Archives for June 2020

Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna di UTM

Peringatan mesra kepada semua warga kampus UTM mengenai larangan penggunaan plastik sekali guna di dalam kampus UTM JB dan KL telah berkuatkuasa bermula 1 Januari 2020.
Pejabat Pelestarian Kampus UTM (UTM CS) sukacita ingin mengingatkan kepada semua warga kampus UTM supaya mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dalam penggunaan harian contohnya beg plastik, penyedut minuman (straw), cawan plastik, bekas makanan plastik dan banyak lagi. Penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan dari masa ke semasa. UTMCS juga menggalakan warga UTM untuk membawa bekas makanan sendiri ketika membeli makanan di kafetria-kafetria sekitar UTM.
Bersama-sama kita menjayakan program ini untuk kesejahteraan alam sekitar.

 

no single use plastic.jpg

Ikhtiar Elak Gangguan Jin/Syaitan

1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.
2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik…nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib.
3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.
4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka.
5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit…termasuk penyakit hati, hasad dengki.
6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.
7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.
8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.
9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.
10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.
11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.
12. Jangan makan makanan yang terbuka lama..sebab dah jadi makanan jin/setan
13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.
14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.
15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah.
16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf.
Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.
17. Amalkan ayat Manzil.
18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.
19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.
20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.
21. Basuh pinggan makan selepas makan malam.
22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan.
23. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
24. Masuk rumah bagi salam, A’uzubillah, Bismillah hissami’il ‘alim dan masuk menggunakan kaki kanan.
25. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.
26. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.
27. Peluk dan cium anak bila hendak keluar.
28. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan .
29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.
30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.
31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.
32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.
33. Mandi garam pagi dan petang.
34. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi²an.
35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.
36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.
37. Membakar bukhoor di ruang tamu rumah terutama apabila menghampiri waktu maghrib
38. Amalan zikir asma ul husna.
39. Makan kurma 1 hari 1 biji
40. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.
41. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.
42. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.
43. Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi…terlindung dari santau.
44. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil​ daun pada waktu malam.
45. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap.
46. Menggunakan wangian badan berasaskan kayu Gaharu
47. Tawakal pada Allah SWT

 

JADUAL ZIKIR USTAZAH ASMA’ HARUN

Image may contain: 1 person

5 Zikir Pembuka Pintu Rezeki

No photo description available.

Ada perbezaan tarikh luput barang antara ‘guna sebelum’ dengan ‘baik sebelum’

sharethis sharing button
Tarikh yang tertera sebagai ‘Guna Sebelum’ ialah akhir sesuatu produk itu ‘selamat’ untuk dimakan manakala label ‘Baik Sebelum’ menunjukkan sifat atau kualiti produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan.

Setiap kali membeli barang keperluan dapur atau makanan, sudah menjadi kebiasaan untuk memeriksa tarikh luputnya.

Biasanya asal belum sampai tarikh yang tertera kita akan yakin untuk membeli.

Tapi perasan tak perkataan Guna Sebelum atau “use by” dan juga Baik Sebelum atau “Best Before” yang tertera.

Sebenarnya terdapat perbezaan di antara dua ini yang tertera ini.

Perasankah anda akan label tarikh luput pada produk makanan dan minuman yang mencatat “Baik Sebelum” (Best before) “Guna Sebelum” (Use by)?

Label tarikh luput digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi.

Namun di sini, kita akan fokus kepada makanan dan minuman sahaja.

Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini.

Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu.

Guna Sebelum (Use by)

Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu “selamat” untuk dimakan.

Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya.

Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah di buang serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.

Baik Sebelum (Best Before)

Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau kualiti produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan.

Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah tidak boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan.

Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair…) warna (berubah dari yang asal), bau (tengit disebabkan oksidasi) dan rasa (tengit, masam…) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan.

Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.

Tip untuk memanjangkan jangka hayat produk:

Simpan di dalam peti sejuk (freezer atau chiller).

Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.

