RESEPI MAKARONI BAKAR CHEESE MELELEH

Bahan-bahan ;
2 cawan makaroni * rebus
1 tin sos spageti prego (perisa tradisional)
Lada hitam ajishio
1 labu bawang besar – cincang
3 ulas bawang putih – cincang
1/2 Minch meat(nak guna semua pon boleh)
1/2 tin cendawan potong dadu
1 bj Carrot kecik potong dadu
1/2 bj Capsicum potong dadu
(Olive kalau xde takyah letak)
Cheddar cheese parut
Cara-cara :
Panaskan 3 sudu minyak (minyak zaitun dlam gambar tu optional je) masukkan bawang & garlic cincang layukan.. masukkan carrot dan daging kacau2… letak sedikit air utk empukkan daging dan carrot masak dalam 3minit.
Masukkan cendawan, capsicum, olive(kalau ada) kacau sekejap.
Masukkan sos prego kacau dan masukkan makaroni yang dah rebus.
Perisa kan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Garam letak sikit dulu… sbb sos prego dan lada hitam tu dah ada rasa garam.
Boleh masuk dalam bekas alumunium size 7×7 dapat 2bekas. Kalau xder boleh guna loyang masak kek size 9×9
Bahan-bahan sos putih :
2 cawan susu segar
2sudu bsr tpg gandum
4 sudu bsr butter
Sedikit garam
Cara-cara :
Masak dalam periuk hingga creamy lebih kurang 5 mins
Tuangkan dan ratakan sos putih di atas makaroni. Parutkan chedar cheese(optional) kalau suka cheese yg banyak.
Lapis dengan cheddar slice atas dia…
Bakar oven 160 selama 20 min
Selamat mencuba

Image may contain: food

Speak Your Mind

*