penuh menghasilkan creampuff gebu dan enak. Tengok gambar dah terliur, tak sabar nak cuba!

Resepi creampuff gebu

Cara buat puff

Bahan-bahan untuk filling

Cream cheese