Seperti buah, ia mengandungi banyak gizi dan mineral yang bukan sahaja membantu menurunkan berat badan tetapi juga mencegah penyakit.
Strawberi adalah salah satunya – Tidak hanya tinggi anti oksidan dan enzim anti radang, buah itu juga kaya dengan serat serta mampu membantu melancarkan sistem pencernaan.
Berikut adalah lima manfaat strawberi yang mungkin tidak anda ketahui;
Amalan makan strawberi mampu membantu sistem pencernaan.
1. Melancarkan proses pencernaan
Strawberi tinggi dengan serat sehingga ia mampu melancarkan sistem pencernaan. Pengambilan semanguk strawberi setiap hari juga dapat membantu mengurangkan lemak di perut.
Serat yang terdapat dalam buah itu juga boleh membuat kita berasa kenyang selain mengurangkan rasa mengidam untuk mengambil makanan atau minuman bergula.
2. Membantu menurunkan berat badan
Bagi yang sedang berdiet, strawberi meningkatkan penghasilan dua hormon penting iaitu adiponektin dan leptin. Kedua-dua hormon ini membantu membakar lemak serta meningkatkan metabolisme tubuh.
Strawberi rendah kalori dan sesuai untuk yang sedang berdiet.
3. Rendah kalori
Seratus gram strawberi hanya mengandungi sekitar 33 kalori dan sebab itu ia menjadi buah kegemaran bagi orang yang sedang berdiet.
4. Memperbaiki otot
Kandungan anti peradangan dalam strawberi boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan otot selepas melakukan senaman berat.
5. Pemanis semulajadi
Strawberi merupakan pemanis semulajadi dan boleh dijadikan sebagai pengganti gula seperti mencampurkan di dalam yogurt atau sebagai smoothie.
Speak Your Mind