Peringatan mesra kepada semua warga kampus UTM mengenai larangan penggunaan plastik sekali guna di dalam kampus UTM JB dan KL telah berkuatkuasa bermula 1 Januari 2020.
Pejabat Pelestarian Kampus UTM (UTM CS) sukacita ingin mengingatkan kepada semua warga kampus UTM supaya mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dalam penggunaan harian contohnya beg plastik, penyedut minuman (straw), cawan plastik, bekas makanan plastik dan banyak lagi. Penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan dari masa ke semasa. UTMCS juga menggalakan warga UTM untuk membawa bekas makanan sendiri ketika membeli makanan di kafetria-kafetria sekitar UTM.
Bersama-sama kita menjayakan program ini untuk kesejahteraan alam sekitar.