Kenapa mendapat jolokan ‘Raja Antioksidan’? Ketahui kesan pengambilan sumber semula jadi ini kepada kesihatan anda!

Beberapa jenis hidupan laut dan buah-buahan yang berwarna merah atau merah jambu mempunyai astaxanthin seperti salmon, udang, ketam, udang kara dan beri.
KEBANYAKAN masyarakat kita pada hari ini sudah lebih peka terhadap penjagaan kesihatan serta pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat bagi memastikan tubuh kekal sihat.

Malahan, ramai semakin sedar bahawa kesihatan adalah harta paling bermakna dalam hidup dan menjadi tugas kita untuk menghargai serta menjaganya.

Tidak hanya tertumpu kepada diet dan senaman, kini terdapat pelbagai sumber makanan semula jadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak manfaat untuk kesihatan.

Kelebihan itu menjadikan ia baik untuk merawat luka secara semula jadi selain mencegah penyakit kronik seperti diabetes, bersifat anti kanser serta merawat sakit mata!

Malahan, ia dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel dalam badan.

Astaxanthin mempunyai kandungan antioksidan paling tinggi yang baik untuk kesihatan.

Tapi pernahkah anda mendengar tentang astaxanthin? Kedengaran cukup asing bukan? Tetapi sebenarnya ia juga mempunyai pelbagai manfaat yang cukup baik untuk kesihatan manusia.

Dalam bahasa mudahnya, astaxanthin semula jadi adalah karotenoid atau pigmen merah yang memberi warna kepada kebanyakan makanan yang kita jamah setiap hari.

Menurut Pakar Pemakanan Optixanthin, Audrey Chin, astaxanthin dapat dijumpai pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan tetapi ia paling banyak ditemui pada rumpai laut, khususnya mikroalga Haematococcus pluvialis dan fitoplankton (unsur halus yang menjadi makanan ikan).

Atas sebab itu katanya, beberapa jenis hidupan laut yang berwarna merah atau merah jambu mempunyai astaxanthin seperti salmon, udang, ketam dan udang kara.

Perbandingan beberapa jenis makanan dengan astaxanthin dalam aspek pelindapkejutan oksigen tunggal (salah satu jenis radikal bebas).

Astaxanthin ‘raja antioksidan’, 6,000 kali lebih baik berbanding vitamin C

Dalam pada itu, Audrey berkata, astaxanthin ini sebenarnya mengandungi antioksidan yang mampu melindungi sel dalam badan serta meningkatkan fungsi dan sistem imunisasi tubuh manusia.

“Ini menjadikan astaxanthin yang mengandungi kadar antioksidan yang cukup tinggi berpotensi untuk melindungi kesihatan mata dan otak, mencegah penyakit kronik, selain kesihatan kulit dan otot, ” ujarnya.

Maka tak hairan apabila astaxanthin mendapat jolokan sebagai ‘raja antioksidan’ memandangkan ia 6,000 kali lebih efektik berbanding vitamin C.

Malah terdapat pelbagai kajian telah dilakukan oleh saintis terhadap astaxanthin dan mendapati ia berpotensi dalam memberi pencegahan dan rawatan kepada pelbagai jenis penyakit.

Berikut adalah beberapa kebaikan astaxanthin untuk tubuh manusia;

1.Menjaga kesihatan mata

Tahap kesihatan mata seseorang boleh terjejas disebabkan pelbagai faktor seperti peningkatan usia dan bagi penghidap diabetes yang tidak dikawal turut boleh menyebabkan penglihatan terjejas seperti ulser mata, katarak dan glaukoma iaitu tekanan tinggi di dalam bebola mata serta kerosakan pada urat mata (retina).

Itu belum lagi disebabkan oleh penggunaan komputer dan telefon yang terlalu lama turut boleh menyebabkan kerosakan mata.

Astaxanthin adalah nutrien paling bagus untuk mata yang dapat memperbaiki otot mata, meningkatkan ketajaman penglihatan serta memperbaiki peredaran darah.

