Archives for February 5, 2020

Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood

https://www.facebook.com/seismikmakan/videos/1271892406350024/

Bahan-bahan

– 1 periuk air
– 1/4 cawan garam
– 400 gram spagheti
– 1/2 cawan minyak zaitun
– 10 ulas bawang putih (dihiris nipis)
– 2 sudu besar cili flakes
– 1 sudu besar daun parsley
– lada hitam secukup rasa
– 8 ekor udang
– 1 cawan sotong (dipotong)
– 3 sudu besar keju parmesan

Cara

1) Rebuskan 1 periuk air, dan masukkan 400 gram Spaghetti dan 1/4 cawan garam. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sedikit air rebusan untuk digunakan kemudian.

2) Dalam kuali yang sejuk, masukkan 1/2 cawan minyak zaitun dan 10 ulas bawang putih yang telah dihiris. Masak menggunakan api kecil selama 10 – 15 minit.

3) Masukkan 8 ekor udang dan 1 cawan sotong. Masak selama 1 minit. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti.

4) Masukkan 1 sudu besar daun parsley, 2 sudu besar cili flakes dan lada hitam secukup rasa. Masak seketika.

5) Masukkan Spaghetti, gaul sehingga kuah rata. Masukkan 3 sudu besar keju parmesan, gaul sehingga rata.

6) Spaghetti Aglio Olio Seafood sudahpun siap untuk dinikmati! Lebih berperisa dan murah daripada yang di kafe.

Resepi Homemade Cheesy Corn Dog

https://www.facebook.com/seismikmakan/videos/585473335527688/

Resepi Lemon Chicken

Resepi Lemon Chicken

Resepi Lemon Chicken sedap ni sangat simple dan murah untuk dihasilkan. Rasa pun sama taraf dengan restoran! Kredit resepi: Seismik MakanBahan-bahan (perapan ayam):✅ Paha ayam (dipotong)✅ 2 biji telur✅ 2 sudu besar kicap masin✅ 1 sudu kecil lada sulah✅ Tepung jagung✅ Beg Zip-loc Bahan-bahan (sos):✅ 1 cawan stok ayam✅ 4 sudu besar madu✅ 2 sudu besar gula✅ 4 sudu besar jus lemon✅ 1 sudu kecil kicap masin✅ 1/4 sudu kecil garam✅ Hirisan lemonBahan-bahan (topping):✅ Bijan✅ Daun bawangCara-cara:1. Perap ayam dengan telur, kicap masin dan lada sulah selama 30 minit.2. Masukkan ayam ke dalam beg zip-loc dan masukkan tepung jagung.3. Goncang hingga ayam disalut tepung.4. Goreng hingga keemasan.5. Untuk sos, didihkan stok ayam dan masukkan madu, gula, jus lemon, kicap masin, garam dan hirisan lemon.6. Biar didih hingga pekat.7. Hidangkan ayam dengan sos lemon, daun bawang dan bijan.

Posted by Seismik Makan on Ahad, 10 November 2019

Bahan-bahan (perapan ayam):

Paha ayam (dipotong)
2 biji telur
2 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil lada sulah
Tepung jagung
Beg Zip-loc

Bahan-bahan (sos):

1 cawan stok ayam
4 sudu besar madu
2 sudu besar gula
4 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil kicap masin
1/4 sudu kecil garam
Hirisan lemon

Bahan-bahan (topping):

Bijan
Daun bawang

Cara-cara:
1. Perap ayam dengan telur, kicap masin dan lada sulah selama 30 minit.
2. Masukkan ayam ke dalam beg zip-loc dan masukkan tepung jagung.
3. Goncang hingga ayam disalut tepung.
4. Goreng hingga keemasan.
5. Untuk sos, didihkan stok ayam dan masukkan madu, gula, jus lemon, kicap masin, garam dan hirisan lemon.
6. Biar didih hingga pekat.
7. Hidangkan ayam dengan sos lemon, daun bawang dan bijan.

Bergedil Sayuran

Bergedil Sayuran

Snek Bergedil Sayuran ni korang boleh enjoy anytime je. Quick breakfast, minum petang atau snek untuk tengok tv!Kredit resepi: Seismik MakanBahan-bahan:✅ 800g kentang (direbus)✅ 1/2 cawan brokoli rebus (dicincang)✅ 1/2 cawan keju cheddar✅ 4 sudu besar serbuk roti✅ 1 biji telur✅ 1 sudu kecil garam✅ 1 sudu kecil lada hitam✅ Daun bawang (topping)Cara-cara:1. Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang yang sudah direbus.2. Masukkan brokoli, keju cheddar, serbuk roti, telur, garam dan lada hitam. Gaul.3. Bentukkan campuran kepada bentuk patty dan letakkan atas baking pan yang telah dilapikkan dengan aluminium foil.4. Bakar bergedil pada suhu 190°C selama 10 minit.5. Tabur daun bawang sebagai topping. Bergedil Sayuran siap untuk dihidang!

