EMAS 375 & SUASA APA BEZA

Sempat tenguk dekat group sebelah duk bergaduh, Suasa & Emas Perhiasan 375 ni tak sama. Kalau tenguk pada pancaran emas memang tak sama, tapi kalau kami beli buy back, Suasa & Emas 375 sama jer.

So bagi kami ianya sama.

Mungkin process coating & Plating membuat emas 375 perhiasan berkilat. Berbanding dengan cincin lelaki.

Search dekat Doktor goggle pun ramai yang cakap sama.
Nak cakap tak sama, boleh … kena ada proof.

EMAS 375

  • Mempunyai 37.5% kandungan emas.
  • Mempunyai 62.5% campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
  • Juga dikenali sebagai Emas Suasa.
  • Popular dengan pembuatan cincin Suasa untuk lelaki.
  • Sesetengah pendapat hukum HARAM lelaki memakainya Sebab suasa sebenarnya emas 375.

Wassalam :

P/S :

  1. Emas 375 sesuai untuk kanak2, tahan lasak, sesuai untuk basahan.
  2. Keburukkannya, harga di tolak amat murah kerana kos pembuatan (Upah) mahal. Losses nya amat tinggi. Kalau beli RM 1500, belum tentu dapat RM 500 kalau nak jual.
  3. Tak Semua ar rahnu ambil emas 375 untuk pajakkan, melainkan pajak cina. Banyak ar rahnu hanya ambil pajakkan gred sampai 750 jer.
  4. Walau apa pun, emas tetap emas. Masih ada value bila terdesak.

Credit Abe kie PD