Archives for September 4, 2021

EMAS AMETHYST ORODESIGN.DAPAT PENGIKTIRAFAN FEDMAS

Salam Sejahtera Semua,
Ramai duk pening duk kata Emas Amethyst low class, tak ada value ler. … terpulang lah yer.

Buka kilang emas ni bukan main2 …
Tenguk Gold Bar Amethyst – Cuba check dekat certificate, ada tak Certified by Fedmas ?

So sah memang ada kualiti… Fedmas ni dalam bahasa senang macam SIRIM. Kalau produk kita tu ada Chop SIRIM, so kualiti dia oklah.

Sama dengan Emas. Fedmas ni anak / Badan dilantik SIRIM untuk mengeluarkan sijil kualiti kepada pengilang emas di Malaysia.

Takkan Sirim dan Fedmas tak ada kualiti.
Kalau beli barang letrik pandai pula tanya, ada chop sirim ker?.
Lepas nih pergi kedai emas, emas ni ada ceritifed Fedmas tak ?

Sembang kualiti – Fedmas pun tak tahu, macam mana !!

Lagi satu nak bagitahu, memang ada sesetengah tu tak nak ambil pajak, tapi nak jual boleh kami ambil…. habis tu mana yang kata tak ada value. Punah ….Ha..ha.. maknanya memang emas kita ada value ….

Kena tahu perang branding !!!!

Mari kita hadam FEDMAS ….

======================================

EMAS KELUARAN AMETHYST MENERIMA PENGIKTIRAFAN FEDMAS

AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD (951063-K) kini adalah ahli BIRO PIAWAI FEDMAS MALAYSIA

Siapakah FEDMAS?

Kebanyakan semua pengeksport, pengeluar utama dan borong di Malaysia adalah ahli-ahli kepada assay FEDMAS di mana mereka boleh mengemukakan sejumlah pengeluaran barang kemas mereka pd FEDMAS untuk daftar ketulenan.

Ia membantu untuk membina keyakinan di kalangan pembeli utama dan barang kemas dibuat di Malaysia untuk dieksport ke Timur Tengah, Amerika Utara, Eropah dan juga di Asia Tenggara.

Semua barang kemas yang dijual di Malaysia perlu DIUJI untuk ketulenan dan MESTI diterangkan berdasarkan Standard Malaysia (MS 1365: Part1: 1994) yang dibangunkan oleh SIRIM (Standard Industrial & Research Institute of Malaysia) di bawah Perihal Dagangan Peraturan-Peraturan (Artikel diperbuat daripada logam berharga) 1994.

FEDMAS berbangga menjadi salah satu ahli kumpulan (Logam berharga) wakil SIRIM untuk membantu dan memberi nasihat standard ketulenan barang-barang kemas yang diperbuat daripada logam berharga seperti emas dan perak.

Tiga makmal FEDMAS (Penang, KL dan JB) SAHAJA pejabat assay di Malaysia yang diiktiraf di bawah MS ISO / IEC 17025: 2005 yang diiktiraf oleh Standard Malaysia dan Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa.

JOM FOKUS TAMBAH GRAM ?.JANGAN CULAS YA.

Benda ini subjektif bg setiap org ok…
Moga istiqomah.

0.5g sebulan. = ( 6g setahun)
1g sebulan = (12g setahun)
1 dinar sebulan = (12dinar = 51g setahun)
5g sebulan = (60g setahun)
10g sebulan = (120g setahun)
20g sebulan = (240g setahun)
50g sebulan = (600g setahun)
100g sebulan. = (1.2 kg setahun)

Saya buat Nota secara ringkas tentang SIMPANAN EMAS yg kita boleh capai & simpan dlm setahun…

Walaupun dh dipenghujung tahun..
Insyaallah kita mampu teruskan ke tahun² depan..
EMAS xada expired date na
?????????

Semua Ni takkan mustahil selagi kita tekad disiplin simpan secara konsisten…
Bagi Saya, jumlah berat setahun tu bg semangat pd saya.

Simpan emas = long term financial
Simpan duit. = Short term financial.