2.Menjaga kesihatan otak

Ramai tidak menyedari bahawa penjagaan kesihatan otak juga sama penting bagi manusia dan penggunaan astaxanthin dapat memberi pelbagai manfaat terutamanya kepada warga emas.

Sebagai antioksidan, astaxanthin berpotensi untuk mencegah pembentukan penyakit alzheimer yang biasanya dialami oleh individu yang sudah lanjut usia.

Tidak hanya itu, ia turut boleh membantu meningkatkan daya ingatan serta mengurangkan tekanan yang boleh memberi kelebihan kepada pelajar sekolah ketika menghadapi peperiksaan penting.

3. Sindrom metabolik

Sindrom metabolik adalah keadaan merangkumi tekanan darah tinggi, gula dalam darah dan tahap kolestrol.

Situasi ini biasanya berlaku disebabkan kurangnya perhatian terhadap menjaga kesihatan sekaligus meningkatkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung dan diabetes.

Astaxanthin dapat membantu mengawal peningkatan ketiga-tiga sindrom metabolik itu serta mengurangkan kadar trigliserida serta meningkatkan kolesterol high-density lipoprotein (HDL atau kolesterol baik) pada orang dengan kolesterol tinggi.

4. Menjaga otot

Bagi yang suka bersenam dan sering melakukan aktiviti bersukan, astaxanthin sangat membantu dalam meningkatkan prestasi fizikal anda.

Senaman berat seperti berenang, berlari dan mengangkat berat akan meningkatkan hormon stres (corsitol) serta peningkatan pelepasan radikal bebas dalam badan. Ia menyebabkan keletihan serta sakit otot semasa dan selepas latihan.

Astaxanthin dapat membantu meningkatkan daya tahan, stamina fizikal dan mengurangkan kesakitan otot yang dihadapi seseorang ketika melakukan aktiviti sukan.

Bagi warga emas yang ototnya sudah lemah, astaxanthin boleh membantu menguatkan otot mereka.

Manusia terdedah sumber radikal bebas setiap hari

Sementara itu, ahli farmasi yang juga Pengurus Besar Optixanthin, Monica Low memberitahu manusia memerlukan astaxanthin memandangkan ramai daripada kita sentiasa terdedah dengan pelbagai sumber radikal bebas setiap hari.

Jumlah radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh secara konsisten termasuk sumber luaran seperti pencemaran alam sekitar, asap rokok, radiasi, ubat tertentu serta sumber dalaman yang dihasilkan badan kita boleh menyebabkan kerosakan sel jika tidak terkawal.

Pengambilan makanan kaya dengan antioksidan bagus untuk kesihatan.

“Proses ini disebut sebagai pengoksidaan dan kajian turut membuktikan bahawa radikal bebas ini dapat dikaitkan berlakunya penyakit kronik seperti penyakit jantung, artritis dan barah.

“Antioksidan adalah satu-satunya bahan yang dapat menghentikan radikal bebas ini daripada menyebabkan kerosakan sel. Tubuh secara semula jadi menghasilkan antioksidan untuk meneutralkan dan melawan bahaya radikal bebas ini.

“Namun malangnya, antioksidan yang dihasilkan tubuh tidak mencukupi untuk menampung pelbagai radikal bebas yang terdedah kepada kita. Atas sebab itu kita perlu memilih sumber alternatif untuk mendapatkan antioksidan yang lebih baik,” ujarnya.

Optixanthin teraju tiga produk mengandungi astaxanthin

Atas sebab itu juga, pihak Optixanthin mengeluarkan beberapa produk yang menggunakan astaxanthin sebagai bahan utama iaitu Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil, Opti-B Madu Kelulut and Astaxanthin Extract dan Opti-I Botanical Beverage Mix Berries with Astaxanthin Extract & Marigold Flower Extract.

Ketiga-tiga produk tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri disamping menggunakan bahan semulajadi yang berkhasiat tinggi untuk kesihatan seperti minyak kelapa, madu kelulut serta campuran buah beri.

