Perbezaan Antara Baking Soda dan Baking Powder

Baking Soda
 

Baking soda atau soda bikarbonat ialah sejenis “chemical leavening” yang berperanan sebagai ejen penaik di dalam proses penghasilan kek dan biskut.  Ia mengandungi satu bahan sahaja iaitu “sodium bicarbonate”.
 
Apabila baking soda bertindak balas dengan bahan-bahan yang mengandungi asid seperti susu, coklat atau buttermilk, ia akan menghasilkan sejenis gas iaitu karbon dioksida dan gelembung udara akan terbentuk di dalam haba yang tinggi menjadikan permukaannya kek dan biskut kembang serta naik tinggi.
 
Tindakbalas baking soda terhasil dengan segera setelah bahan-bahan di adun, jadi anda perlu bakar di dalam oven dengan kadar yang segera. Dari segi rasa, baking soda mempunyai rasa sedikit pahit kerana beralkali dan boleh menjejaskan rasa kek dan biskut jika diletak secara berlebihan.
Baking Powder
 
Baking powder atau serbuk penaik mengandungi gabungan antara 2 bahan iaitu serbuk baking soda dan sejenis campuran ejen berasid. Ianya akan terus bertindaklas menghasilkan gas karbon dioksida apabila bercampur dengan adunan yang mengandungi cecair. Kebanyakan resipi menggunakan baking powder kerana rasanya lebih neutral berbanding baking soda serta tidak perlu lagi bergantung kepada bahan asid tambahan lain sebagai ajen pengaktif.
 
Ada 2 jenis baking powder yang terdapat di pasaran iaitu:
  • single action baking powder –  mula bertindakbalas sebagai ejen penaik apabila bercampur dengan cecair dan kemudian menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan gelembung udara terbentuk menjadikan kek dan biskut lebih ringan dan berongga.
  • double action baking powder – ada 2 tindakbalas yang terhasil iaitu apabila ia bercampur dengan cecair dan kemudian tindakbalas berlaku sekali lagi apabila ia diletakkan di dalam haba yang tinggi, menjadikan kek lebih stabil dan gebu.
Bagaimana untuk mengetahui jika baking soda dan baking powder masih elok untuk digunakan?
Jangka hayat baking soda dan baking powder bergantung kepada cara penyimpanan dan juga tahap kelembapan persekitarannya. Baking soda tahan lebih lama jika disimpan ditempat yang kering dan bersuhu sejuk (suhu bilik).
 
Baking powder pula boleh tahan selama 3 bulan sahaja atau lebih bergantung kepada cara penyimpanan setelah dibuka dari tin atau paket asal. Anda dinasihatkan membeli baking powder dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana tempoh ketahanannya agak kurang berbanding baking soda.
Cara untuk pastikan kedua bahan tersebut masik elok digunakan ialah:
  • Baking soda  – campurkan serbuk baking powder dengan sedikit cuka. Jika buih terhasil maknanya baking soda masih elok untuk digunakan.  
  • Baking powder – masukkan sesudu kecil baking powder ke dalam secawan air. Jika buih terhasil di permukaan air itu menandakan baking powder masih elok untuk digunakan.

Speak Your Mind

*