EmasPenyimpanNilai

EmasHargaKilang

usahawanOrodesign

Harap tak salah faham

  1. Simpan emas sekarang boleh dengan bajet RM100++ dah boleh grab gb 0.25g simpan sendiri ya jangan simpan dalam digit. Ini kalau betul2 nak simpan duit jom mulakan
  2. Emas goldbar/dinar tidak ada jantina. Lelaki perempuan boleh simpan
  3. Emas tidak ada fix keuntungan. Jangka pendek sentiasa turun naik. Tapi jangka panjang in sha’ Allah sentiasa naik. Simpan dengan ilmu in sha’ Allah untung
  4. Emas simpanan jangka panjang. Bukan beli harini, niat nak jual bulan depan

OrodesignByAmethyst

Orodesign

KWSP ATAU EMAS??

ELYA, saya nak awak dan semua penyimpan dalam KWSP ni untuk sudah-sudahlah menyimpan wang ni..??

Rugi dan teramat rugi.. Mari saya nak bercerita..?

Bukan mengutuk KWSP yang telah berkhidmat selama berpuluh tahun untuk rakyat Malaysia, tetapi nak membuka sedikit minda kita petang ni..

Insyaallah jika bermanfaat, itu untuk anda.. Saya hanya penulis yang berkongsi cerita.. ?

Saya sekarang berumur 43 tahun (kalau scan muka kulit saya berumur 35 tahun nah.. ?)

So, mengikut kepada pengiraan ELYA, penasihat Online KWSP ni, lagi 12 tahun saya akan memperoleh RM6,699.19 jika saya tak keluarkan RM10,000.00 ini..

Maksudnya, RM10,000 dari KWSP ni dapat dikembangkan sebanyak RM16,699.19 selama 12 tahun.. Banyakkan??

160% kenaikannya.. Wowww ???

Ye ke banyak? ?

Jom kita kira dengan nilai emas pula.. Di sini kita akan nampak betapa untung jika di simpan dalam emas.. Lebih-lebih lagi Emas 24 Karat tulen yang bakal saya ceritakan ni.. ?

ELYA menyatakan dalam 12 tahun ke hadapan, saya nak bawa kepada anda 12 tahun ke belakang.. Iaitu pada tahun 2008..

So masa tu, harga emas 999 RM98/gram.. Murah kan? Barang yang lepas jangan dikenang.. ?

So, jika saya membeli pada nilai RM10, 000 pada tahun 2008, saya akan dapat 102gram emas 999.. BANYAK TU GAIZZ???..

Setelah 12 tahun saya membelinya, sekarang saya sudah memiliki nilai emas dengan harga RM28,764.00.. MashaAllah..

Dengan kenaikan dari RM 10,000 ke RM28,764.00 anda rasa mana lagi baik?? ?

Hampir 700% kenaikan Harga Emas 999 berbanding 287% kenaikan dengan KWSP tu anda rasa mana lagi berbaloi???

Tentulah emas kan.. ?????

Jom mulakan simpanan emas anda.. Hari ini, sejarah untuk tahun hadapan..

Bekalan hari ini, untuk Dana Pendidikan anak dan juga Dana Persaraan anda serta Dana Ibadah Haji anda..

?CARA-CARA MENGUJI KETULENAN EMAS ?

Terdapat 4 cara yang biasa di gunakan untuk menilai ketulenan emas yang biasa di gunakan di Malaysia.

Cara-cara tersebut ialah:

  1. Energy-dispersive X-ray spectroscopy
  2. Densimeter
  3. Ujian Asid
  4. Ujian Fizikal
    ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

1.Energy-dispersive X-ray spectroscopy
✅Paling tepat tetapi agak mahal.

  1. Ujian menggunakan densimeter
    ✅Apakah itu densimeter
    Densimeter ialah mesin yang di gunakan untuk menguji ketumpatan emas, ianya bukanlah kaedah terbaik untuk menguji ketulenan dan jenis emas. Fungsi utamanya ialah untuk menguji ketumpatan emas. Biasa kita lihat mesin ini di kedai emas dan di arrahnu

Dengan menggunakan prinsip Archemedes dan teori ketumpatan jisim, ketumpatan sesuatu emas dapat dinilai. Perlu diingat kaedah ini dapat memberikan bacaan yang jitu untuk emas jongkong dan emas dalam bentuk padu sahaja.