Posted by Seismik Makan on Ahad, 10 November 2019

Bahan-bahan:

800g kentang (direbus)
1/2 cawan brokoli rebus (dicincang)
1/2 cawan keju cheddar
4 sudu besar serbuk roti
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
Daun bawang (topping)

Cara-cara:

1. Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang yang sudah direbus.
2. Masukkan brokoli, keju cheddar, serbuk roti, telur, garam dan lada hitam. Gaul.
3. Bentukkan campuran kepada bentuk patty dan letakkan atas baking pan yang telah dilapikkan dengan aluminium foil.
4. Bakar bergedil pada suhu 190°C selama 10 minit.
5. Tabur daun bawang sebagai topping. Bergedil Sayuran siap untuk dihidang!

Resepi Ayam Kepak Madu

Resepi Ayam Kepak Madu

Resipi Ayam Kepak Madu ni menggunakan kuali saja untuk jimat masa kemas dapur ;)Kredit resepi: Seismik MakanBahan-bahan: ✅ 1/2 sudu besar bawang putih kisar✅ 1/2 sudu besar halia kisar✅ 10 keping kepak ayam✅ 1 sudu besar kicap manis✅ 1 sudu besar sos tiram✅ 1/2 cawan madu✅ MinyakCara-cara:1. Tumis bawang putih dan halia.2. Masukkan kepak ayam dan masak lebih kurang 5 minit.3. Masukkan kicap dan sos tiram. Gaul.4. Masukkan madu dan masak hingga pekat.5. Hidang!

Posted by Seismik Makan on Ahad, 10 November 2019

Bahan-bahan:

1/2 sudu besar bawang putih kisar
1/2 sudu besar halia kisar
10 keping kepak ayam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan madu
Minyak

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih dan halia.
2. Masukkan kepak ayam dan masak lebih kurang 5 minit.
3. Masukkan kicap dan sos tiram. Gaul.
4. Masukkan madu dan masak hingga pekat.
5. Hidang!

Resepi Salted Egg Buttermilk Chicken

Resepi Salted Egg Buttermilk Chicken

Resepi Salted Egg Buttermilk Chicken yang ringkas dan sedap!Kredit resepi: Seismik MakanBahan-bahan:✅ 6 biji telur masin (asingkan) ✅ 1 cawan tepung jagung✅ 1/2 cawan tepung biasa✅ 500 gram isi dada ayam✅ 4 sudu besar mentega✅ 2 biji cili padi✅ 3 ulas bawang putih✅ 1 cawan susu sejat✅ 10-12 helai daun kariCara: 1. Kukus 6 kuning telur masin sehingga masak. 2. Dalam satu mangkuk, masukkan 1 cawan tepung jagung, 1/2 cawan tepung biasa dan 2 kuning telur masin yang telah dikukus. Gaul sehingga sebati. 3. Salut isi dada ayam dengan campuran tepung. Kemudian, celup ke dalam putih telur masin dan salutkan dengan campurang tepung sekali lagi. 4. Goreng ayam sehingga keperangan. 5. Dalam satu kuali, masukkan 4 sudu besar mentega, 3 ulas bawang putih, 2 biji cili padi dan 10-12 helai daun kari. Tumis sehingga wangi. 6. Masukkan 1 cawan susu sejat dan 4 kuning telur masin yang telah dihancurkan. Gaul sehingga sebati. 7. Masukkan ayam goreng dan gaul sehingga kuah rata. 8. Salted egg buttermilk chicken pun sudah siap untuk dinikmati!

Posted by Seismik Makan on Rabu, 11 Disember 2019

Bahan-bahan:

6 biji telur masin (asingkan)
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung biasa
500 gram isi dada ayam
4 sudu besar mentega
2 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 cawan susu sejat
10-12 helai daun kari

Cara:

1. Kukus 6 kuning telur masin sehingga masak.

2. Dalam satu mangkuk, masukkan 1 cawan tepung jagung, 1/2 cawan tepung biasa dan 2 kuning telur masin yang telah dikukus. Gaul sehingga sebati.

3. Salut isi dada ayam dengan campuran tepung. Kemudian, celup ke dalam putih telur masin dan salutkan dengan campurang tepung sekali lagi.

4. Goreng ayam sehingga keperangan.

5. Dalam satu kuali, masukkan 4 sudu besar mentega, 3 ulas bawang putih, 2 biji cili padi dan 10-12 helai daun kari. Tumis sehingga wangi.

