Resepi Laksa Johor

https://www.facebook.com/seismikmakan/videos/1401239226710764/

Bahan-bahan:

1 paket spaghetti
4 ekor ikan kembung
4 asam keping
2 inci halia
7 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 1/2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan serbuk kari ikan
1 cawan air rebusan ikan
1 cawan santan
2 sudu besar kerisik
1 1/2 sudu besar udang kering
Minyak
Garam

Bahan-bahan (topping):

Daun kesum (dihiris)
Bunga kantan (dihiris)
Kacang panjang (dihiris)
Timun (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Limau

Cara:

1. Rebus spaghetti hingga masak.
2. Rebus ikan kembung dengan 2 asam keping.
3. Kisarkan ikan.
4. Kisar halia, bawang merah dan bawang putih.
5. Tumis bahan kisar, cili kering dan serbuk kari ikan.
6. Masukkan ikan kisar dan air rebusan ikan.
7. Masukkan santan.
8. Masukkan kerisik, udang kering dan 2 asam keping.
9. Gaul hingga pekat dan masukkan garam secukup rasa.
10. Hidangankan dengan daun kesum, bunga kantan, kacang panjang, timun, cili merah dan limau.
11. Siap untuk dihidang!

Speak Your Mind

*