Ketulenan emas dalam bentuk barangan perhiasan emas tidak boleh dinilai dengan tepat kerana terdapat banyak ralat yg mengganggu bacaan seperti ukiran, sambungan & buih-buih yang terperangkap di antara sambungan barang kemas. Kadang-kadang, daki dan kualiti air pun boleh mengganggu bacaan.

3.Ujian Asid
✅Ujian ketulenan emas menggunakan asid merupakan salah satu cara yang lebih mudah dan murah. Kit ujian ketulenan emas menggunaan asid ini terdiri dari 3 bahan

  1. Asid Hidroklorik (HCI) – digunakan untuk menentukan produk itu adalah emas atau sebaliknya.
  2. Natrium Hidroksida (NaOH) – digunakan untuk menentukan kualiti emas
  3. Batu menguji emas atau di kenali sebagai batu hitam

Kaedah ini sangat sesuai untuk menentukan kualiti emas dalam bentuk barang kemas. Permukaan batu yang digosok barang kemas digosok padanya akan meninggalkan kesan kuning, dan seterusnya diuji menggunakan kedua-dua asid.

Perlu diingat setiap jenis emas akan memberikan kesan warna kuning yang berlainan pada batu hitam. Secara umumnya, semakin tinggi kualiti sesuatu emas, warna kuningnya akan semakin terang. Warna kuning pada emas yang kurang mutunya juga mudah luntur apabila dikenakan ujian asid berbanding emas yang berkualiti.

4.Ujian Fizikal
✅Tidak berapa tepat.

Diantara ujian fizikal menguji ketulenan emas yang boleh di lakukan ialah

(a) Ujian kepanasan
Ujian ini dilakukan dengan membakar barang kemas tersebut sehigga merah. Emas yang tulen tidak akan terjejas manakala emas yang lain akan meninggalkan kesan hitam mengikut kategori masing-masing.

(b) Ujian kelembutan
Emas yang tinggi mutunya adalah lebih lembut dan boleh dibengkokkan jika di bandingkan dengan emas yang lain.

(c) Warna dan Berat
Dengan melihat kepada warna dan berat barang emas itu. Lebih kuning dan berat emas tersebut maka lebih banyaklah kandungan emasnya. Untuk mendapatkan perhiasan yang kuat dan warna yang diinginkan, emas asli dicampur dengan logam lain. Logam-logam yang biasa digunakan untuk campuran perhiasan emas adalah Tembaga, Perak, Timah Putih, dan Nikel. Disamping menambahkan kekuatan emas yang berbeza-beza maka campuran logam juga untuk mendapatkan warna yang diinginkan, sehingga dikenal beberapa macam warna perhiasan yang dibuat emas iaitu :

Emas Merah – Emas murni dicampur Tembaga.
Emas Kuning – Emas murni dicampur Perak.
Emas Putih -Emas dicampur dengan Timah atau Nikel

d)Ujian kemagnetan
Emas tulen tidak akan ada tarikan kuasa magnet.

❤Semoga bermanfaat utk semua.

PANDUAN TENTANG BARANG KEMAS

♥️ Mesin – Jenis padu, Halus dan tahan lasak.

♦️ Pasir & Kait 1 – Terdapat jenis Kosong , padu dan stamping.

♥️ Gajah – Jenis kosong dan padu.

♦️ Lipan – Jenis kosong dan padu.
Lipan Terdapat beberapa design;
kait 2 , kait 3 , kait 4. Untuk mengetahui, perlu meneliti dibahagian sisi rantai.

♥️ Pintal – Jenis kosong dan padu.
Jenis kosong mudah putus terutamanya jika 5g ke bawah. Sila pakai dengan lemah lembut.

♦️ Snakeskin – Jenis kosong.

♥️ Tulang belut – Jenis kosong dan padu.

♦️ Gila2 – Jenis kosong dan padu.

♥️ Sauh/Bakok – Jenis kosong dan padu.

♦️ Coco – Jenis kosong dan stamping.

♥️ Bangle – Jenis kosong , padu dan stamping.

♦️ Cincin – Jenis kosong , padu dan stamping.

Tips lg

0.25g 1bulan
Setahun Ada 3gram

0.5gram 1bulan
Setahun Ada 6gram

1gram 1bulan
Setahun Ada 12gram

2gram 1bulan
Setahun Ada 24gram

5gram 1bulan
Setahun Ada 60gram

10gram 1bulan
Setahun Ada 120gram

20gram 1bulan
Setahun Ada 240gram

Ha tudia tolong Kira siap2 dah.. pilih ja ampa nk ada brapa gram simpanan dlm setahun..???????