Ketiga-tiga bahan tambahan dalam produk keluaran Optixanthin ini mempunyai pelbagai khasiat tersendiri apabila ia dicampur dengan astaxanthin.

1. Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil

Seperti minyak kelapa dara yang digunakan dalam Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil ia mengandungi asid laurik yang cukup baik untuk menyokong sistem ketahanan badan manusia. Lemak sihat di dalamnya juga baik untuk kesihatan jantung malah ia dapat memberi tenaga.

Ia juga ejen semulajadi mengurangkan kulat, bakteria, virus yang boleh menyebabkan penyakit selain menjadikan kulit, rambut dan kuku sihat.

Seperti asthaxanthin, minyak kelapa dara juga dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel.

Kelebihan Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil, ia dihasilkan dalam bentuk minyak dan bukannya tablet sintetik, kapsul, pil atau serbuk.

Minyak kelapa dara yang digunakan membantu penyerapan astaxanthin dalam badan selain proses pengesktrakan yang dilakukan bebas bahan kimia serta sesuai untuk individu yang mengamalkan pemakanan vegeterian.

2. Opti-B Madu Kelulut and Astaxanthin Extract

Tidak kurang kalah Opti-B Madu Kelulut and Astaxanthin Extract, ia mengandungi madu kelulut yang kaya dengan antioksidan, antimikroba dan anti peradangan yang diperakui oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai ‘Superfood’.

Campuran kandungan itu mampu meningkatkan dan seimbangkan sistem ketahanan dalam badan tambahan pula antioksidan madu kelulut adalah 10 kali ganda berbanding madu biasa yang berpotensi mencegah penyakit kronik.

Tidak cukup dengan itu, ia juga bagus bagi meningkatkan sel paru-paru dan produk ini sesuai untuk melegakan batuk dan batuk berkahak.

3. Opti-I Botanical Beverage Mix Berries with Astaxanthin Extract & Marigold Flower Extract

Manakala Opti-I Botanical Beverage Mix Berries with Astaxanthin Extract & Marigold Flower Extract pula diformulasikan dengan astaxanthin, lutein, vitamin C, E, B kompleks, zinc dan chromium yang membantu melindungi dan menyokong kesihatan mata dan badan anda.

Cukup sesuai untuk golongan muda atau tua, istimewanya Opti-I adalah ia bertindak sebagai pigmen makula yang dominan pada retina mata, selain lutein mampu menyaring cahaya biru dan melindungi mata anda.

Antioksidan 6,000 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dicampur minyak kelapa dara, madu kelulut… bayangkan impak pada tubuh badan anda!

Terdapat pelbagai makanan yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk meningkatkan sistem imunisasi badan manusia.
PENULARAN wabak Covid-19 yang sedang berleluasa di seluruh dunia ketika ini membuatkan ramai daripada kita lebih peka terhadap penjagaan kesihatan sebagai langkah pencegahan daripada terkena jangkitan virus itu.

Atas sebab itu, kerajaan menyarankan agar kita memakai topeng muka, mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer serta melalukan penjarakan sosial bagi memutuskan rantaian wabak itu.

Menerusi kaedah kesihatan awam yang digariskan, sistem imunisasi setiap individu itu dapat dipelihara dan menurut Pakar Pemakanan Optixanthin, Audrey Chin, ia sebenarnya terdiri daripada sekumpulan sel, jaringan dan organ dalam tubuh yang bekerjasama melindungi tubuh daripada sebarang serangan virus, bakteria dan kuman.

Perbandingan ‘superfood’ dan astaxanthin (ORAC) yang diperkenalkan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat yang mengukur kapasiti keseluruhan antioksidan makanan. Semakin tinggi skor ORAC, semakin besar keupayaan antioksidannya.

Kata Audrey, sekiranya kekebalan tubuh kita kuat, maka kita tidak akan mudah jatuh sakit namun sekiranya sistem imun kita lemah, kuman mudah menyerang tubuh kita.

