Resepi Puding Roti Bakar Dengan Sos Kastard

puding roti dan sos kastard

Bahan-Bahan :

  • 6 keping roti Gardenia,
  • 2-3 biji telur,
  • 1 tin susu cair,
  • ½ cawan gula,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • 1 sudu besar mentega,
  • Sedikit kismis/kurma yang dibuang biji dan dihiris halus,

Bahan-bahan Sos Kastard :

  • ½ tin susu cair,
  • ¼ susu pekat,
  • ¼ tin air (sukat guna tin susu cair),
  • ½ sudu kecil esen vanilla,
  • 2 sudu besar tepung kastard,
  • Secubit garam,
  • Sedikit pewarna kuning (jika suka).

Cara Penyediaan Puding Roti/ Bakar @ Kukus :

  1. Mula-mula sapu depan dan belakang roti dengan butter. Carik-carikkan atau potong kiub sederhana besar dan susun rapat-rapat ke dalam loyang.
  2. Masukkan susu cair, telur, esen vanilla dan gula dalam satu bekas. Kacau hingga sebati. Guna senduk atau sudu sahaja.
  3. Curah adunan ke atas roti yang telah disusun ke dalam loyang tadi.
  4. Tekan-tekan roti supaya ia padat dan sebati dengan adunan tadi.
  5. Tabur kismis di atas roti. Biarkan seketika, lebih kurang 2-3 minit.
  6. Panaskan oven. Bakar pada suhu 45° C atau sehingga masak ikut kesesuaian oven masing-masing.

Jika hendak guna pengukus pun boleh :

  1. Panaskan pengukus dulu. Bila air kukusan mendidih, baru masukkan loyang ke dalam pengukus.
  2. Kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.
  3. Sejukkan dulu baru potong dan tuang sos kastard.

Cara Penyediaan Sos Kastard :

  1. Masukkan susu cair, air, gula, esen vanilla, tepung kastard dan secubit garam ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat dan mendidih.
  3. Letak sedikit pewarna kuning jika suka.
  4. Sejukkan.

Cara Menghidangkan :

  1. Potong puding roti ikut suka.
  2. Curah sos kastard di atasnya.
  3. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Speak Your Mind

*