Resepi Rainbow Rubies

rainbow rubies

Nama dessert yang sedap ni berasal dari Thailand ini ialah Tub Tim Krob (Red Rubies) tapi sebab buat warna warni jadi kita tukar sedikit nama dia jadi Rainbow Rubies. Sepatutnya makan dengan isi nangka tapi sebab tidak ada nangka, kita makan dengan mangga dan jagung. Resepi asal daripada Nur Natasha Abdullah di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Sengkuang cina (saya guna sengkuang biasa).
  • Pewarna makanan,
  • Tepung ubi,
  • Air mendidih,
  • Santan,
  • Daun pandan,
  • Gula garam,
  • Sedikit bancuhan tepung jagung,
  • Ais,
  • Hirisan nangka.

Cara-cara :

  1. Potong dadu sengkuang cina (boleh guna sengkuang biasa).
  2. Masukkan pewarna dengan sedikit air kedalam potongan sengkuang tadi. Gaul rata dan biarkan sekejap.
  3. Tos sengkuang cina yang telah direndam dengan pewarna dan gaulkan dengan tepung ubi sampai semua potongan sengkuang bersalut rata dengan tepung ubi.
  4. Toskan sengkuang yang sudah bersalut tepung ubi untuk buang tepung-tepung berlebihan.
  5. Masukkan sengkuang tadi kedalam air mendidih dan angkat bila masak (tanda masak -sengkuang terapung dalam air).
  6. Masukkan sengkuang yang sudah masak tadi kedalam air sejuk berisi ais dan biarkan.
  7. Masak santan dengan daun pandan, gula dan sedikit garam (buat manis sedikit sebab nanti makan dengan ais).
  8. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Masak sebentar sehingga kuah pekat.
  9. Toskan sengkuang tadi dan masukkan santan bila mahu makan. Tambah ais dan hirisan nangka. Siap untuk dimakan.

Speak Your Mind

*