Umat Islam pula dituntut mengamalkan sikap tolong menolong antara satu sama lain termasuk memberikan bantuan sama ada melalui sedekah ataupun pinjaman bagi meringankan bebanan dan memenuhi keperluan yang ditanggung.
Firman Allah didalam Surah Al-Maidah ayat 2: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaNya.
Terdapat dua keadaan seseorang yang ingin berhutang:
1. Seseorang yang terpaksa berhutang demi memenuhi keperluan kehidupan seperti mendapatkan makanan, tempat tinggal, pakaian, pelajaran dan seumpamanya.
2. Seseorang yang sengaja berhutang demi memenuhi tuntutan nafsu semata-mata seperti hiburan dan perhiasan, tambahan pula peluang pinjaman mudah diperolehi.
Ada yang menerima ugutan dan terpaksa mendapatkan bantuan peguam gara-gara tidak melangsaikan hutang. Gambar Sekadar Hiasan
Disebabkan itu hukum berhutang di dalam Islam dibahagikan seperti berikut:
• Haram
Jika digunakan untuk tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi dan sebagainya.
• Makruh
Jika digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau untuk menunjuk-nunjuk atau penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang itu.
• Wajib
Jika seseorang itu amat memerlukan untuk menampung hidupnya dan keluarganya dalam memenuhi keperluan asasi seperti makan, minum, tempat tinggal, pakaian untuk menutupi aurat dan lain-lain.
Hukum membayar hutang adalah wajib. Ini kerana, hak mereka tidak boleh dinafikan melainkan jika mereka menghalalkannya.
Sebaik-baiknya janganlah berhutang untuk perkara tidak berfaedah.
Disebabkan itu terdapat banyak hadis yang menceritakan mengenai ancaman bagi mereka yang enggan membayar hutang antaranya:
1. Tidak akan terangkat amalannya
Sabda Rasulullah: Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya. – [HR tarmizi]
2. Dosa hutang tidak akan diampunkan
Sabda Rasulullah SAW: Akan diampunkan segala dosa orang yang mati syahid kecuali orang yang berhutang. – [HR muslim]
3. Bagi mereka yang mampu tetapi enggan membayar ia adalah zalim
Sabda Rasulullah SAW: Penundaan orang yang mampu (untuk membayar hutang), adalah perbuatan zalim. – [HR Al-Bukhari]
4. Solat Rasulullah ke atas mereka tidak dapat memberi manfaat bagi mereka yang ada hutang
Anas bin Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya; “Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?” Mereka menjawab, “Ya.”
Lalu baginda bersabda: “Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” – [HD At-Tabrani]
Bersempena dengan cuti sekolah ini, maka perlulah kita berhemah di dalam perbelanjaan seharian supaya tidak terjerat didalam beban hutang. Elakkan daripada berbelanja melebihi kemampuan hanya semata-mata untuk berjalan-jalan.
Bak kata pepatah melayu, ukurlah baju di badan sendiri agar setiap tindak tanduk yang kita lakukan tidak akan memusnahkan diri sendiri.
Ada rangkap lagu yang menyebut: Buai laju-laju biar sampai pokok sena, bayar hutang itu takut nanti kau merana. Fikir-fikirkanlah agar kita selamat di dunia dan juga di akhirat.
Ada diantara mereka juga sanggup berhutang semata-mata mahu berkahwin dengan membuat majlis secara besar-besaran supaya mendapat pujian orang ramai.
Apa guna majlis yang dipuji kalau semua wang itu kita ambil secara hutang dan membebankan kita pada masa hadapan.
Ada rangkap lagu yang menyebut: Buai laju-laju biar sampai pokok sena, bayar hutang itu takut nanti kau merana.
Fikir-fikirkan lah agar kita selamat di dunia dan juga di akhirat.
Baginda Rasulullah mengajarkan kepada kita satu doa untuk melunaskan hutang dan doa ini terdapat dalam Al-Ma’thurat iaitu: Ya Allah,aku berlindung dengan-Mu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan perasaan takut juga dari bebanan hutang serta paksaan orang. – [HR Daud]
Baginda juga meminta perlindungan dari berhutang. Ini kerana sabda Nabi SAW: Sesungguhnya seseorang apabila berhutang dia akan cenderung berkata dusta dan berjanji lalu mengingkarinya. – [HR Al-Bukhori]
Speak Your Mind