DUIT BUAT DUIT

Saya kongsikan apabila jadi dealer Orodesign, bagaimana cara duit buat lebih banyak duit menggunakan emas, secara asasnya ada 4️⃣ cara sahaja:

1️⃣ Beli harga rendah dan jual harga tinggi. Cara ini paling mudah dan ramai yang buat. Beli emas dan tunggu harga emas naik. Bila harga emas dah naik terus jual untuk dapat keuntungan. Cara ini biasanya kita panggil pelaburan emas.

Saya ada beli 5gram goldbar 999.9 bulan 3 2019 RM3530. Sekarang kalau dijual RM4924. Keuntungan RM1394. Ini kalau ada 5gram. Bagaimana jika kita ada 100g, 500g, 1kg berapa keuntungan??. Kalau nak sebut pelaburan emas ni, 100gram ke atas baru nampak untung dengan cepat. Di Orodesign, jaminan beli balik 100% dengan harga tinggi.

2️⃣ Jual beli emas
Cara ini memerlukan usaha dan minat untuk buat marketing dan jualan. Kena jadi tauke kedai emas untuk jana keuntungan dari proses jual beli emas.

Kita dapat emas murah direct kilang dan jual pada orang lain pada harga semasa, beza harga beli dan jual adalah margin keuntungan jual beli emas. Di Orodesign keuntungan RM20-RM30/gram.
Katalog jualan 13kg disediakan di view.orodesign.biz

3️⃣ Beli Emas lama. Emas lama juga diterima pada harga tinggi dan dealer boleh buat untung. Beli dengan customer dengan harga rendah dan jual balik kilang dengan harga tinggi.

4️⃣ Jadi dealer syarikat emas. Cara ini paling mudah sebab penyimpan emas yang dah untung dengan emas cuma perlu kongsikan pengalaman dan kaedah yang betul kepada orang ramai.

Setiap dealer diperkenalkan, kita dapat insentif RM200 dan setiap 1gram yang mereka beli/jual akan beri kita insentif RM1..(RM1/g).

Dealer akan dibayar komisyen RM1/g (upah) untuk setiap pembelian emas penyimpan yang dia rekemen. Komisyen adalah tanda terima kasih syarikat emas kepada dealer sebab rekemen orang ramai simpan emas syarikat tersebut.

Selain dari empat cara di atas ini, semuanya skim cepat kaya bertopengkan emas. Dengar boleh, percaya jangan sekali. Jauhi skim-skim yang menjanjikan duit hibah setiap bulan atau harga emas tidak masuk akal.

“Biar rugi peluang, jangan rugi duit”

Saya doakan semua sahabat saya dijauhkan dengan segala skim cepat kaya, dengan adanya ilmu yang betul insyaallah kita akan jadi lebih bijak menilai mana yang betul dan baik untuk kita. Aminnn.??

Speak Your Mind

*