Fakta menarik tentang cheese

  1. Krim Keju atau Cheese Cream

Krim keju mudah didapati di mana-mana pasaraya di negara kita seperti Tesco / Giant /Econsave  . Ianya dijual di dalam bentuk kotak kecil . Akak cari sahaja ” Cheese Cream ” pada ruangan kotak.

Krim keju adalah keju yang sudah ditambah dengan krim yang mempunyai kuantiti lemak susu hampir separuh dari berat bersih sekotak cheese cream . Terdapat dalam dua kategori iaitu double cheese cream = 65% susu dan yang biasa = 45% susu. Rasa nya sedikit masam.

Sesuai untuk di buat sapuan permukaan roti , inti tart /pie  , di makan bersama buah-buahan dan kek keju seperti kek keju oreo.

  1. Keju Mozarella

Keju mozarella paling sesuai dan lazat apabila digunakan sebagaitopping di atas lapisan pizza atau roti . Mesti akak pernah tarik pizza dan keju yang melekat seperti tali kan ? Itulah keju mozarella. Keju jenis ini sesuai digunakan kerana mudah mencair pada suhu tinggi .

Keju ini senang didapati di mana-mana pasaraya dan harga boleh dikatakan mampu milik serta bergantung pada jenama.

  1. Keju Cheddar 

Keju Cheddar terdapat dalam warna kuning, putih dan kepingan

Keju cheddar boleh dikatakan sebagai paling popular di negara kita . Ada yang suka letakkan kepingan keju cheddar di atas roti .

Keju ini tekstur padat dan tidak mudah mencair . Oleh sebab itu, ianya sesuai digunakan sebagaitopping di atas biskut , roti , pizza dan kek dan dalam pelbagai masakan.

  1. Keju Parmesan

Keju parmesan biasanya bewarna kuning muda dan banyak digunakan dalam hidangan pasta . Jadi kalau akak nak buat pasta or makanan barat , seeloknya gunakan keju jenis parmesan ea.

Keju ini dibuat daripada susu segar yang mengandungi protein yang tinggi serta penuh dengan karbohidrat , lemak dan zat besi .

100gram keju yang diambil setiap hari adalah 25% daripada  keperluan kalsium yang akak perlukan untuk tulang dan gigi yang sihat.

Speak Your Mind

*