6. Masukkan 1 cawan susu sejat dan 4 kuning telur masin yang telah dihancurkan. Gaul sehingga sebati.

7. Masukkan ayam goreng dan gaul sehingga kuah rata.

8. Salted egg buttermilk chicken pun sudah siap untuk dinikmati!

Daging Berlada

Daging Berlada

Resepi Daging Berlada ini pasti dapat menaikkan selera penggemar makanan pedas! Kredit resepi: Seismik MakanBahan-bahan✅ 500 gram daging lembu✅ 15 biji bawang merah✅ 3 biji cili merah✅ 10 biji cili padi✅ 1 inci halia✅ 1 biji tomato✅ 1 sudu besar kunyit✅ Garam secukup rasa✅ Minyak masak secukupnyaCara:1. Rebuskan daging lembu sehingga empuk. Toskan & potong daging nipis-nipis.2. Menggunakan lesung (atau apa-apa benda berat korang ada), leperkan daging. Ketepikan.3. Menggunakan lesung, tumbuk bawang merah, cili merah, cili padi, halia dan tomato sehingga lumat. Kalau takda lesung, blender pun boleh – tapi blend kasar je okay jangan jadikan pes!4. Perapkan daging dengan kunyit & sedikit garam.5. Gorengkan daging sehingga ranggup dan asingkan.6. Menggunakan minyak gorengan daging, tumis bahan kisar sehingga wangi, dan masukkan daging yang telah digoreng tadi. Goreng seketika.7. Siap untuk dihidang! Makan dengan sepinggan nasi putih panas, ngam habis!

Posted by Seismik Makan on Isnin, 2 Disember 2019

Bahan-bahan

500 gram daging lembu
15 biji bawang merah
3 biji cili merah
10 biji cili padi
1 inci halia
1 biji tomato
1 sudu besar kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara:

1. Rebuskan daging lembu sehingga empuk. Toskan & potong daging nipis-nipis.

2. Menggunakan lesung (atau apa-apa benda berat korang ada), leperkan daging. Ketepikan.

3. Menggunakan lesung, tumbuk bawang merah, cili merah, cili padi, halia dan tomato sehingga lumat. Kalau takda lesung, blender pun boleh – tapi blend kasar je okay jangan jadikan pes!

4. Perapkan daging dengan kunyit & sedikit garam.

5. Gorengkan daging sehingga ranggup dan asingkan.

6. Menggunakan minyak gorengan daging, tumis bahan kisar sehingga wangi, dan masukkan daging yang telah digoreng tadi. Goreng seketika.

7. Siap untuk dihidang! Makan dengan sepinggan nasi putih panas, ngam habis!

4 Resepi Pasta Simple & Enak

4 Resepi Pasta Simple & Enak

4 resepi pasta simple & enak korang boleh hasilkan menggunakan 1 kuali je. Nak kemas pun senang! Kredit resepi-resepi: Seismik Makan

Posted by Seismik Makan on Isnin, 2 Disember 2019

4 Resepi Ayam Ringkas & Sedap

4 Resepi Ayam Ringkas & Sedap

4 Resepi Ayam Ringkas & Sedap!Kredit resepi-resepi: Seismik Makan

Posted by Seismik Makan on Isnin, 2 Disember 2019

Resipi Ayam Bakar Kicap Madu

Resipi Ayam Bakar Kicap Madu

Bajet kurang tapi korang nak hidangkan something yang special untuk family? Bolehlah try resipi Ayam Bakar Kicap Madu ni!Kredit resepi: Seismik MakanBahan-bahan:✅ 3 paha ayam✅ 3 sudu besar kicap cair✅ 5 sudu besar madu✅ 3 ulas bawang putih (dicincang)✅ 1 inci halia (dicincang)✅ 1 sudu kecil garam✅ 1 sudu kecil lada hitamBahan-bahan sayur:✅ 1/2 biji zucchini kuning✅ 1/2 biji lada benggala merah (dipotong kiub)✅ 1/2 biji bawang kuning (dipotong kiub)✅ 1/2 biji brokoli (dibelah dua)✅ 1 sudu kecil garam✅ 1 sudu kecil lada hitam✅ 1 sudu besar minyak zaitunCara:1. Atas baking pan yang dilapitkan aluminium foil, perapkan ayam dengan kicap cair, madu, bawang putih, halia, garam dan lada hitam selama 15 minit.2. Letakkan zucchini kuning, lada benggala merah, bawang kuning dan brokoli. Kemudian tabur garam, lada hitam serta minyak zaitun dan gaul kesemuanya.3. Bakar pada suhu 210°C selama 25-30 minit atau hingga ayam masak.4. Ayam Bakar Kicap Madu sudah siap!

Posted by Seismik Makan on Isnin, 2 Disember 2019

Bahan-bahan:

3 paha ayam
3 sudu besar kicap cair
5 sudu besar madu
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dicincang)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam

Bahan-bahan sayur:

1/2 biji zucchini kuning
1/2 biji lada benggala merah (dipotong kiub)
1/2 biji bawang kuning (dipotong kiub)
1/2 biji brokoli (dibelah dua)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar minyak zaitun

Cara:

1. Atas baking pan yang dilapitkan aluminium foil, perapkan ayam dengan kicap cair, madu, bawang putih, halia, garam dan lada hitam selama 15 minit.

2. Letakkan zucchini kuning, lada benggala merah, bawang kuning dan brokoli. Kemudian tabur garam, lada hitam serta minyak zaitun dan gaul kesemuanya.

3. Bakar pada suhu 210°C selama 25-30 minit atau hingga ayam masak.

4. Ayam Bakar Kicap Madu sudah siap!