Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup

Bahan-bahan :

  • 1 kilo sotong. Bersihkan, buang kulit hitam bahagian luar, potong bulat, cuci dan toskan.
  • Tambahkan 2 sudu besar cuka epal, gaul hingga rata kemudian ketepikan.
    (Tujuan menambahkan cuka epal adalah untuk mengelakkan sotong dari meletup ketika digoreng. Tak perlu susah-susah lap sotong guna tisu atau tuala. Confirm tak meletop).

Bahan Tepung Salutan:

  • 10 sudu besar tepung gandum
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Garam
  • Serbuk kunyit
    (Gaul sebati semua bahan di atas)
  • Dalam bekas lain pukul 2 biji telur hingga kembang

Cara-cara :

  1. Ambil sotong tadi campurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah. Gaul hingga sebati.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, masukkan sotong dalam bekas telur kemudian golek-golekkan sotong dalam bekas tepung, pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung.
  3. Setelah itu, masukkan sotong satu persatu ke dalam kuali, jangan masak terlalu banyak dalam satu masa supaya suhu panas minyak cukup untuk merangupkan tepung salutan tadi. Masak hingga keperangan di dalam api sederhana besar.
  4. Angkat sotong guna penapis besi dan toskan di atas tisu dapur.
  5. Kaut semua kerak-kerak tepung untuk mengelakkan menjadi hangus. Goreng hingga habis.

Sos pencicah :

  • 3 sudu besar sos thai
  • 1 sudu besar mayonese
    Gaul sebati sos, tabur dengan bijan jika suka.

Speak Your Mind

*