Pilihan di tgn KITA ????‍♀️?

Jnji kena MULA?

Spatut nya skrg DH bulan 11, kta dh kena Ada 11gram Klau yg smpan 1gram 1bulan.. ??

Sapa dh Ada 11gram@lebihh DH.?? Agkt skit nak tgokk..??‍♀️

Dengan orodesign semuanya buleh ampa, jgn takut nak mula tapi takut la jika kita xdak pa2 ?????

Jadi dealer Orodesign seumur hidup. Kemudian boleh diwariskan. Hanya bgtau pasangan/waris kita ada join Orodesign.

Dah jadi dealer nak bisnes boleh, tak nak bisnes pun boleh.Takde wajib belian/ jualan setiap bulan.

Jadi dealer untuk beli sendiri je pun boleh. Dapat harga terus direct kilang.

Kita kan nak simpan emas sepanjang masa, bukan sekali ni je nak beli emas. Sebab tu elok sangat jadi dealer.

Hakikatnya E M A S adalah nilai W A N G S E B E N A R?
Aset yang bernilai….
Aset yang tak basi….
Aset yang seluruh dunia sandarkan …
Aset yang disebut sebut nilainya dalam al quran..
Aset yang tk perlukan org ke 3 utk dipindah milik..
Aset yang mudah diurus..
Aset yang boleh dapat harga rendah setiap hari direct kilang bila bergelar DEALER ORODESIGN❤

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/04/1426/

Harga GB kenapa harga tak sama diantara seller.

Kenapa harga berbeza…. Customer perlu faham beberapa faktor.

  1. Masa beli GB Mahal. Contohnya dia beli masa RM 276 segram modal, seller akan jual RM 286. Jadi sekarang nampak Mahal sebab harga jatuh… Market RM 270. Tapi seller tak boleh jual RM 270, nanti rugi. Jadi seller ambil pendekatan, take it or leave it.
  2. Seller jenis jualan dia tak urgent. Dengan kata lain dia Tak kisah orang beli atau tidak. Dia sanggup simpan kalau tak kena rege dia. So dia letak RM 320.. nak ambil, tak nak aku simpan.
  3. Jualan emergency, meraka akan jual GB mereka ikut harga buy back atau bawah buy back sebab urgent nak pakai duit. Bagi mereka nak cepat, so customer akan dapat murah. Tapi customer tak boleh aspek semua orang macam nie.
  4. Ada seller jual murah, tapi item bukan exstock. Kena order kilang. Jadi anda kena tunggu.

Kesimpulan dia.. nak harga murah, kena masuk beli sendiri dekat mana2 platform..

Beli dengan trader, kami pun nak UNTUNG. Jadi cukuplah duk mengata Sana sini.
Tak kena harga jangan beli. Anda customer ada hak untuk memilih, seperti seller memilih jalan SENDIRI semasa meletak harga.

*gambar atas ni harga murah2 je orodesign jual. Kenapa perlu bayar mahal sedangkan ada yg lagi murah.. emas tetap sama..

TIP EMAS: Apakah itu karat?

Emas biasanya dikira dengan karat, iaitu bahagian emas dalam sesuatu produk emas. Emas tulen adalah 24 karat. Angka yang lebih rendah menunjukkan kandungan emas berbanding aloi dalam barangan emas itu. Jadi, 22 karat ialah 22/24 daripada 100% emas atau 91.6% emas. Bahagian 8.4% lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi perak, tembaga, zink atau paladium. Tujuan utama menambahkan logam lain ialah untuk menguatkan produk itu (emas tulen adalah lembut).

Secara alternatifnya, kandungan emas boleh dikira melalui ‘ketulenan’, iaitu kandungan emas dalam bahagian-bahagian setiap ribu, sebagai contoh 916 (iaitu 91.6% atau emas 22 karat). Untuk pengetahuan anda, carat (yang dieja dengan huruf ‘c’) pula ialah ukuran bagi mengukur berat batu berharga, terutamanya permata.

Jadual ini menunjukkan skala karat yang berlainan dan kandungan emasnya dalam peratus dan ketulenan seperti diterima pakai oleh standard antarabangsa.