Atas sebab itu, adalah penting untuk mengambil makanan berkhasiat yang diperlukan badan bagi melawan penyakit serta meningkatkan sistem imunisasi badan.

Sebenarnya tidak sukar untuk meningkatkan kekebalan tubuh kerana terdapat pelbagai sumber makanan yang mampu meningkatkan sistem imunisasi kita termasuklah beberapa jenis bahan ini;

1. Bawang putih

Bawang putih menjadi bahan utama ketika memasak tapi tahukah anda ia kaya dengan zat alisin (asid amino) yang mampu menjaga fungsi sistem kekebalan tubuh dengan cara merangsangkan produksi sel darah putih.

Ia juga kaya dengan zat yang dapat membasmi bakteria, virus dan parasit serta memiliki sifat antioksidan yang dapat menghalang keradangan serta menurunkan risiko penyakit jantung dan mengawal tekanan darah.

2. Brokoli, bayam

Brokoli dan bayam mengandungi banyak serat dan antioksidan serta kaya dengan vitamin A, C dan E. Nutrisi inilah yang membuatkan brokoli mampu menjaga dan meningkatkan sistem imun badan.

3. Kunyit

Warna kuning pada kunyit menunjukkan ia mengandungi kurkumin iaitu antioksidan yang berperanan dalam menunjang fungsi sistem pertahanan badan manusia.

Tidak hanya itu, ia bersifat anti radang yang boleh mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, demensia dan jantung.

4. Buah-buahan, sitrus dan beri

Buah-buahan termasuk dalam kategori sitrus kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral yang berperanan dalam menjaga sistem kekebalan tubuh seperti betik, pisang, lemon, kiwi, jambu dan strawberi.

5. Yogurt

Yogurt kaya dengan probiotik iaitu bakteria baik yang dapat mengukuhkan sistem kekebalan tubuh dan menyingkirkan jangkitan bakteria.

6. Madu kelulut

Madu kelulut ia madu sangat berkhasiat yang juga kaya dengan unsur antioksidan, antimikrob serta anti-keradangan.

Ia mampu meningkatkan sistem imun, khususnya mengaktifkan sel-sel imun dalam badan untuk melawan serangan bakteria serta virus dan sebab itu ia turut digelar ‘superfood’ tempatan.

7. Astaxanthin

Astaxanthin merupakan zat warna (pigmen) merah yang terdapat pada hidupan laut seperti salmon, udang, ketam dan udang kara.

Berdasarkan senarai panjang sumber antioksidan, astaxanthin antara yang terbaik malahan kajian mendapati ia 6,000 lebih efektif berbanding vitamin C.

Ini bermaksud, astaxanthin memiliki kemampuan yang baik dalam meningkatkan imunisasi tubuh dan melindungi sel-sel daripada radikal bebas.

Sementara itu, Pakar Perunding Oftalmologi di Optimax Eye Specialist Centre Sri Petaling, Dr Chang Khai Meng memberitahu meskipun astaxanthin masih belum digunakan secara meluas di Malaysia namun ia cukup berpotensi kepada kesihatan manusia.

Ini kerana kata Dr Chang, astaxanthin adalah super antioksidan yang dapat membantu melindungi sel daripada kerosakan dan menambah baik sistem imun badan.

Maka tidak hairan, banyak kajian sedang dilakukan di dalam dan luar negara bagi menguji keberkesanannya terhadap kesihatan manusia dan rata-rata menunjukkan hasil positif.

Malah di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun, astaxanthin banyak digunakan dalam produk makanan kesihatan dan suplemen kerana manfaatnya yang cukup besar.

“Sebenarnya astaxanthin ini sudah lama wujud dan sedar atau tidak, hampir setiap hari kita mengambil makanan yang mempunyai kandungan astaxanthin di dalamnya seperti ikan salmon, udang, ketam, lobak merah dan sebagainya.

Pakar Perunding Oftalmologi di Optimax Eye Specialist Centre Sri Petaling, Dr Chang Khai Meng.

