PADA 12 Januari lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan pernyataan berkenaan ancaman penularan wabak koronavirus yang baharu di daerah Wuhan, China.
Penularan wabak novel koronavirus ini yang bermula dari sebuah daerah di Wuhan dan kini merebak ke seluruh dunia.
Sebanyak 20,626 kes yang telah dikenal pasti di seluruh dunia, dengan jumlah kematian sebanyak 426 di China sahaja pada 4 Februari 2020.
Manakala status terkini di Malaysia direkodkan seramai 10 orang disahkan positif wabak koronavirus ini.
Ia termasuk kes terbaharu yang dilaporkan pada 4 Februari 2020 melibatkan seorang lelaki berusia 41 tahun dari Selangor yang menjadi rakyat Malaysia pertama dijangkiti koronavirus (2019-nCoV) sekaligus menjadikan kes kedua terbaharu setakat ini.
Pakar Perubatan & Nefrologi, Gleneagles Hospital Penang Datuk Dr Chen Tse Peng, Pakar Perubatan & Nefrologi, Hospital Gleneagles Pulau Pinang berkongsi langkah dan beberapa tip berdepan dengan wabak ini.
Sejauh mana tahap kritikal koronavirus di Malaysia?
Walau angka yang dinyatakan masih rendah, namun ia meningkat setiap hari dan itu cukup membuatkan kita risau.Tahap kritikal di Malaysia masih boleh dikatakan pada tahap pertama atau first wave.
Ini kerana ia hanya berpunca daripada pesakit yang baru pulang dariย Wuhan atau daerah yang berdekatan dengannya.
Bagaimanakah wabak koronavirus iniย boleh menyebabkan kematian?
Kadar mortaliti adalah 15%. Wabak koronovirus boleh menyebabkan kematian melalui masalah pneumonia atau dikenali sebagai Acute Respitoryย Distress Syndrome (ARDS).
Wabak koronavirus ini menjadi lebih serius kerana jika seseorang pesakit itu misalnya, pesakit tua yang sedia ada mempunyai masalah hati atau komplikasi lain seperti masalah jantung, diabetes, dan lain-lain lagi yang lebih serius.
Bolehkah pesakit yang tidak mengalami atau menunjukkan sebarang simptom membawa kepada kematian?