Bahan²:
1/2 ekor ayam di cuci bersih @ 1 ekor
5 liter air atau lebih sikit x apa
Bahan rempah biji:
5 keping bunga lawang
2 batang kayu manis(panjang kira² 2 inci)
5 biji buah pelaga
2 sudu makan lada sulah@marica tumbuk halus
1 biji buah pala(ambil isi) tumbuk halus
(Semua rempah biji di cuci terlebih dahulu)
Bahan rempah segar:
2 inci halia kupas kulit tumbuk sampai pecah(jangan halus)
1 inci lengkuas kikis kulit dan tumbuk sampai pecah
2 batang serai(di titik)
4 labu bawang merah, 3 ulas bawang putih(tumbuk halus)
Garam, Aji dan sikit gula(optional)
(Semua bahan rempah dicuci bersih terlebih dahulu)
Bahan campuran soto:
Mi hun@ bihun putih dicelur dengan air panas dan toskan
Isi ayam( disiat²)
Seikat daun sop dan daun bawang cuci bersih dan dihiris halus)
1 biji timun cuci bersih (potong tipis membulat dan hiris kecil²
Telur rebus belah dua(optional)
Tauhu pok(potong kecil) optional
Lada padi tumbuk
Kicap/ cuka. (Kalau x suka cuka boleh guna air asam limau kasturi)
Bawang goreng( boleh beli di kedai, tapi kalau nak sedap dan wangi boleh goreng sendiri bawang merah dan bawang putih)
Cara:
1. Masukkan air dalam periuk.
2. Masukkan rempah biji dan rempah segar. Bila mendidih masukkan ayam. Masak hingga empuk. Masukkan garam, Aji dan sikit gula secukup rasa)
Dah masak, keluarkan ayam tadi dan siat² isinya guna garfu).
3. Sediakan mangkuk. Isi dengan bihun, daging ayam, timun, daun sop, daun bawang, telur, tauhu, dan bawang goreng. Tuang air rebusan ayam tadi. Bolehlah makan dengan masukkan satu sudu makan kicap, satu sudu makan cuka atau 1 sudu makan jus asam limau kasturi. Nak pedas boleh bubuh cili api tumbuk.
Speak Your Mind