“Ia lebih baik berbanding vitamin C, jadi tidak hairan ia mendapat jolokan super antioksidan. Pengambilan dua ke empat miligram (mg) astaxanthin setiap hari dipercayai memberi kesan 65 kali ganda berbanding vitamin C,” katanya.

Jelasnya, ia bukan sahaja bertindak sebagai antioksidan tetapi juga antimikrob, antiinflamasi, kesihatan jantung, diabetes dan memulihkan sakit otot.

Tidak cukup itu, Dr Chang berkata, astaxanthin juga cukup baik untuk menjaga kesihatan mata termasuk mengekang masalah seperti keletihan mata, katarak, glaukoma, kerosakan urat mata (retina) dan sebagainya.

Pun begitu kata Dr Chang, pengambilan astaxanthin sebaik-baiknya dirujuk kepada doktor terlebih dahulu dan memastikan pengambilan sebarang produk kesihatan atau suplemen menggunakan bahan semula jadi.

Tak perlu bimbang sekiranya sukar untuk mendapatkan sumber astaxanthin kerana Optixanthin mengeluarkan tiga produk yang menggunakan astaxanthin sebagai bahan utama yang dicampur bersama beberapa bahan utama lain seperti madu kelulut, minyak kelapa dara serta buah-buah beri.

Ketiga-tiga bahan ini dipilih bukan sahaja mengandungi pelbagai khasiat tersendiri tetapi ia turut tinggi dengan kandungan antioksidan yang cukup sesuai untuk meningkatkan pertahanan badan.

Produk itu adalah Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil, Opti-B Madu Kelulut and Astaxanthin Extract dan Opti-I Botanical Beverage Mix Berries with Astaxanthin Extract & Marigold Flower Extract.

1. Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil

Seperti minyak kelapa dara yang digunakan dalam Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil ia mengandungi asid laurik yang cukup baik untuk menyokong sistem ketahanan badan manusia. Lemak sihat di dalamnya juga baik untuk kesihatan jantung malah ia dapat memberi tenaga.

Ia juga ejen semula jadi mengurangkan kulat, bakteria, virus yang boleh menyebabkan penyakit selain menjadikan kulit, rambut dan kuku sihat.

Seperti asthaxanthin, minyak kelapa dara juga dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel.

Kelebihan Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil, ia dihasilkan dalam bentuk minyak dan bukannya tablet sintetik, kapsul, pil atau serbuk.

Minyak kelapa dara yang digunakan membantu penyerapan astaxanthin dalam badan selain proses pengesktrakan yang dilakukan bebas bahan kimia serta sesuai untuk individu yang mengamalkan pemakanan vegeterian.

2. Opti-B Madu Kelulut and Astaxanthin Extract

Hal yang sama dengan Opti-B Madu Kelulut and Astaxanthin Extract, kerana ia mengandungi madu kelulut yang kaya dengan antioksidan, antimikroba dan anti peradangan yang diperakui oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai ‘Superfood’.

Campuran kandungan itu mampu meningkatkan dan seimbangkan sistem ketahanan dalam badan tambahan pula antioksidan madu kelulut adalah 10 kali ganda berbanding madu biasa yang berpotensi mencegah penyakit kronik.

Tidak cukup dengan itu, ia juga bagus bagi meningkatkan sel paru-paru dan produk ini sesuai untuk melegakan batuk dan batuk berkahak.

3. Opti-I Botanical Beverage Mix Berries with Astaxanthin Extract & Marigold Flower Extract

Manakala Opti-I Botanical Beverage Mix Berries with Astaxanthin Extract & Marigold Flower Extract pula diformulasikan dengan astaxanthin, lutein, vitamin C, E, B kompleks, zinc dan chromium yang membantu melindungi dan menyokong kesihatan mata dan badan anda.

Cukup sesuai untuk golongan muda atau tua, istimewanya Opti-I adalah ia bertindak sebagai pigmen makula yang dominan pada retina mata, selain lutein mampu menyaring cahaya biru dan melindungi mata anda.

