Archives for January 2020

Ini Simptom Influenza A Yang Anda Perlu Tahu Dan Cara Untuk Mencegahnya

Baru-baru ini tular di media sosial dan media massa tentang kebimbangan ramai orang berkaitan penularan wabak Influenza A di Malaysia. Ada juga penularan berita tidak benar dengan mengatakan bahawa virus tersebut sama dengan kes pneumonia misteri di Wuhan, China.

Untuk pengetahuan anda, influenza merupakan selsema dimana adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan.

Akan tetapi, wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya akan menyebabkan demam selsema ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi dan berpotensi lalu boleh menyebabkan kematian.

 

Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak bawah 5 tahun, wanita hamil, warga emas berumur 65 tahun dan ke atas, penghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lain serta mereka yang memiliki daya tahan yang rendah.

Simptom-simptom jika anda didapati dijangkiti influenza ini pula adalah demam, batuk, muntah, cirit birit, sakit kepala, sukar bernafas dan kelesuan. Jika anda atau ahli keluarga dapati diri anda mengalami simptom-simptom tersebut, anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital yang berhampiran untuk menjalani saringan influenza dan dapatkan rawatan yang sepatutnya.

Sakit sebab influenza? Jika YA, jadilah seorang pesakit yang cakna dan bertanggungjawab

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Selasa, 7 Januari 2020

Justeru itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan anda di luar sana untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan influenza ini. Anda haruslah memastikan tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, cuci tangan selepas batuk atau bersin dan pakai penutup mulut dan hidung.

Influenza lazimnya dipanggil selesema adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Isnin, 6 Januari 2020

Selain itu, anda juga harus hindari tempat awam dan sesak, dan jangan hantar anak ke pusat asuhan sekiranya terdapat kes influenza serta anda harus dapatkan suntikan vaksin influenza. Jagalah kesihatan anda dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan ini.

Sebelum ini, virus misteri telah menyerang di China dan telah mengejutkan orang ramai. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Senamrobik Perdana Siri 1/2020

CPD pertama tahun 2020 🙂

Wak Haji Masdar Family Day 2019 (Melaka)

Alhamdulilah ke hadrat Allah dapat berkumpul satu keluarga besar legasi Arwah Wak Haji Masdar dan Arwah Hjh Saunah, daripada 10 orang anak, cucu dan cicit di Melaka, 15 dan 16 Disember 2019.

Seperti biasa ada permainan in door sbb musim hujan, mandi pool, bbq dan hari last bertukar-tukar hadiah.

Semoga ukhwah ini dapat diteruskan pada masa akan datang in shaa Allah.

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM Citrakarisma 2019

Majlis diadakan pada 16 Julai 2019, di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

Alhamdulilah, rezeki daripada Mu Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim..last dapat anugerah pada 2006. Masih jawatan yang sama dan berada di tempat yang sama