Tidak hanya tertumpu kepada makanan berkhasiat, kita juga disarankan untuk bersenam secara kerap kerana turut membantu meningkatkan imunisasi dalam badan.

Tidur dengan cukup serta kawal tekanan juga sangat penting kerana jika kadar hormon meningkat ia boleh menyebabkan sistem kekebalan tubuh menjadi lemah.

Jadi sebaik-baiknya seimbangkan semua perkara dalam hidup kita bagi memastikan kita dapat menjalani kehidupan sihat serta ceria.

Tak perlu ubat tinggi… Renang, lompat tali antara 5 cara tambah ketinggian anak anda

Terdapat cara semulajadi dan menyeronokkan dalam membantu pertumbuhan anak-anak anda.
SEMUA ibu bapa ingin melihat tubuh anaknya tinggi dan kelihatan tegap sampai ada yang sanggup memberi suplemen yang didakwa mampu menambah ketinggian mereka dengan cepat.

Ketinggian seseorang itu sebenarnya bergantung kepada gen yang dimiliki namun ia bukan satu-satunya faktor yang mempengaruhi pertumbuhan anak-anak anda.

Sebenarnya tanpa suplemen yang belum terbukti keberkesanannya pun boleh membantu anak-anak anda membesar dengan kuat termasuklah;

1. Pola pemakanan seimbang

Cara terbaik untuk memaksimumkan pertumbuhan ketinggian anak anda adalah dengan memastikan mereka mendapat gizi yang cukup termasuk pola pemakanan seimbang.

Ini termasuk pengambilan protein, karbohidrat, lemak serta vitaman dan mineral yang cukup. Sebaik-baiknya elakkan makanan segera dan minuman sejuk.

Makanan yang tinggi zinc juga seperti kekacang, sayur-sayuran, telur dapat membantu pertumbuhan anak-anak anda.

2. Regangan

Ia mungkin kedengaran tidak penting namun ia ternyata dapat memberi manfaat kepada ketinggian anak anda. Ajarkan mereka beberapa gerakan regangan badan yang ringkas.

Regangan dapat memanjangkan tulang belakang dan memperbaiki postur tubuh mereka.

3. Yoga

Praktik yoga melibatkan banyak gerakan peregangan dan keseimbangan, di mana keduanya sangat baik untuk pertumbuhan ketinggian anak.

4. Skipping (Lompat tali)

Skipping atau lompat tali adalah senaman yang menyeronokkan selain ia dapat menggerakkan seluruh anggota badan termasuk jantung serta membantu menambah ketinggian.

Ketika melakukan lompat tali, tubuh akan meregang dan ia akan meningkatkan pertumbuhan mereka secara vertikal.

5. Renang

Renang adalah sukan yang menyihatkan selain melibatkan banyak gerakan regangan yang dapat menguatkan tulang punggung sekaligus menambah ketinggian badan mereka.

Jangan ambil mudah penggunaan tuala mandi… paling utama elak berkongsi!

SEJAK kecil kita diajar supaya menyidai tuala selepas mandi bagi mengelak bau hapak.

Ada juga ibu-ibu yang ‘menjerit’ dari luar bilik selepas melihat tuala yang digunakan si anaknya ada di atas katil atau disangkut ditombol pintu bilik.

Mungkin bagi anak-anak kecil, malahan ada juga segelintir orang dewasa yang tidak mengambil peduli untuk menjemur tuala selepas digunakan.

Sebenarnya, penjagaan tuala amat penting kerana bakteria boleh berada di tuala anda sekiranya tidak menjemur di tempat yang mempunyai pengudaraan baik selepas menggunakannya.

Ada juga yang menggunakan tuala mandi itu sehingga berminggu-minggu tanpa mengganti atau mencucinya.

Tuala mandi perlu dijaga dengan baik bagi mengelakkan kotoran dan jangkitan bakteria.

Beberapa tip penting penjagaan tuala harian anda:

1. Basuh tuala anda sekurang-kurangnya selepas tiga hari menggunakannya.

2. Jemur tuala ditempat yang mempunyai cahaya matahari atau pengudaraan yang baik.

3.Seeloknya, membasuh tuala dengan menggunakan air panas 60 darjah celcius bagi membunuh semua mikro organisma atau bakteria yang melekat.

Tukar atau basuh tuala mandi anda sekurang-kurangnya tiga hari selepas menggunakannya.

4.Untuk hilangkan bau hapak, anda boleh menggunakan cuka putih ketika membasuhnya.

5. Elak berkongsi tuala dengan orang lain. Anda tidak tahu apa yang ada di kulit orang lain.

6.Seeloknya, cuci tuala berasingan dengan pakaian harian anda yang lain.

7. Bagi melembutkan tuala yang baharu dibeli, anda boleh merendamnya dengan menggunakan satu cawan soda bikarbonat pada bilasan terakhir. Malah langkah ini juga boleh digunakan kepada tuala kusam anda itu.

Guna racun pun tak jalan? Cuba 5 bahan semulajadi ini berkesan halau ‘cik siti’

MASALAH tikus berkeliaran di dalam rumah memang membuatkan ramai daripada kita resah. Hendak tangkap menggunakan tangan rasa geli apatah lagi ia haiwan yang licik.

Racun tikus biasanya menjadi pilihan bagi membunuh atau menghalaunya tapi tahukah anda bahan kimia ini sebenarnya dapat memberi kesan juga kepada kesihatan manusia.

Bagi menghalang perkara itu, kita sebenarnya boleh menggunakan bahan semulajadi bagi menghalau tikus atau diberi jolokan ‘cik siti’ ini daripada terus berkeliaran di dalam rumah termasuklah;

1. Kelapa Parut

Mungkin tak ramai yang tahu bahawa kelapa parut dapat digunakan sebagai penghalau tikus. Caranya juga mudah; Parut kelapa dan taburkan ia di lubang atau laluan tikus dan nescaya ia akan lari.

Kelapa parut juga boleh dijadikan sebagai umpan dengan mencampurkan beberapa buah lain bersamanya seperti oren, sengkuang dan nanas.

2. Buah Mengkudu

Ia bukan sahaja berkhasiat dalam meningkatkan daya tubuh badan manusia, mengkudu atau Morinda Citrifolia juga bagus sebagai penghalau tikus.

Cara menggunakannya adalah dengan mengambil ekstrak mengkudu dan curahkan ke tempat laluan atau persembunyian tikus. Ia bukan sahaja dapat menghalau tikus tetapi serangga lain.

Selain menggunakan bahan-bahan alami di atas, pastikan selalu menjaga kebersihan tempat tinggal, agar tikus tidak singgah. Buanglah barang-barang bekas yang sudah tidak terpakai, agar tidak menjadi sarang tikus.

3. Daun Sirih

Daun sirih adalah herba yang sangat efektif menghalau tikus dan serangga dan cara menggunakannya juga cukup mudah iaitu rebus daun dan batangnya untuk diambil ekstraknya.

Curahkan ke kawasan laluan atau lubangnya. Bau daun sirih akan menakutkannya.

4. Kulit Jering

Jangankan kata tikus, manusia pun ada yang tak tahan dengan bau jering yang kuat. Meskipun ia tidak dapat membunuh tikus, tetapi aromanya sudah cukup membuatkan tikus lari.

5. Daun Jelatang

Daun jelatang yang banyak tumbuh secara liar banyak manfaatnya dan bagi yang ingin menghalau tikus, gunakan daun ini sebagai umpan dalam perangkap kerana ia tertarik dengannya.

Meskipun terdapat pelbagai cara untuk menghalau tikus daripada memasuki rumah, apa yang paling penting adalah kita harus menjaga kebersihan rumah dan memastikan dapur dibersihkan serta sampah dibuang agar tidak menarik perhatiannya.